B11

72 21 1
                                    

Bantuan vote anda amat di perlukan . sila dermakan vote anda kepada author 😂 .

Bak kata pepatah ,
' Tolong vote amalan mulia . ' 😂

••••••••••••••••••×××××××ו••••••••••••••••••

"Aku terima nikahnya Adelia Fetryani Bin Muhammad Nasir dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit tunai." dengan sekali lafaz , aku dengan sahnya telah menjadi isteri kepada Adem Ersyad bin Dato' Harris aka mamat mulut puaka + poyo . ya . nama aku masih ber'binti'kan nama ayah kandung aku sebab masa aku kena hantar kat rumah anak-anak yatim dulu , ayah kandung aku sertakan sijil kelahiran sekali . aku pernah berniat nak cari ayah kandung aku tapi , aku kan tak pernah keluar rumah , so . macam mana aku nak cari ayah aku . aku pun tak tahu ayah kandung aku masih hidup atau tak .

"Habislah kau . kau akan menyesal sebab jadi isteri aku." Bisiknya pada telinga aku . siapa lagi kalau bukan Adem . aku pun baru perasan yang dia ada depan aku . dia memakai kan cincin di jari manis ku . cincin tu simple je sebab aku yang request dekat mummy sebelum kita orang kahwin . aku pun melakukan benda yang sama . memakai kan cincin di jari nya . tangan aku masa tu nak tak nak je pegang tangan dia . ini first time aku bersentuhan kulit dengan lelaki lain selain dari keluarga angkat aku . Faiz pun tak pernah aku sentuh dia . dan ini masanya , aku mendapatkan tangan Adem , dan menyalaminya . Klik ! Klik ! bunyi kamera tak berhenti mengambil gambar kita orang . setelah aku menyalami tangan nya , aku terasa ada benda hangat dekat dahi aku . aku pandang dan aku nampak Adem melekatkan bibir nya di situ . Klik ! Klik ! Klik ! semakin banyak gambar yang di ambil . cahaya ada di mana-mana .

Aku pandang ayah , ayah senyum dan aku ada nampak air mata kegembiraan di tubir matanya . aku sayang ayah , walaupun dia hanya ayah angkat aku . aku bersyukur sebab aku masih ada ayah . ' ayah terima kasih sebab tak pernah layan adell macam orang asing dan jaga adell ' desis ku dalam hati . aku menyeka air mata yang jatuh di pipi dengan belakang tanganku .

Tak berapa nak ramai sangat masa ni , sebab kita orang panggil keluarga terdekat sahaja . Adem dah hilang entah ke mana . aku pun tak tahu . yang aku boleh katakan sekarang , aku letih . ya sangat letih . tapi , esok aku akan seletih dari hari ni masa hari resepsi kita orang esok hari . mummy dengan daddy jemput ramai orang esok . dari syarikat-syarikat yang lain juga turut akan datang ke majlis resepsi kita orang esok kat hotel terkenal kat sini . dan . semestinya , wartawan ada di mana-mana . huargghhh . penatt .

🍃

Aku masuk ke bilik dan memandang katil yang terletak di tengah bilik . katil tu seolah-olah memanggil aku . aku sudah terpengaruh dan mendaki naik ke katil dan merebahkan badan ku yang kecil itu . baju kebaya yang aku gunakan masih tersarung di tubuhku . penat melebihi segalanya . aku mula melelapkan mata dan segalanya menjadi gelap .

🍃

Aku bangun dan memandang jam loceng di meja yang bersebelahan katil . jam sudah menunjukkan angka 5.30 pagi . "Huaaa" . aku menguap dan menutup mulutku mengunakan belakang tangan . majlis resepsi kita orang akan bermula pada jam 8.00 malam nanti . yeah . aku boleh tidur sepanjang hari . yipi ! . aku menolak comforter yang membalut badan ku dan mata ku terpadang sekujur tubuh yang tertidur lena di sebelahku . "Arghhhhhhh ! Pervertttt !" . kan dah keluar suara gergasi aku di pagi buta ni . aku peduli apa ? aku menolak tubuh manusia tu . dia tercelik ketika mendegar suara jeritan aku . manusia tu duduk statik dan memandang ke arahku .

"Apa awak buat kat sini ha ?!" kataku dengan marah .

