5: Minnie Mouse

247 52 29
                                    

Taehyung POV

Aku hanya mendengar perbualan Omma, Appa dan parents bakal tunang aku. Aku menoleh memandang ke arah pintu bilik bakal tunang aku, dengan pandangan yang sepi.

Aku perasan, muka yeoja yang bagi salam tadi macam familiar. Tapi dekat mana eh, aku tengok? Kalau aku tahu nama dia, maybe aku boleh ingat.

"So Tae, kamu setuju ke?" tanya Ommaku secara tiba-tiba.

"Ah, nae?" Aku agak terkejut. Blur sekejap. Omma tengah cakap pasal apa eh tadi?

"Kamu setuju ke tunang dengan budak sekolah? Seomin tu masih sekolah. Next year, baru diorang habis sekolah."

"Ahh, nae. Nae, Tae setuju." Aku menganggukkan kepala sambil memberi kata putus.

"Mana Seomin nya? Saya nak tengok muka bakal menantu saya." Omma tersenyum manis kepada bakal besannya.

"Aish, Si Seomin ni... Memerap je dalam bilik. SEOMIN! SEOMIN! AHN SEOMIN!" Puan Ahn menjerit memanggil anak perempuannya.

"Ye, omma! Wae?" Gadis itu berlari lintang-pukang apabila Ommanya memanggil.

"Ah, ni ke Seomin? Cantik orangnya." Omma tersenyum menatap wajah bakal tunang aku.

Memang cantik. Manis wajahnya. Tapi, kenapa selama ni aku tak pernah dipuji kacak ke apa. Sedihlah macam ni.

"Gomawo Puan Kim." Gadis itu tersenyum manis kepada Omma. Apa nama dia tadi? Seomin, kan?

"Tapi saya cantik lagi, ahjumma!" sergah seorang yeoja dari belakang Seomin. Sergahannya mengundang perhatian dari semua orang.

Aku memandangnya atas dan bawah. Seomin juga cantik tetapi yeoja itu berada di tahap yang atas sedikit. Aku hanya diam dan membiarkan pihak lain membalas gurauan yang terselit kebenaran itu.

"Aik? Ni siapa ni?" Omma mengerutkan dahi sambil tersenyum memandang yeoja yang petah berkata-kata itu.

"Ni–" Belum sempat Seomin membalas, ibunya sudah memotong sambil ramah menjawab.

"Ni chingu Seomin. Hah, kawan dari tingkatan 1." Puan Ahn mengusap kepala yeoja tersebut.

"Eo, nama apa?" Omma kelihatan berminat mahu mengenali yeoja tersebut.

"Nama saya Min. Saya anak Tuan Lee kat YK Holdings! Eh, YK ke? YG? IG? Saya pun tak pasti nama syarikat tu." Yeoja itu tersengih sambil menggaru kepalanya sendiri.

"Ah, anak Lee DongWook tu? Ah, kenal-kenal..." Surat khabar yang dibaca Appa, dihempas ke atas meja elegan yang berbentuk elephant itu.

"Haah, appa saya Lee DongWook. Saya pulak Lee Min." Yeoja itu tersenyum menampakkan barisan giginya. Putih gila gigi dia.

Aku pun nak try check gigi aku jugak. Putih ke tidak. Eh, kejap. Lee Min? Min? Minimum? Nama familiar. Muka familiar. Umur dia pun 19 tahun sebab dia cakap, dia sebaya Seomin.

Tapi Lee Min aku tak kenal. Park Min aku kenallah. Aku kembali memandang gadis yang bernama Min itu.

"Appa saya hensem!"

"Haah, pakcik tau! Appa kamu yang acting dalam Dokkaebi tu kan?!" Appa kelihatan berminat dalam perbualan itu.

"Haah, pakcik! Min pun tak sangka dia hensem sangat!"

Appa Seomin menepuk-nepuk meja. "Pakcik fans dia. Salam, eh?"

"Boek boek! Tapi sayang lah, dia appa Min. Kalau dia bukan appa Min, dah lama dah Min rembat!" Seloroh yeoja yang membahasakan dirinya sebagai Min itu.

[SU] Banana Uyu + knjWhere stories live. Discover now