"Apa benda ni siaaa?!"
"Ah, babey!!!"
"Install lah cepat!!! Kau memang aku gigit kang." Aku terguling-guling di atas katil sehingga terjatuh ke bawah katil. Semuanya disebabkan anak ayam yang acah happy. Resah betul aku sebab dia ni.
Setelah puas bertenang, handphone yang jauh terbaling, kembali dicapai. Senyuman terukir sebaik melihat peratus kenaikan download.
97% downloading...
Yes, yes sikit lagi tuuu.
Install failed.
Okay... Aku memandang kosong iPhone 5s aku di atas timbunan bantal yang berada di atas katil. "Kau! Dasar anak ayam!!!"
Pintu terkuak. Satu figura menjengukkan kepala, Omma. "Ya Tuhan, Min! Kamu dah kenapa?! Ya Tuhan anak aku sorang ni!" Omma berjalan mendekati aku dan mula melancarkan serangan.
"Argh!!! Omma!!! Appo, Omma. Sakit..." Aku merintih dengan tangan yang masih dilekap berlapikkan tangan Omma di cuping telinga. Sanggup benar dia melakukan aku sebegini.
"Tau tak, mahal appa beli telefon ni, hah?! Dah hampir sama harga dengan kereta kancil Omma, tau tak?! Hah, nak kuat lagi ke?! Nak jadi toyol telinga merah?" Omma memperkuatkan lagi pulasan tangannya di telinga aku. Boleh lonjong jadinya telinga aku kalau berterusan diperlakukan macam ni.
"Omma, mianhas!!! Dah dah, Omma... Min janji tak buat lagi. Sakit, Omma." Aku berkata sambil melepaskan pukulan padu kayu besbol dan kemarahanku ini kepada anak ayam acah happy yang tersengih di skrin telefon. Nampak mengejek walaupun aku tahu dia tak bernyawa.
"Ish, kamu ni... Nasib Omma masuk bilik. Kalau tak, memang dah innalillah handphone 5 apa? 5X? Eh, sukati dialah. Hah, Jinyeon ada dekat bawah tu. Dah lama dia tunggu kamu. Cepat turun! Jangan nak lambat-lambat! Kesian Jinyeon tu hah."
Hek eleh, Min ke Jinyeon anak Omma? Biarlah asalkan aku bahagia. Eh kejap, aku dah kenalkan diri aku ke?
Dah ke? Eh, belom lagilah...Alright. Nama aku, Lee Min. Aku suka main Pokemon. Favourite Pokemon aku Pikachu dengan Charmander. Apa lagi korang nak tau? Hah! Aku suka minum uyu. Lagi-lagi banana uyu! Eh, bila cakap ni, rasa mengidamlah pulak. Hah, jangan lupa. Aku 61 tahun. Tapi, terbalikkan telefon korang. 19 tahun beb.
"Min! Apa lagi tercegar kat situ?! Turun sekarang!!!" Omma ni kalau tak memekik sehari, memang tak sah.
"Unnie! Ada namja handsome follow adik kat ig! Sem doh!" Ni lagi seorang beruk betina terlepas dari Zoo. Kesian aku tengok dia nak attention Si Harimau. Siapa Harimau? Akulah.
Malas aku nak melayan. "Bye!" Aku berlari ke bawah mahu berjumpa bestfriend sehati, sejiwa, sedubur, sejubur aku. Okey, gurau je.
"Jinyeon bebeh!" Aku mendepakan tangan sambil berlari ke arah Jinyeon, nak berlaga dada dengannya.
"Pi mati kau ah," jawab si dia dengan tenang. Auch, sakitnya tuh di sini. Macam tu je dia tolak aku, weh?!
"Hek eleh, kau buat apa dekat sini?" Aku mula mengendap plastik yang dipegang Jinyeon. Apakah yitu?
"Ni hah! Kau punya banana uyu. Nanti, datang pulak penyakit kau kalau natang ni habis dekat dalam peti sejuk." Jinyeon menikam plastik itu ke mukaku. Kawan yang baik! Walaupun sedikit ganas.
Aku merampas plastik itu dengan mata yang bersinar-sinar. Tidak kesah langsung dengan hidung yang terasa pedih. banana uyuku sayang. Ni yang rasa nak kiss Jinyeon ni.