"Kau yang buat apa kat sini ?" Adem menjawab dengan suara seraknya .

"Ni bilik saya . awak kenapa masuk bilik saya ?! Perverrtttttt !" ha . hambik kau .

"Ni bilik aku lah . kau tengok tu ." dia menunjuk ke arah gambar nya yang terletak di dinding.

"Kau yang masuk bilik aku . " sambungnya lagi .

Aku berdiri statik dan 'macam mana aku tak perasan gambar tu erk ! Arghhhh . mana aku nak letak muka ? ni semua disebabkan katil ni . huarghhhh ' rungut ku dalam hati .

Aku pandang bawah katil dan aku pandang muka mamat tu . dia tengah pandang tempat lain dan aku pun meluncur ke bawah katil . disebabkan malu , aku kena buat macam ni . aku dengar mamat tu mengomel dan tiba-tiba senyap . aku rasa dia dah sambung tidur .

Aku merangkak keluar dari bawah katil . ' aku harap dia tak perasan .' kataku dalam hati . tapi sangkaan aku meleset bila " kau ingat aku tak tahu kau menyorok bawah katil tadi " kata Adem . lepas je dengar dia kata macam tu , aku terus pecut lari keluar dari bilik dan masuk ke bilik aku . aku pergi katil , dan menekup muka aku dengan bantal . "huarghhh . maluuu !" jeritku .

Aku tarik nafas hembus . tarik lagi dan hembus . aku malu yang teramat . muka aku dah membahang . aku masuk bilik air dan membersihkan diri . aku ambil wudhu dan menunaikan solat subuh . tenang sikit hati aku yang bercelaru ni .

Aku meletakkan telekung di tempat asal . aku berdiri dan merenung dinding macam nak tembus . perkara tadi datang menyerbu ingatan aku yang tak berapa nak betul ni . aku rasa nak nangis . hati aku tisu okay . eh . maksud aku , hati aku ni umpama tisu . jangan fikir hati aku tak normal macam manusia lain . hempuk kepala kang .

Aku berjalan dan berjalan di dalam bilik ni tanpa arah tuju dan berhenti bila aku terlanggar dinding . kalau orang tengah tengok aku , mesti dia orang akan fikir aku tak betul . aku gigit bibir bawah . otak dan hati aku bercelaru dan mendendangkan lagu sakitnya tuh di sini .

'nak keluar ke taknak .? nak keluar ke tak ? taknak ke nak ? . ' sungguh bercelaru otak aku . kalau aku keluar aku akan terserempak dengan Adem . aku taknak dia tengok muka aku yang merah ni . aku nak nangis . nangis . nangis . aku pandang jam kat handphone aku , dan terbaik Adell . sekarang dah jam 6.50 pagi . 10 minit lagi kau akan kena panggil turun bawah dan breakfast . macam mana ni ? . " aku terpaksa turun bawah , tebalkan muka . aku kena tolong apa yang patut kat dapur . nanti tak fasal-fasal kena kata pemalas pula kan ? . ok adell . chill . " kataku memberi semangat pada diri sendiri .

Aku ambil phone dan mula mengatur langkah ke pintu bilik . aku pulas tombol pintu dan aku keluar berlari anak turun ke bawah supaya aku tak terserempak dengan mamat tu walaupun aku tahu , nanti kat meja makan . dia akan duduk depan aku . aku baru nak langkah satu anak tangga untuk turun ke tingkat bawah , aku terlanggar sekujur tubuh sasa yang tengah berdiri depan aku . di sebabkan aku ni kecil molek , aku pun terjatuh ke lantai dan muka aku berkerut disebabkan menahan kesakitan punggung yang teramat .

Aku ingat , aku akan di selamatkan dari terjatuh macam drama yang selalu aku tengok kat TV . tapi aku silap . akhirnya , punggung aku akan mencium lantai juga . dan tulang aku rasa nak patah seribu .

•••••••••••••••••••××××ו•••••••••••••••••••••

Seperti yang di janjikan . 😂 . so amacam ? Ok tak ? 💕


Btw , Waaa . Adell dngn Adem dah khwin . 😂 . Jangan lupa

Read |√
Vote |√
Comment |√

Tunggu Next Chapter .

Yang Benar,
ayamee_

Still Loving YouWhere stories live. Discover now