B2

96 21 1
                                    

Aku rasa bosan yang teramat dalam dapur ni . Asyik-asyik pandang siling,dinding,pisau,peti ais dan aku pun tak tahu apa tujuan aku padang benda tu .

Seperti orang yang baru dapat keberanian aku terhendap-hendap nak tengok siapa yang datang . aku pun menyorok lah . aku tengok punya tengok , aku nampak .. aku nampak .. aku nampak lah . korang tahu kan aku nampak apa?

aku nampak lah manusia . tak kan nampak alien kan ? setahu aku , alien mana ada pandai bagi salam dan tekan loceng pintu rumah . -_- . aku nampak sepasang suami isteri yang sebaya dengan mak ayah angkat aku dan aku nampak dua orang lelaki yang maybe usia dalam 23 hingga 27 . muda lagi kot . aku pun tak pasti .

Aku tengok dia orang bukan main seronok je berbual . tapi . lelaki dua orang tu , asyik layan handphone je . aku tengok Fetiy dengan Farizah bukan main , acah-acah perempuan melayu terakhir .

Aku seronok-seronok dah main spy-spy sorang diri, tak tahu lah mana silap tertendang pulak tong sampah yang kecik tu . yang bentuk dia bulat . *pandai-pandai korang lah nak faham erk ? aku pun susah nak explain* . so . apalagi . bergolek-golek lah tong sampah tu dengan senang hati . muka aku dah pucat lesi . semua orang dah pandang aku lain macam . muka mak dan adik-beradik perempuan aku dah bengis . Ayah aku pulak dah tengok aku dengan pandangan -adel-apa-adel-buat-tu?- . Oh ya ! Aku lupa nak bagitau . ayah aku ni , ada OK sikit dengan aku . dia je yang baik dengan aku . tapi , kalau dia nampak mak marah dan hentam aku , dia tak boleh buat apa-apa . bukan takut bini , tapi sayang bini . aku pun tak tahu lah . ok . balik kepada story , kawan mak pula , senyum-senyum tengok aku . tapi senyum diorang macam .... susah di tafsirkan .

Aku apa lagi . cepat-cepat lah masuk dapur balik lepas ambik balik tong sampah yang tegolek-golek tadi . lepas masuk je dalam dapur balik , aku letak tong sampah tu dekat dinding dan aku tendang-tendang sepuas hati aku . aku pun tak tahu apa motif aku tendang benda tu .

Aku pun tetiba tedengar perbualan mereka di ruang tamu .

"Siapa tadi tu?" tanya rakan mak .

"Oh , yang tu pem..." baru sahaja mak nak habiskan ayat , tiba-tiba ayah potong .

"Tu anak angkat kitorang"

"Oh . Boleh panggil dia ke sini ? Saya teringin nak berbual dengan dia" kata kawan mak lagi .

Mak teragak-agak ingin memanggil ku . Tapi dikuatkan juga semangat untuk memanggil aku .

Dengan perasaan geram , mak memanggil ku "Adell . mari datang sini" lembut-lembut lah kan panggil aku . depan tetamu kot . takkan nak kasar-kasar .

Aku terkejut sebenarnya , mak panggil aku lembut umpama sutera . Aceywah . First time mak panggil aku macam tu . seram kot .  tanpa fikir panjang-panjang , aku pun dengan menunduk pandang lantai jalan ke ruang tamu . aku sempat lah jeling-jeling sekilas tengok muka mak aku . Uishh . tambah seram . mak aku senyum sambil menjeling . *bayangkanlah* .

Aku pun berdiri je kat situ sambil tunduk pandang lantai dan kaki aku sendiri . aku pandang Fetiy dan Farizah dah jeling-jeling aku , aku pulak takut kalau mata diorang jadi juling . aku doakan je lah tak jadi macam tu . nanti tak ada orang pulak yang nak kat dia orang .

"Duduk lah sini" kata-kata kawan mak menyentakkan aku . aku pandang aunty tu . dia tengah tepuk tempat sebelah dia yang kosong , tanda mnyuruh aku duduk di situ . aku pandang ayah sekilas , aku nampak ayah mengangguk tanda menyuruh ku duduk di situ . aku pun ikut je lah . aku melabuhkan duduk di sebelah makcik tu . aku diam tidak berkutik .

"Siapa nama?" Tanya makcik tu .
Aku mengangkat kepala dan memandang makcik tu .
"Adelia Fetryani . boleh panggil Adell"
kataku ringkas . aku hanya pandang makcik tu je , aku tak pandang pun pandangan yang lain sebab aku tahu , dia orang tengah bagi pandangan maut kat aku .

"Ouh . cantik nama sama macam orang dia" . aku dah kembang kempis sebab kena puji . aku memang akan kembang kempis kalau dah kena bagi pujian . sapa tak nak kan ? Dah lah aku ni selalu kena hina je . so , aku anggap pujian ni sebagai kata semangat untuk aku . think positive . aku kena lah kan cover sikit kembang kempis sebab kene puji , so aku pun senyum je lah .

"Nama makcik Emah , yang ni suami makcik , Harris . Yang dua jejaka yang tak berapa nak hensem ni pulak anak makcik ." aku tergelak kecil bersama makcik Emah dan suami dia pakcik Harris . anak-anak dia pulak terkejut beruk dengar apa yang mak dia cakap.

"Yang ni abang . Nama dia Adem Ersyad" sambung makcik Emah sambil tangannya terarah kepada anak lelaki nya yang berbaju kasual . segak,hensem , kulit dia cerah . kalau  cakap , jejaka idaman wanita-wanita di luar sana .

"Yang ni pulak adik . Nama dia Afiek Eizad ." tangannya pulak bertukar arah kepada anaknya yang lagi satu . tak kurang macam abang dia . segak , kulit pun cerah . tinggi je . maybe bila aku berdiri sebelah dia dengan abang dia , aku rasa kerdil kot . aku ni kecik je .

"Hai !" suara siapa tu ? Aku pun tercari-cari . baru aku perasan yang berhai-hai dengan aku tu rupanya Afiek . Alahai . dia sapa aku lah . aku ingat Afiek ni dingin macam abang dia . Abang dia tu asyik tengok aku macam nak telan je . ingat aku ni makanan ? tengok aku macam tak puas hati pehal ? 'Hekelehh . Adell , jangan nak tunjuk berani . kau nak tengok dia pun tak sanggup . apatah lagi nak cakap macamtu . Hee' desis ku dalam hati .

"Hai." Jawabku . suara aku slow je .

BAMMM !

Still Loving YouWhere stories live. Discover now