15: Grab

100 14 16
                                    

"Pakcik Grab, lambatnya!" Aku melihat jam pada iPhone 7 aku yang baru sahaja dibeli oleh appa aku.

Setelah 5 minit berlalu,

"GOMSEMARIGA HANCHIBEYISO.." Aku tersentak dari lamunan dan melihat ada panggilan masuk.

"Eo, hello? Ah pakcik grab, kenapa ada masalah ke?" Terus aku tanya jika pakcik itu ada masalah akibat terlalu lambat.

"Sorry cik, tayar kereta pakcik pancit. Cik sudi ke tunggu pakcik tukar tayar atau cik nak tukar grab driver?" tanya pakcik grab yang bernada suara rasa bersalah.

"Erm, kalau kena tunggu berapa lama ya?" Jam aku pandang sekilas.

"Dalam 30 minit kalau nak cepat," jawab pakcik grab.

"Ha?! 30 minit tu lama ke?" Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal itu. Jap, dia cakap 30 minit ke 60 minit?

"Agak lama lah juga, cik. Nak pergi ke rumah cik sekarang pun ambik masa 15 minit. Saya cadangkan cik cari grab driver yang lain, macam mana?" Pakcik Grab memberi cadangan yang sangat baik.

"Cadangan yang baik, bosskur! Saya cancel je dengan pakcik ya, kamsahamnida." Aku buka aplikasi Grab dan membuat pesanan baru untuk aku pergi ke Han River tetapi disekat kerana ada satu panggilan baharu telah masuk.

Ahjusshi Kim incoming call...

"Ahjusshi!" Jerit aku secara highpitch.

"Min sekarang tengah buat apa?" Satu soalan yang boleh membazirkan 5 saat dalam hidup aku ditujukan. Dia ni takde kerja ke tetiba call aku?

Tiba-tiba, satu mentol lampu menyala di atas kepala. Agak mengarut tapi benar! "Ahjusshi, cepat datang rumah saya! Ada perompak!" Jawab aku dengan nada lakonan yang mantap lagi ohsem.

"Hah?! Mana appa Min dengan orang-orang gaji dekat rumah tu?" Namjoon masih tidak memberi reaksi yang dijangkakan. Ish dia ni, kalau diorang ada dekat rumah, takdelah aku bagitau dia ada perompak.

Alamak! Macam mana nak buat ni. "Diorang baru keluar tadi pergi beli ikan, Min kena tinggal sebab tidur mati tak ingat dunia tadi. Ahjusshi cepat selamatkan saya! Dah macam nak gempa bumi dah rumah saya ni." Maaflah Namjoon, aku terpaksa tipu harus ni.

"Arraseo arraseo, sekarang Min cuba pergi keluar dari rumah tu, tunggu aku datang." Panggilan terus diletakkan oleh Namjoon.

Maksudnya...

Aku kembali duduk tercengang di luar rumah menunggu ketibaan Namjoon. Bosannya! Aku nak buat apa je dekat sini, main kucing? Kucing sombong sangat dengan aku, baik aku main anjing.

SKIP

"Seomin! Woi Seomin! Awak dekat mana?" Jeritan Taehyung di Han River menarik perhatian orang yang berjalan di sekitar tempat itu.

Ada satu figura sedang terduduk di tepi sungai itu dengan beberapa botol soju. "Jumpa pun," bisik Taehyung kepada diri sendiri.

Tidak berfikir lama, Taehyung duduk di sebelah Seomin dan berkata, "Minum bukan nak ajak."

Seomin yang sudah lama mabuk itu mencari-cari empunya suara yang seperti menganggunya melayan perasaan di situ.

"Jangan kacau lah! Pergi sana pergi." Bahu Taehyung ditolak secara kasar sehingga membuatkan Taehyung hilang kesabaran.

Bahu Seomin dicengkam secara perlahan. "Seomin, Awak dah mabuk teruk dah ni. Jom saya hantar awak balik," pujuk Taehyung.

[SU] Banana Uyu + knjWhere stories live. Discover now