"Gabsida!" Kaki aku berlari anak menuju ke 7 Eleven. Tangan mula menolak pintu.
Ring! Ring!
Bunyi loceng di pintu, menyapa telinga.
"Annyeong, selamat datang ke 7Eleven." Tanpa sempat Si Pakcik menghabiskan kata-kata aluannya, aku dah potong selaju mungkin.
"Uyu mana uyu?!"
"Err, ada dekat peti ais kat hujung sekali yang belah kiri." Tergagap-gagap Si Pakcik membalas. Tangannya terketar menunjuk ke arah terletaknya uyu.
Aku berdesup lari menuju ke peti ais tersebut. "Pishang... pishang... pishang. Erm, strawberry, full cream, low fat, fresh uyu... Erm, banana mana banana?! Pakcikk.." Aku sudah mula meroyan di tepi kesejukan peti ais tersebut.
"Ada. Ada dekat sebelah vitagen tu hah," jawab Pakcik itu sambil mengilat kukunya yang bersinar.
"'Mana?!" Banana uyu dicari sampai nak terbalik peti ais. Mana siot. Teleng kanan, takde. Teleng, kiri, pun takde! Aish, serabutnya!
"Ada..." Kata-kata Pakcik itu mati sebaik kelihatan seorang pelanggan melangkah masuk. Dengan pantas, Pakcik itu menyambut dengan ramah. "Annyeonghaseyo, selamat datang ke 7Eleven."
Eyy, bengang pulak dengan pakcik ni. Dey, Pakcik! Layanlah customer yang pertama sampai dulu! Ah, lantaklah. Malas nak diambil kesah dengan Si Pakcik.
Aku mengetap bibir dan menyambung pencarian. "Ah! Dah jumpa yes! Last ni last takleh lepaskan yang ni!" Mata bersinar-sinar melihat ke arah terletaknya harta yang hanya berharga sebelum ia dibuang ke dalam tong sampah, selepas habis diminum isinya.
Banana Uyu itu duduk seorang diri di satu sudut tanpa ditemani sahabat. Tinggal satu! Aku dengan terharunya, ingin mengambil banana uyu itu dengan penuh kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi. "Come to Mama, Baby!" Hampir dapat...
Bbuk
"Aduh! Sakit sungguh." Aku merintih kesakitan. Siapa yang main tolak-tolak ni?! Dengan pantas, aku mengusap-usap kepalaku dengan perlahan sebelum sebarang bonjol keluar.
"Eyy, Ahjusshi ni! Nak ambik air pun cakaplah kat saya dulu. Ni tak! Main ambik je. Dey, terkejut saya. Nasib tak terkentut tadi." Aku membebel panjang tahap memang tak boleh nak bersabar dah. Iman pun boleh menipis kalau kena macam ni secara tiba-tiba tahu! Aish! Adab kat mana? Adab, adab kat mana?!
Aku kembali memandang ke tempat banana uyu tadi. Mari sambung drama! Aku memanjangkan tangan untuk mencapai cinta hatiku itu.
Zzap!
"Eh? Mana uyu? Hilang dah?" Aku sudah tidak keruan. Mata dikelip-kelipkan kerana tidak percaya yang uyu itu tiba-tiba sahaja menghilang. Pergh, tinggal satu kot! Katakan ini mimpi!
Oh, damn. Memang takde. Memang dah hilang. Masalahnya, siapa yang rampas?! Aku mendongak memandang ahjusshi tadi. Hah! Ada dekat dia! Sejak bila dia ambik siot?!
Ahjusshi yang tinggi lampai kalah tiang lampu itu, menunduk memandang aku yang mencangkung di bawah. Tangannya masih lagi tidak melepaskan banana uyu kepunyaanku. Haah aku punya. Lantaklah siapa dapat dulu. Aku dah claim awal-awal kot.
Sekelip mata, aku berdiri menghadap Ahjusshi itu. Pergh, asal tinggi aku paras bawah dada dia siot?! Terpaksa mendongak lagi. Aku menghiraukan sakit di leher dan mula menyembur Ahjusshi tersebut. "Maaf ye, ahjusshi. Saya dulu yang nak beli banana uyu ni! Bak sini! Saya punya!" Aku cuba merampas balik.
Ahjusshi itu tersengih sinis. Tangannya dibawa tinggi ke udara. Apa masalah ahjusshi ni?!
"Ahjusshi!!! Bagi baliklah!" Aku sudah menarik muka tahap nak nangis tak dapat nak hadap kebangangan Ahjusshi ni dah. Tahu-tahu jelah apa yang akan jadi kat aku kalau tak dapat banana uyu tu. Habit weh.

YOU ARE READING
[SU] Banana Uyu + knj
FanfictionOleh kerana Pakcik 7Eleven tak restock Banana Uyu.. --------------★-------------- Aku tak akan.. Serahkan kau pada orang lain. Kerana kau ditentukan untuk aku. - Kim Namjoon --------------★-------------- Hidup aku takkan merana macam sekarang, Ka...