B6

74 21 1
                                    

Sunyi je kereta ni . dua-dua membisukan diri . radio jelah yang bunyi bagi meriah sikit kereta BMW yang macam tak ada penghuni .

"Kenapa kepala kau tu?" Tanya Adem . aku ingatkan tak ada orang . rupanya ada juga .
Aku pegang kepala yang dilindungi oleh kapas . "Oh yang ni ...." aku berjeda seketika . takkan aku nak cakap kat mamat ni yang mak hentak kepala aku kat dinding kan ? Aku masih waras untuk jaga aib keluarga aku . adui . apa aku nak jawab ni . fikir punya fikir . Ting ! .yeah . idea datang . " oh yang ni . saya terjatuh . kepala saya terhantuk kat lantai ." walaupun jawapan aku seperti memalukan diri sendiri . aku tak kesah . yang penting aku jawab pertanyaan dia .
"Kau ni aku tengok macam tak pandai jaga diri sendiri kan?" . amboi-amboi . mulut dia . tak boleh nak berhenti bagi sakit hati aku kan .

Aku hanya tunduk dan senyap . aku malas nak banyak cakap . aku lagi sanggup duduk senyap dalam kereta ni macam tadi . dari dengar perkataan-perkataan yang keluar dari mulut puaka manat ni . buat aku sakit hati je .

Aku nampak dia jeling-jeling sekilas aku . aku buat tak tahu . aku pandang je luar tingkap . lagi selesa mata aku pandang bangunan-bangunan dan pokok-pokok kat luar sana daripada pandang muka mamat poyo kat sebelah aku ni . sekurang-kurangnya . bangunan dan pokok tu tak akan sakitkan hati aku .

Lama-lama aku pandang benda tu semua , aku rasa kereta ni mula slow dan akhirnya berhenti . aku tengok depan . aku nampak cafe . aku tengok pula sebelah kanan aku . aku nampak mamat tu dah keluar . aku pun cepat-cepat lah keluar . nanti kena kunci pula aku kat dalam kereta ni . mamat tu bukan boleh harap sangat .

Aku cuba kejar Adem . laju gile dia jalan . dia tak ingat ke aku kat belakang ni . aku masuk dalam cafe tu . tanpa sempat tengok nama cafe tu . tapi aku tak kesah pun . yang penting . MAKAN ! aku nampak dah mamat tu tarik kerusi dan duduk . meja kitorang dekat dengan dinding . aku pun tarik juga kerusi berhadapan dengan mamat poyo + mulut puaka ni . aku tarik nafas . hembus . tarik lagi . hembus . aku ni macam baru buat larian marathon .

"Kenapa awak jalan laju sangat ha ?!" aku membentak . tapi suara aku masih perlahan . tak kuat pun . first time tinggikan suara dekat mamat ni .
"Dah kau jalan lengang-lengang . aku tinggal lh ." balas Adem pula . sakit pula hati aku . menyesal pun aku rasa juga . sebab tanya soalan tu . kalau aku tak tanya . tak lah sakit hati aku . puih .

Aku diam je lah . aku tengok sekeliling . semua pandang kitorang . aku pun tak tahu kenapa . oh ya . baru aku ingat . aku tengah makan dengan CEO EH Holding . ya . Adem ni CEO . confirm lah kaya . kan aku pernah kata yang Adem ni . jejaka idaman wanita-wanita di luar sana .

Syarikat EH Holding ni . ramai orang kenal . dengan CEO dia sekali . ramai lah juga perempuan kejar-kejar mamat poyo ni . kalau semua perempuan tu tahu sikap mamat ni . semua pun berhenti kejar . tak tahan . dingin . muka je hensem . tapi hampehh . tapi ada lah juga wanita terkejar-kejar dia walaupun sikap dia macam ni . nak tau sebab apa ? Sebab duit . dia kan kaya . tapi bagi aku . duit tak boleh beli kebahagiaan . aceywah . curi ayat dari mana tu ? mesti kau orang pernah dengar kan ? Ok . ok . back to story .

Aku tak kesah sangat pandangan orang . tiba-tiba . datang waiter bagi menu makanan . tengok semua macam sedap je . tengok punya tengok . tertengok harga dia . Ter ok ? Bukan sengaja . gila mahal . bukan makanan je nampak sedap . dengan harga sekali nampak sedap . aku pandang mamat kat depan aku . muka dia relaks je . oh ya ! baru aku ingat . dia kaya . kaya . kaya . aku pulak rasa bersalah kalau order . so . aku pun tutup balik menu tu dan letak . aku tengok dia . dia tengok aku . eye contact .

"Kenapa?" dia tanya aku . aku tengok muka dia .
"Awak order lah . saya ikut awak je" sopan santun aku jawab . mestilah sopan santun kan ? kalau aku kasar-kasar , nanti dia suruh aku bayar sendiri pula . dah lah aku tak ada duit . macam mana nak ada duit kalau kerja pun dekat rumah sendiri . huarghh . aku bukan nak kikis duit orang . tapi . dia yang nak bawa aku pergi sini . kalau ikutkan hati aku . nak je aku makan kat rumah tadi .

Adem pun tutup menu tu lepastu dia buat order . aku pun tak tahu dia order apa . apa yang dia order . aku Makan je lah . rezeki .

Pelayan tu pun jalan lepas Adem buat order tadi . meja tu senyap je . aku pandang kiri . lepastu pandang kanan balik . kiri . kanan . kiri . kanan . tu je lah kerja aku . dekat kanan aku ni . dinding je . aku pun tak tahu sebab kenapa aku kena pandang dinding tu . aku tengok depan . mamat tu tengah main handphone . best lah ada handphone . aku ni . dah tua macam ni pun , tak ada handphone . eh . tak lah tua sangat . muda lagi .oh ya ! Aku tak ada bagitahu kau orang kan ? Umur Adem dengan Afiek ? Ok . ni aku bagi tahu . umur Adem 26 . tua dah . umur Afiek pula 25 . beza 1 tahun je . ni pun . ayah aku yang bagitahu aku .

Dalam 8 minit . waiter datang dan hantar makanan kita orang . aku tengok . huish . sedap . aku dah lapar ni . tapi kena cover sikit lah . nanti tak pasal-pasal aku malukan CEO ni . aku pun baca doa dan makan . aku pandang depan . aku nampak mamat tu masih main handphone . 'hish . pehal mamat ni ? Tak nak makan ? Kalau tak nak , bagi aku . aku boleh je habiskan . rezeki tu .' aku tak puas hati sebenarnya . aku tahulah , dia yang bayar . tapi . jangan lah membazir . dia lebihkan handphone tu dari makanan ?

Aku sambung makan . malas nak kesah pasal dia . bagus aku kenyangkan perut aku yang memang minta nak di isi ni . Adem pun dah mula makan . meja kita orang tu senyap je . kita orang tengah menikmati makanan yang ada depan mata . sedap . tengah seronok makan tetiba .

PAKK ! bunyi meja di ketuk guna tapak tangan .

"Adem?!"

Still Loving YouWhere stories live. Discover now