B3

93 22 2
                                    

BAMMM !

Uish . apa benda tu ?

Semua orang yang berada di situ tersentak dan memandang ke arah bunyi tersebut . lebih tepat ke arah Fetiy . Terkelip-kelip mata kitorang pandang dia .

Nak tahu Fetiy buat apa ?

Dia letak cawan kat meja kuat-kuat sehingga menghasilkan bunyi tu . dia buat macam tu sebab tengok aku berbual dengan Afiek . dia marah kot ke dia cemburu .? Ke dia tak puas hati ? Ke ..... Ok ok . cukup . back to story 😑 .

Kami pandang dia , dia pandang kami . beberapa minit dalam keadaan macam tu . dia mulakan besuara

"So .. So .. Sorry . tak sengaja ." tergagap-gagap Fetiy menjawab . yelah . semua tengok dia kot .

"Ok , so . macam mana Emah,Harris ? Berkenan tak dengan anak saya ?" Tanya mak sambil pandang makcik Emah dengan pakcik Harris silih berganti .

Aku sebenarnya rasa loading . aku tak faham apa yang dia orang bincangkan . so . aku senyap jelah . nanti kalau aku potong line dia orang nak berborak , kena jahit pula mulut aku . kang tak pasal-pasal jadi bisu .

"hurm . macam mana nak cakap erk . Aku bukan apa Marisa , aku macam berkenan pulak dengan Adell ni . Aku harap kau tak kisah ." kata makcik Emah sambil memegang tangan mak .
Aku dengar je nama aku kena sebut . aku pun tekejut lah . Gila tak tekejut ? Walaupun aku ni loading sikit . tapi aku faham apa yang makcik Emah katakan . Berkenan? Aduhai . matilah aku .

Aku tengok muka mak , tersenyum paksa je . mak sempat bagi aku jelingan maut . automatik kepala aku tertunduk . Fetiy aku tengok relaks je . Farizah pulak macam nak telan aku je . Ayah cool je dari tadi .

Aku pandang Afiek , dia senyum dekat aku . aku pun balas je lah . kang dia kata sombong pulak . tapi senyuman aku boleh di katakan senyuman tak berapa nak ikhlas . mata aku pun terus terarah kepada Adem . dea tengok aku tajam dan bagi jelingan . aku ni tak faham sebenarnya . hari ni hari jelingan sedunia ke ? Apa fasal semua orang nak jeling-jeling bagai . kan aku dah kata jangan jeling nanti mata juling . aishh . tak faham bahasa .

"so . kau nak jadikan Adell ni menantu kau ? Bukan anak aku Fetiy ?" Kata-kata mak tadi terus membuatkan otak aku mencerna segala-gala yang berlaku . Ok . baru aku faham yang Fetiy ni nak dijodohkan dengan anak makcik Emah . tapi aku tak tau yang mana satu . Tapi aku tengok . muka Fetiy relaks je . Fazirah pula yang berapi-api .

"Ye . aku harap kau tak ambil hati ." kata makcik Emah lagi

"Tak apalah . dah kau Berkenan dengan Adell . nak buat macam mana ?" sengaja mak tekankan perkataan 'Berkenan' tu tadi .

"Makcik minta maaf ye Fetiy . Makcik harap Fetiy faham . Makcik memang berkenan dengan Adell untuk dijodohkan dengan Adem . Makcik minta maaf sekali lagi."

'Wait wait . what ? Aku nak dijodohkan dengan Adem . Oh my ! aduhai makcik . why ? why ? eh eh . dah tedrama pula' aku merungut dalam hati .

"Tak apalah makcik . Dah nak buat macam mana ? Tak apa . Saya faham." balas Fetiy . aku pun terkejut tengok muka relaks Fetiy . Dia dah kenapa ? Aku pun tak tahu kenapa dia boleh rileks bagai .

Makcik Emah mengangguk kepala sahaja . matanya terarah kepadaku pula .

"Adell ? Macam mana ?" Tanya makcik Emah .

Berkerut dahi aku . "Macam mana ? Apa?"

"Kamu nak tak kahwin dengan Adem?" soalan makcik Emah membuatkan aku tersedak air liur sendiri . Oh My ! Aku dah lah tak faham apa-apa . Apa aku nak jawab ? Gelabah aku .

Still Loving YouWhere stories live. Discover now