B1

158 22 0
                                    

Pagi yang indah ini perlu dimulakan dengan senyuman.

Indah? Senyum? Tidak bagi aku , Adelia Fetryani.Aku yang berumur 22 tahun dan bekerja sebagai maid dalam rumah sendiri .

Aku tinggal bersama keluarga angkatku yang memang benci dengan kewujudan aku di rumah itu . Aku pun tak tahu kenapa aku ada di rumah ni sebenarnya . Entahlah . Aku ni dianggap seperti hamba . Mungkin reason aq ada di rumah ni untuk di jadikan maid kot .

Dari aku umur 7 tahun aku dah ada kat rumah ni . Aku di ambil dari rumah anak-anak yatim semasa umur 7 tahun .

Tapi aku pun tak kenal sapa mak ayah aku sebenarnya . Walaupun aku ni dianggap seperti hamba , aku dah biasa dah sebab aku memang dah kene anggap macam ni dari aku mula jejak kaki di rumah ni .

So, semua hinaan , makian , cacian dan sewaktu dengannya aku hadam jelah . Sudah biasa .

Keluarga angkat aku ni , diketuai oleh mak ayah angkat aku dan diikuti oleh anak-anaknya .

Anak-anak dia ada tiga orang . Nama mak angkat aku Marisa . Nama ayah angkat aku pulak Mokhtar . Anak sulung dia pulak nama Fetiy , umur 28 tahun dan masih single .

Anak tengah pulak nama Faiz 26 tahun dan yang ni pula dah ada girlfriend . Eloklah tu . By the way , nama girlfriend dia Ayuni .

Last sekali anak bongsu . Nama dia Farizah umur 24 tahun , dan masih mencari peneman hidup. Dah kenal dengan keluarga angkat aku kan ? 😊 .

"Adell !" Suara seseorang memanggilku dari aras bawah .

"Ya ." Ini lain tak bukan mesti mak aku .

Walaupun aku ni disisihkan , aku msih hormat diorang . Masih menggunakan panggilan 'mak,ayah' .

"Turun sini !" sambung mak lagi

'Aduh ! Apa lagi salah aku dah buat ni ? Habis lah aku kali ni .' desis ku dalam hati .

Aku pun menuruni anak-anak tangga untuk turun ke tingkat bawah .

Aku pantas berlari anak ke dapur untuk mendapatkan mak . Dari jauh aku sudah nampak muka bengis mak yang memandangku tajam .

Terketar-ketar lutut aku . Aku menelan air liur , kesat .

'Matilah aku . Mak dah betukar jadi singa . Kena telan lah tak lama lagi .' desis ku lagi dalam hati .

Memang cari nahas lah kalau aku cakap depan-depan , terbang segala periuk belanga dekat kepala aku kang .

"Hei . Budak pembawa malang . kau tumpahkan air tak reti nak lap kan ? Kau memang nak bagi aku mati terjatuh kat sini ke ?!" jerkah mak sambil tarik rambut aku

"Aduh sakit . Mak , bukan Adel yang tumpahkan air lah ." mataku sudah berair menahan sakit kepala ku .

"Kau jangan nak menipu! Kau nak ganti pinggang aku ke kalau patah ?! Dasar Budak PEMBAWA MALANG !"

Aku hanya diam dan tak membalas jerkahan mak angkat aku itu . Aku tahu , walaupun aku menegakkan kebenaran tetap tak akan diendahkan .

Jalan yang terbaik , lebih baik aku diamkan diri . Dalam masa yang sama, aku ternampak Farizah tersenyum sinis kepadaku sambil memegang cawan . Aku dah agak , mesti ada yang ingin mengenakanku .

Ting! Tong! Ting! Tong!

Bunyi loceng rumah ditekan bertalu-talu dan kedengaran orang memberi salam

"Assalammualaikum"

"Walaikumsalam . Ha ! Budak pembawa malang , kau dengar sini . Kawan aku datang rumah . Pergi buat air dan jangan tunjuk muka kau yang hodoh tu depan dia orang . Nanti , lari pulak dia orang bila tengok muka kau yang malang tu !" kata mak lagi .

Mak pun berlalu ke ruang tamu untuk membuka pintu . Tidak sampai beberapa minit , kedengaran riuh rendah di ruang tamu .

'Mesti ramai keluarga kawan mak datang ni . Suara je bukan main . Macam nak runtuh je rumah ni' kataku dalam hati .

Sebelum aku kena marah, baik aku bancuh air dulu . Aku pun terus membancuh air fresh orange dan meletakkan beberapa cawan ke dulang .

Setelah selesai , aku melabuhkan duduk ke kerusi dan duduk diam-diam kat dapur . Nak keluar tak boleh , nanti tak sia-sia kena maki oleh mak . Aku bermain-main dengan jari-jemari aku sehingga pandangan aku tertumpu kepada Fetiy dan Farizah yang masuk ke dapur untuk mengangkat dulang dan balang biskut yang aku sediakan tadi .

Aku perasan akan sesuatu yang pelik .

'Huish.baju bukan main cantik . Tapi . kenapa dorang pakai cantik-cantik erk ? Selalunya ,  bila ada tetamu , tak pun macam ni . Siap make up bagai . Mengelirukan .'

Aku memandang mereka dari atas hingga ke bawah . Sempat mereka memberikan jelingan maut kepadaku sebelum keluar dari dapur . Aku hanya membuat derk . Kan aku cakap aku dah biasa .

Still Loving YouWhere stories live. Discover now