"Jinyeon! Mehlah breakfast dulu! Ahjumma ada masak stew ni," jerit ibu kesayanganku kepada anak ketiga yang keluar dari tempat yang tidak sama dengan tempat aku keluar.
Aku menjelingnya dengan perasaan sedih. "Omma ni... Anak sendiri tak ajak. Lepas tu, anak pakcik Yoo ni diajak. Hm, sedihnya gua." Aku memukul dada yang terasa perit, sakitnya kekurangan kasih sayang. Sentap jugaklah.
Nevermind, guys. Gadis ni, Yoo Jinyeon. Dia bestfriend aku since darjah 1. Dia ni, kadang-kadang pandai. Kadang-kadang otak melencong ke Bangladesh. Budak ni sama kelas dengan aku dari sekolah rendah lagi, dan dia kenal sangat-sangat aku ni. Lepas tu kan, dia ada–
"Unnie! Buat apa tercegat kat pintu tu? Woi!"
Aduh mak beruk ni. Kacau line aku je kerjanya. Budu betul. Kata-kataku terus mati di situ. "Ye ye, akak datanglah ni."
Aku berjalan ke arah meja makan di dapur dan terus duduk di sebelah Jinyeon. Buat apa duduk sebelah beruk Mat Yin tu? Plastik yang tersimpan banana uyu diletakkan di atas meja.
"Lee Yin! Kenapa menjerit kat unnie kamu macam tu?" Appa berkata dengan suara yang tegas kepada Yin. Appa backup I, guys.
Tertunduk Yin di situ. "Mian, Appa. Mian, Unnie..." Suara Yin bertukar lirih.
Appalah heroku. Memang aku lebih rapat dengan Appa. Tapi Appa tak pernah pilih kasih. Kadang-kadang dia back up Yin jugak. Kadang-kadang dia back up aku. Ohok, terbatuk gua.
"Gwaenchana, Yin ah..." Aku tersenyum senget dan mengusap kepala beruk aku. Eh salah, adik aku.
Seteruk-teruk pun dia. Sebangang-bangang pun dia, aku tetap sayang dia.
Jadi kami 'sekeluarga' pun makan.
———————————————★———————————————
"Omma! Min pergi dulu eh? Bye!"
Jam dipergelangan tangan ditilik, sudah menginjak ke pukul 6:00 pagi.
Awal lagi. Aku melangkah pergi ke Coffee Bay. Sebab geng aku semua lepak di situ sebelum berangkat ke sekolah bersama-sama.
Pintu café ditolak dari luar. Loceng pintu bergemerincing menyambut kedatangan aku. Mata mula memandang ke arah tempat biasa kami memilih meja.
Di situ ada, Jeon Wawa, Kang Jihye, Ahn Seomin, Yoo Jinyeon dan–
Kejap, ada kurang ni...
Song Minhyo dan Oh Saegull. Mana diorang?
"Woi, sini!"
"Mod! Median! Min!"
"Minimum!"
"Weh, Rimau!"
Dari jauh sudah kedengaran pekikan The Babuns. Buat malu je. Aku berjalan selaju pelesit menuju ke arah mereka. Pandangan pelanggan di situ, dihiraukan. Punggung terus dilabuhkan di tempat rasmi yang kami selalu lepak. Sampai cashier kedai pun aku tolak dulu. Aku terlalu lawa untuk dingorat. Eheks.
"Mana Burung dengan Ayam, weh? Aku tak nampak pulak batang hidung diorang tu." Aku mula bertanya kehadiran lagi dua ekor babun yang tiada bersama kami.
"Entah."
"Tak tau."
Ah, babeynya jawapan. Aku hanya menggumam perlahan sebagai balasan. Sesaat kemudian, aku mengetap bibir.
TBC
HUEHUEHUE FF BARU, GUYS. OHOHOK MAIN CHARACTER TAK KELUAR LAGI. NEXT PART ADA KOT KOTTT... KALAU ADA SAMBUTAN NEKMOON UPDATE LAGI. OKIES
![](https://img.wattpad.com/cover/131568663-288-k570071.jpg)
YOU ARE READING
[SU] Banana Uyu + knj
Fiksi PenggemarOleh kerana Pakcik 7Eleven tak restock Banana Uyu.. --------------★-------------- Aku tak akan.. Serahkan kau pada orang lain. Kerana kau ditentukan untuk aku. - Kim Namjoon --------------★-------------- Hidup aku takkan merana macam sekarang, Ka...