"Erm.. Namjoon? Awak okay ke tak?" tanya aku untuk memecahkan 'awkwardness' di dalam pejabatnya itu. Namjoon ni, angau ke apa?
Namjoon berpaling mukanya ke arah lain.
"Ehem.. Okay je. Kenapa tiba-tiba datang sini? Tiber je," tanya Namjoon secara random. Malu lah tu.
Hish, haritu cakap suruh bawak makanan untuk dia setiap hari. Dia ni lupa ke buat-buat lupa? "Saya datang ni, saje-saje je. Nak tengok office awak. Makanan tu, bonus je." Aku berkata secara agak sarkastik. Kaki aku melangkah ke sofa panjang yang ada dalam office ini. Fuh empuk bhai.
"Kerja aku dah nak habis ni. Duduk je lah dulu dekat situ, nak kemas meja kejap." Namjoon terus mengemas mejanya yang berselerak macam budak mengulangkaji pelajaran last minute untuk exam.
––––––––––––––––––★––––––––––––––––
Dalam perjalanan untuk ke parking kereta, langkah aku terhenti seperti aku terlupa akan sesuatu.
"Namjoon!" Aku panggil dengan nada yang kuat.
"Kenapa Min? Ada hantu ke?!" Bulu roma Namjoon tiba-tiba meremang. Langkahnya terhenti.
"Takde hantu pun. Nak tanya je dekat sini ada vending machine tak?" Aku tanya dengan tenang. Apa ke benda hantu pulak nak keluar? Nak takut apa kalau dia keluar, hantu yang takut dengan aku tengok muka aku barai sangat.
"Ya Tuhan, ingatkan apa benda lah panggil orang macam ada nampak hantu. Rasanya ada vending machine dekat tempat menunggu tu." Tempat yang disebut Namjoon ditunjuk dengan jari telunjuknya supaya aku tak sesat. Aku kan, mudah nak sesat jalan.
"Orite. Tunggu sini kejap, nak beli keropok," aku terus mengorak langkah dengan pantas untuk mendapatkan keropok. Nak buat macam mana? Tiba-tiba craving masa tengah berjalan tadi. Umpama menyelam sambil minum air lah kan?
Selepas 5 minit aku kembali kepada Namjoon bersama keropok-keropok yang aku beli. Namjoon baru sahaja ingin membuka mulutnya, tetapi aku terus berjalan meninggalkan Namjoon. Sebok ah tu nak cakap aku beli banyak sangat keropok nanti nak body shaming aku pulak macam dekat Twitter tu. Maleh aku.
•••
"Buat apa beli banyak-banyak keropok tu? Tahu tak keropok ni ada banyak MSG pastu dia ada-" Kata-kata Namjoon terhenti akibat aku terus menekup mulutnya daripada bercakap. Eee biar lah orang yang nak makan kan? Bukan dia, sibuk je MSG lah itulah!
"Jangan banyak cakap, saya nak makan keropok, sukati saya lah. Saya tak diet sebab saya memang dah kurus lama dah." Aku mengambil jumlah kepingan chips dengan banyak dan memasukkannya ke dalam mulut aku. Hahaha! Biar dia sakit hati sorang-sorang.
"Hek eleh, nanti kena sakit jantung jangan salahkan saya pulak eh," kata Namjoon sebab taknak kalah dalam perdebatan aku dan dia.
"Astuuu astuuu? Bluewkk." Saja-saja aku nak sakitkan hati dia. Tengok dia macam dah surrender nak balas debat. Wakakaka jangan main-main dengan Min lah. Aku ni dak-dak Twitter jugak lah.
"Stok banana uyu dekat rumah, masih ada ke?" Tanya Namjoon secara tiba-tiba. Let me think, rasanya tinggal sikit je banana uyu sebab haritu dah borong bawak masa dekat rumah Seomin.
"Erm.. tinggal sikit je, dalam 2 packs. Kenapa tanya?"
Namjoon berhentikan keretanya di satu convenience store. Dia keluar dari perut kereta dan masuk ke dalam kedai itu, tinggal aku seorang di dalam kereta. Tanpa berfikir panjang, aku buka satu lagi paket keropok untuk dijamah. Aku memang dah makan malam tadi, ni dikira supper je lah. Lek lek lah wat lek wat pis.
