4: Hantu Tinggi

281 62 84
                                    

Tit... Tit... Tit...

Bunyi mesin ventilator bergema dalam pekat malam. Aku hanya membatukan diri dalam pelukan selimut.

Aku terasa kain selimutku diselak dan ada sesuatu diletakkan di atas dahiku. Aku tersentak tetapi cepat-cepat dikawal perasaan itu. Aku cuba mengamati objek yang lembab di dahi. Hm, kain basah.

Selesanya... Aku tersenyum tanpa membuka mata. Perlahan, aku ucap, "Gomawo, Joon." Nama itu disebut tanpa sengaja. Siapa? Aku pun tak kenal.

Dalam hati, aku meronta ingin melihat siapakah gerangan yang baik hati itu. Kerana perasaan ingin tahuku, dengan perlahan aku mengintai siapakah dia. Sambil menyepetkan mata, satu bayang-bayang yang tinggi menyapa pandangan.

Siapa tu? Hantu tinggi?! Janganlah kacau aku! Aku belum kahwin lagi ni! Aku mengalihkan pandangan dan memaksa diri untuk meneruskan tidur yang terbantut.

———————————————★———————————————

"Lee Min, kamu dah boleh discharges sekarang. Saya akan call abeoji kamu, ye. Kamu berkemaslah dulu," kata Doktor yang tinggi itu. Sekelip mata, aku mengamati wajahnya. Alis mata yang terbentuk sempurna. Hidung yang mancung. Dan bibirnya yang berwarna pink dan sedikit labuh di bahagian bawah. Senang cerita, handsome gila! Mataku tertancap pada nametag di bahagian dadanya. 'Doctor Kim Seokjin', jelas terpahat di situ.

"Nae, Ahjusshi!" Atau aku patut panggil Mr. Worldwide Handsome?

Doktor Kim Seokjin berlalu pergi. Aku menghantar pemergiannya ke luar bilik dengan pandangan mata. Bye, bye oppa! Hiks. Baru nak ajak kahwin kat Siam.

Sebenarnya, aku baru tahu yang Hospital ni milik keluarga Yeseul. Mula-mula terkejut jugalah. Tapi tak hairanlah, kalau tengok penampilan Yeseul. Bajunya sahaja dah boleh tahu yang ianya dibeli dari butik yang ternama. Kayanya budak tu. Hm, aku bila lagi?

"Ish, ada-ada je kamu ni, Min. Kamu ni masih manja, ye? Macam dulu..." Doktor Kim Seokjin mengusap kepala aku. Aik? Bila dia datang balik ni?

"Eo?" Aku tak faham apa yang dia cakap. Macam dulu?

Doktor itu tersenyum memandang wajah aku yang blur. "Takde apa. Dah Ahjusshi nak call Appa kamu. Kamu kemaslah lagi barang-barang kamu tu." Dia tersenyum lagi lalu beredar bersama buku catatan doktor di tangannya.

Aku beranggapan yang dia tertinggal barang itu. Sebab itulah dia kembali semula ke sini. Aku tersengih sendiri. Charmingnya! Kan best kalau dapat kahwin dengan dia!

Daguku terasa dicuit tiba-tiba. "Apa yang kau mengelamun tu?"

"Omak kau mamazola!" Aku kembali ke alam nyata dengan sekali teguran daripadanya. Tanjat gegirl!

"Eh, dia ni. Melatah kemain lagi!" kata Yeseul dan disertakan dengan pakej mencucuk-cucuk perut aku.

Sakit siot. Aku mengetap bibir dari melepaskan carutan. "Alah aku terbiasa pulak." Memang aku cepat terkejut kalau ada yang menyergah. Tak guna betul, sakat aku dengan kelemahan aku tu.

"Kau nak discharges, kan? Meh, aku tolong kau kemas barang." Yeseul mula melipat dan mengemaskan apa yang patut. Asalkan kau tak lipat bahagian yang dalam sudahlah.

"Uish, susah-susah je. Aku boleh buatlah." Sebenarnya aku malas nak buat. Tapi memandangkan baju aku sudah dilipat Yeseul, aku menyudahkan kerja dengan melipat pakaian dalam aku. Bahaya ni kalau orang pegang, hah. Hak privasi, tahu?

Yeseul menolong mengangkat beg pakaian dan di bawa ke sisi katil. Alahai, rajinnya awak. Makin malas aku jadinya.

Eh, aku baru teringat nak tanya! "Erm, doctor tadi tu Oppa kau, eh?"

[SU] Banana Uyu + knjWhere stories live. Discover now