Terbuntang mata aku pada pagi ni bila aku sedar je aku nampak Adem kat sebelah aku . Siap tidur boleh lagi tampar-tampar muka aku .
Ishh . Geramnya aku dengan budak bertuah ni .
Aku bangun dari katil sambil mengangkat tangan separas bahu . Tangan di keraskan seperti batu .
"Woiii . Pehal awak ada kat sini ? Woi bangun woi !" Aku menjerit nyaring sambil memukul kaki Adem menggunakan tangan aku . Haaa . Rasa kau rasa .
Krik krik krik krik .
Haa . Ni buat aku tambah bengang ni .
Aku memandang ke sekeliling bilik dan mata aku pantas tertancap pada kayu besball yang elok terletak di penjuru bilik . Siap kau Adem . Siap kau .
Aku bergerak pantas menuju ke arah Adem semula selepas ja aku ambik kayu besball tu .
Siap kau . Mati kau Adem . Mati kau . Hahahahahahahaah . *gelak jahat*
Aku menumpukan sepenuh perhatian ke arah sasaran . Ok . Cantikk .
Satu
Dua
Ti.....
"Adui gatal lah . Jangan gigitlah nyamuk . " Adem automatik ter'duduk' statik apabila nyamuk mengigit lengannya .
Dan aku ?
Aku pun sama ter'automatik' memukul Adem menggunakan kayu besball . Bukan salah aku erk . Dia yang buat aku terkejut .
Pakkkk ! Uishh . Kuatnya bunyiii .
Mulut aku melopong luas . Badan aku tidak bergerak walau seinci pun . Alamakk . Aku dah ter'pukul' harimau tidur weyh .
Mata pak 'harimau' itu memandang aku tajam .
"Err...err .. so...sorry . Se ... sebenarnya saya nak pukul bahu awak ta...tapi , awak yang bergerak so terpukul lah kepala awak . Bukan salah saya ." Aku berkata sambil tergagap-gagap .
Adem mengusap kepalanya kasar dan berdiri dari duduknya .
Gulpp ! Semakin dia mendekat ke arah aku , semakin aku bergerak ke belakang . Tolong weyhh .
Aku tak boleh dalam situasi macam ni . Lebih seram dari cerita horror .
Mummy tolong . Pak 'harimau' dah nak makan Adell dah ni .
"So...sorry lah ." Aku mencuba nasib lagi . Suara aku semakin lama semakin mengundur .
Ingatan aku kembali melayang mengingati saat dia pertama kali mencaci dan memaki hamun aku . Aku tak nak benda tu berulang lagi .
Aku tidak dapat bergerak ke mana-mana lagi . Badan aku kini tersandar di dinding bilik .
Adem meletakkan kedua tangannya di tepi badanku . Alamak aku dah terkepung .
Air mata kian membasahi pipi . Entah kenapa aku ter'emosi' . Mungkin disebabkan ingatan aku masih segar tentang peristiwa 'pahit' yang telah berlaku ketika awal perkahwinan kami .
Semakin lama , semakin deras air mata aku jatuh .
"Wey . Kau kenapa ? Sepatutnya aku yang nangis tau . Bukannya kau ." Adem berkata sambil menyeka air mata aku menggunakan jari jemarinya .
Aku terkelu dan terdiam seribu bahasa .
"Aku yang kena , kau yang sakit ?" Adem berkata lagi .
Aku menolak badannya perlahan . Dia terlalu dekat dengan aku sampaikan aku rasa nafas aku tersekat-sekat .
Aku ingin membuka langkah tetapi dengan pantas tangan aku ditarik Adem .
YOU ARE READING
Still Loving You
Random-[ slow update ] Kehidupan Adelia tidak seperti orang lain yang mempunyai kasih sayang yang secukupnya . Mencari-cari secebis kasih dan sayang dari keluarga angkatnya namun ? Nothing ! Sayang ? Langsung tidak ! Dia hanya dianggap sebagai hamba . T...