Pagiku cerahku, matahari bersinar.. Ku gendong tas merahku. Di-
"Hish!! Kacau je indon ni!" Alarm daripada iPhone aku ditutup dengan kasar. Aku merengus geram. Masih ngantuk lah, nak tidur lagi.
Aku mendepa tangan sambil baring di atas katil. Tiba-tiba, aku teringat kejadian semalam. Oh my god! Aku.. bukan ke.. tidur dengan dia? Mata aku buka sebesar-besar yang boleh dan perlahan-lahan memeriksa badan aku di dalam selimut.
"Fuh.. nasib baik," kata aku dengan lega. Aku cuma ingat dia tidur sebelah aku, lepas tu aku dah tidur mati. Ishh malunya!!
Aku memeriksa notification dalam telefon aku.
Appa❤️
Min tidur mana ni? Tengok kat bilik takde.
Taehyung
5 unread messages
Namjoon
Pergi dapur, aku ada belikan hotcake mcd
Aku terkejut dengan mesej daripada Namjoon. Hotcake?! Favourite aku! Aku bergegas berlari keluar dari bilik untuk berjumpa dengan buah hati. Hotcake tu lah buah hati, bukan Namjoon tau!
"Hotcake~ di mana awak," kata aku seorang diri semasa dalam perjalanan ke dapur.
Aku melihat tiada siapa-siapa di dapur atau di mana-mana tempat dalam rumah ni. Mana Namjoon? Aku mengerling beg kertas mcd di atas meja bersama satu helai kertas.
Lepas makan tolong buang sampah. Aku ada kerja sikit dekat pejabat. Kalau nak balik, balik je pastikan pintu tutup rapat dan berkunci. Jangan lupa buang sampah!
Hanat punya mamat! Boleh-boleh suruh aku buang sampah. Ish! Bertuah betul lah lelaki ni! Marah, marah jugak. Hotcake ni seksi sangat aku tak sabar nak memakannya. Aku ambil hotcake dari beg kertas itu dan terus melahapnya. Nikmatnya kini terasa~
Selesai sahaja aku makan, aku pergi ke dapur untuk mengemas serba sedikit barang-barang yang bersepah. Dan ya, memang banyak gila sampah sebab kan semalam banyak barang tamat tempoh, aku redha sahaja dan terus keluar untuk membuang sampah.
Sampah dah buang, dapur dah kemas. Okay sekarang aku nak mandi. Aku pergi ke pintu masuk.
"Eh, kenapa tak boleh buka ni?" Aku cuba tarik pintu berkali-kali tapi masih tidak berjaya dibuka. Alamak!! Nasib malang apa lagi lah yang datang ni. Dah lah bau badan busuk takkan nak keluar terus.
Aku ke hukur ke hilir memikirkan cara untuk masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba aku ternampak satu helai kertas dekat dalam pasu di tepi pintu. Aku berlari mendapatkannya.
Password, 9409
Ish!! Kenapa tak cakap awal-awal tadi password dia, takdelah aku kusut kepala dekat luar ni cari cara nak masuk. Sengaja betul dia ni nak buat aku serabut kan? Kalau aku jumpa kau Namjoon.. Aku carik-carik rambut kau baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah nak main-main dengan aku!
Aku terus tekan pin nombor yang tertera di dalam kertas itu. Nasib baik boleh masuk, kalau tak dah lama dah cermin tingkap tu dah pecah sebab aku. Aku bergegas ke tandas untuk mandi dan terus keluar dari rumah ni. Orang cakap tak manis orang dara duduk lama-lama dekat rumah lelaki.
•—————————————★———————————•
"Nak singgah ke tak, nak singgah ke tak hmm." Aku tercegat di depan rumah Seomin dan masih berfikir nak lawat ke tak kawan bertuah aku sorang ni. Dia tak marah ke? Aku takut lah pulak dia jadi singa nanti.
YOU ARE READING
[SU] Banana Uyu + knj
ФанфикшнOleh kerana Pakcik 7Eleven tak restock Banana Uyu.. --------------★-------------- Aku tak akan.. Serahkan kau pada orang lain. Kerana kau ditentukan untuk aku. - Kim Namjoon --------------★-------------- Hidup aku takkan merana macam sekarang, Ka...
![[SU] Banana Uyu + knj](https://img.wattpad.com/cover/131568663-64-k570071.jpg)