3: Wad

310 66 82
                                    

Aku rasa kepala aku berat gila, macam Polla Thai. Aduh, aku dekat mana ni? Sejuknya... "A-ah om-omma?" Aku merintih perlahan.

"Eo? Min? Doktor! Dia dah sedar!" Suara itu sayup-sayup kedengaran sebaik kakinya melangkah keluar memanggil doktor.

Aku kenal suara itu. Tapi, aku tak ingat langsung siapakah dia. Sad life betullah aku ni. Aku cuba untuk bangkit dan duduk di birai katil tetapi dihalang oleh yeoja yang baru sahaja kembali semula tadi. Yeoja nilah yang terpekik panggil doktor tu tadi.

"Kau ni en. Dah sakit tu, baring jelah!"

Aku pandang wajah si empunya suara. Ah, ni yeoja yang bercakap dengan aku dekat mall. Yeseul eh nama dia? Tak silap akulah. "Awak ni Yeseul, kan?"

"Haah, tadi kau tiba-tiba pengsan dekat mall. Siot! Aku risaulah, bodo!" katanya dan terus mengoncang badanku.

Kok ngapain sih goncangin badan gue?!

"Ya Tuhan, Min!!!"

Halamak, Omma sudah mari!

"Min okay ke? Ada sakit kat mana-mana?! Sini? Sini? Kat mana?!" Omma menyentuh-nyentuh badanku. Cuba mencari sebarang punca kesakitan. Habislah, overthinking dia sudah mari.

"Min okeylah, Omma." Aku menahan tangan omma dengan lembut.

"Ish, kamu ni! Suka buat omma risau!" Tangannya naik memukul tanganku.

"Isk, sakitlah, omma!" Aku tak tipu. Memang pedih tamparan padu omma.

"Unnie! Huaa!!!"

Ha, beruk sudah mari!!!

Yin berlari ke arahku dan memeluk tubuhku erat. Ewah, budak ni! Aku tahu kau sayang aku.

"Unnie! Janganlah mati duku! Tsk tsk, Yin belum mintak maaf lagi kat unnie huaa!"

Fulamak, aku hanya mampu bersabar apabila beruk ni memeluk aku. Aku lantas membalas pelukkannya. "Alololo beruk hakak ni... Takdenya Unnie mati awal. Nanti, FF ni habis awal. Hah, macam mana?" Aku mengusap kepala beruk kesayanganku itu.

"Unnie, jangan tinggalkan Yin dulu. Nanti, Yin takde orang nak pakai buat gaduh." Yin mengusap lelehan air matanya di pipi.

Hekeleh budak ni. Eh salah, beruk. Kau pergunakan kewujudan aku pulak, eh? "Apa kau ni?!" Aku menunjal kepalanya. Drama betul.

Yin tidak melepaskan pelukan. Dia meneruskan rintihan murahannya itu.

"Bila kau nak lepaskan aku ni, hah? Aku tak boleh lama-lama peluk beruk ni. Nanti kutu kau, naik ke rambut aku yang gojes lagi menawa–"

Bbak!

Aku menunduk memandang ke sisi. banana uyu... Dari mana kamu turun? Magik ke? Eh, hospital ni ada auto bagi banana uyu, eh? Dengan bodohnya, aku mendongak memandang siling. Takde pun pintu penghubung... Aku kembali menatap banana uyu yang sudah berada di tangan.

Kedengaran pintu dihempas kuat dari luar. Aku tahu siapa datang ni. Aku memandang ke arah pintu. Ada enam ekor Babuns berdiri tercegat di situ dengan nafas yang termengah-mengah.

"Woi babey, Kau okay ke?! Hua!!!" Jinyeon orang pertama yang menjerit dan berlari memelukku. Yin Si Beruk kesayanganku ditepis ke tepi. Giliran Jinyeon menangis dibahuku. Haihlah, nasib... nasib... hari ni asyik kena peluk je.

Yin? Elok terlentang di atas lantai. Kesian beruk seekor ni.

"Ya, ampun! Sayangku!" Jeon Wawa Si Lebah pula, yang datang menempel di badanku yang kecil dan molek.

Yang lain? Semua lari lintang-pukang nak peluk aku jugak. Gua tau gua pemes.

"Weh, Kau okah ke?!"

[SU] Banana Uyu + knjWhere stories live. Discover now