Namjoon kembali ke dalam kereta tanpa membawa barang apa-apa. Dia buat apa tadi? Kalau beli barang, tapi dekat tangan takde apa-apa pun. Entah-entah..
"Awak beli rokok eh! Ee tak baiknya." Mata aku menjegil ke arahnya. Aku pantang betul lah rokok rokok ni.
"Eh mana ada rokok. Sukati dia je," jawab Namjoon ringkas.
"Habis? Awak buat apa dekat situ tadi?" Aku tanya tanpa berfikir panjang.
"Alah esok kau tahu lah. Tunggu je esok."
Apa benda esoknya? Dia ni, buat aku curious je. Nasib baik lah bukan rokok. Tak suka betul aku dengan orang merokok ni. Dah lah bau dia fuh rasa nak sepak-sepak je.
––––––––––––––––––★––––––––––––––––
NAMJOON:
Risau jugak dia dekat aku eh, taknak aku merokok. Aku tertawa di dalam hati dengan gelagat Min yang benci dengan rokok. Bukan rokok je dia benci, vape dan seangkatan dengannya pun dia benci.
Kami sudah tiba di rumah Min. Terlihat Min sedang mengemas plastik-plastik keropok yang dia sudah makan. Banyak betul keropok dia ni makan, sampai 4 packets.
"Terima kasih hantar balik. Sorry eh sebab sergah tadi, hehehe. Sorry jugak dekat tempat duduk ni bersepah sikit." Min menepuk seluarnya supaya habuk keropok itu berterbangan di udara~ acewah.
Tiba-tiba Min menggosok matanya. Nampak macam ada habuk masuk mata je. Min menggelupur akibat mata termasuk habuk.
Aku menarik tangannya merapati aku. Dengan perlahan aku meniup matanya.
MIN:
Aku terkedu dengan perbuatan secara tiba-tiba oleh Namjoon. Tapi sumpah, mata aku pedih gila!
Hati aku berdegup kencang apabila Namjoon sedang meniup mata aku. Rasa nak pecah! Dah 18 kali Namjoon cuba nak buat aku berdebar-debar, tapi kali ke-19 ni aura dia fuh! Lain macam.
Telefon aku tiba-tiba berbunyi. Kami berdua tersentak sedikit kerana terkejut dengan bunyi ringtone telefon aku.
"Appa dah call. Jadi.. saya nak masuk rumah ni haha," ketawa aku dengan janggal. Malu lah dengan adegan tu tadi.
"Eh, sorry sorry. Esok duduk rumah je tau. Jangan pergi mana-mana," kata Namjoon. Aku menutup pintu kereta. Aku terus masuk rumah tanpa melambai Namjoon. Nak lambai-lambai pulak, dah merah kot muka ni!
"Haa! Baru nak balik? Ingatkan dah tak ingat jalan nak balik rumah dah. Yelah seronok duduk rumah orang." Celupar betul mulut adik aku ni. Nak je aku pulas mulut tu.
"Dengki ah tu, takde boyfriend kaya. Apa kata Yin mengorat anak Mak Tipah sebelah rumah tu, anak dia business man kot. Dapat lah duduk rumah besar." Aku menyambung loyar buruk adik aku yang bertuah sangat perangai tu. Geram pulak aku.
Aku terus masuk ke bilik untuk mandi dan tidur.
•••
Aku memandang siling bilik aku. Tiba-tiba situasi di dalam kereta tadi berulang di dalam fikiran aku. Aish, malunya! Aku terguling-guling di atas katil bersaiz Queen aku.
PAP!
"Aduh!"
Aku terjatuh di atas lantai. Angau betul lah macam ni. Takkan lah aku suka dia? Namjoon?
Aku suka dia ke?
TBC!
YOU ARE READING
[SU] Banana Uyu + knj
FanficOleh kerana Pakcik 7Eleven tak restock Banana Uyu.. --------------★-------------- Aku tak akan.. Serahkan kau pada orang lain. Kerana kau ditentukan untuk aku. - Kim Namjoon --------------★-------------- Hidup aku takkan merana macam sekarang, Ka...
![[SU] Banana Uyu + knj](https://img.wattpad.com/cover/131568663-64-k570071.jpg)