14: Fight

153 22 3
                                    

Aku automatik berdiri dari bangku dan ingin beredar. Tangan aku tiba-tiba sahaja dicengkam.

"Min, kenapa kau asyik lari je bila aku nak dekat dengan kau? Kenapa kau mesti berubah?" tanya Taehyung bertubi-tubi.

Malas sial nak jawab. "Lepaslah taetan! Kau berani lagi nak pegang aku, aku taekwondo kau kat sini jugak!" Aku menepis tangannya.

"Apasal kau benci aku sangat? Apa aku dah buat?" Taehyung tidak berpuas hati dan terus berdiri di depan aku. Sekaligus, menghalang laluan.

"Sebab kau dah permainkan hati kawan aku! Kau memperbodohkan Seomin! Kau paham?! Kalau kau tak suka dia, tak payah nak masuk minang bagai, takde gunalah kau bertunang dengan dia, tapi terkejar-kejar dengan perempuan lain! Kau ni tak patut wujud doh kat dunia ni. Perangai mengalahkan tetan!" Aku meluahkan semua yang aku pendam dari hari tu. Sakit betul hati aku. Sebab dia ni lah, aku dengan Seomin ada risiko nak bermusuh tahu tak?

Tanpa disedari, air mata aku berguguran. Sial kau, Taehyung. Kau memang lelaki tak guna.

"Min, benda ni bukan macam yang kau sangkakan. A...aku boleh explain," kata Taehyung dan memegang pergelangan tangan aku.

"Aku dah cakapkan. JANGAN PEGANG AKU!" Aku menarik tangan precious aku daripada kekotoran setan. Fuh.

Tiba-tiba seorang gadis datang dari tepi. Maksud aku, dari 7Eleven.

"Min? Taehyung? Korang kenapa?" Mata Seomin, turun melihat Taehyung yang sedang memegang pergelangan tangan aku.

"Min? Kenapa ni? Tae? Kenapa korang pegang tangan? Aku ada terlepas sesuatu ke?" Aku dapat lihat wajah Seomin nampak marah. Habislah aku.

"Korang ada pape ke?"

Kami tetap mendiamkan diri.

"AKU TANYA, KORANG ADA PAPE KE, HAH?! Pekak ke?!" jerit Seomin.

Aduh ni susah ni. Aku menarik tangan aku daripada digenggam oleh Taehyung. Aku cuba untuk mencapai Seomin. "Seomin... aku bukannya..."

"Sampai hati kau, Min. Tak cukup Namjoon, pastu tunang aku pun kau nak? Ha, ambiklah! Bawak pulang letak dalam almari!" Seomin memandang aku dengan tajam.

"Seomin, aku takde pape dengan Min. Sumpah," kata Taehyung lalu pergi berdiri di hadapan Seomin. Dia cuba untuk memujuk tunangnya itu.

"Penipu. Aku dah agak dah kau mesti curang punya. Rupa-rupanya, huh. Dengan kawan baik aku sendiri, ye? Ini korang buat belakang aku? Sampai sambut New Year sama-sama kat sini? Pesal tak tempah hotel je terus..."

Pang!

Kata-kata Seomin terhenti. Tanpa disedari aku telah melempang Seomin. Siapa suruh, mulut puaka sangat.

"Kau jangan kurang ajar, Seomin! Aku takkan buat benda bodoh macam tu! Aku dengan Taehyung, sumpah takde pape! Please lah percaya!" Aku menggenggam tangan aku yang terasa pijar. Baru lepas melempang. Boleh dia cakap macam tu?

Aktiviti bunga api Tahun Baru sudah bermula. Memancarkan kerlipan berwarna di dada langit. Orang ramai bertepuk tangan. Tapi tidak bagi kami. Masing-masing masih berwajah tegang.

"Macam mana aku nak percaya, kalau dah depan mata aku sendiri, korang berdua-duaan? Berpegangan tangan lagi? Mata aku sendiri yang tengok. Kau nak bagi aku alasan apa lagi?" Seomin mengeluarkan kata-katanya sambil menggenggam erat tangannya dengan botol soju.

Sial, Taehyung. Kau pehal diam je?!

"Seomin, aku boleh explain kat kau apa yang jadi. Tapi tolonglah jangan salahkan Min. Yes, memang aku pegang tangan dia. Aku yang tarik tangan dia. Kalau kau nak marah, marahlah aku, bukan Min. Dia tak bersalah," ujar Taehyung dengan nada yang mendatar seperti bercampur dengan nada merayu.

[SU] Banana Uyu + knjWhere stories live. Discover now