B17

44 22 4
                                    

"Adel . Buat apa lama-lama kat atas tu ?" Aku mendengar jeritan mummy dari bawah .

Aku melangkah kaki dengan pantas menuruni anak-anak tangga .

Tudung yang menutupi rambut , aku betulkan sedikit .

"Huh . Sorry lambat ." Aku melangkah masuk ke ruangan makan dengan senyuman .

Tapi ....

Mataku tertancap ke arah seorang perempuan yang duduk disebelah Adem .

Wey . Itu tempat duduk aku lah .

"My flower duduk sini ." Afiek menarik kerusi yang berada disebelahnya . Aku mengangukkan kepala seraya melabuhkan duduk disebelah Afiek .

"Good Morning Adel ." Daddy berkata ke arahku dengan senyuman .

"Morning ." Aku menayangkan senyuman yang manis .

"Adel . Kenalkan ni Farah , anak kepada kawan mummy ." Aku memandang ke arah mummy yang mengarahkan tangannya ke perempuan tu .

"Hai Farah ." Aku cuba beramah mesra namun , cuma riak menjengkelkan yang dia balas .

"Flowe flower ." Aku memandang ke arah Afiek yang memanggilku .

"Flower nak makan apa ?" Soalan Afiek membuatkan aku memandang lauk-pauk yang ada di atas meja .

"Emm . Semua nampak sedap . Adel nak makan SEMUALAH . Hehe ." Aku berkata dengan nada bergurau .

"Ehh . Nanti my Flower ni gemuk macam mana ?" Afiek bertanya dengan senyuman di mulutnya .

"Tak ap...." Kata-kata ku terhenti apabila Farah bersuara .

"Hem . Orang miskin , semua dia nak bedal dengan Adem sekali dia ambik ."

Aku memandang ke arah Farah dengan riak muka .....

Entah lah , sukar ditafsirkan tapi perasaan aku bercampur-baur . Marah,sedih,rasa terhina .

Semua manusia yang berada di meja makan itu memandang tepat ke arah Farah .

"Ehh . PEREMPUAN . Mulut jaga sikit erk . Biarlah dia nak makan apa pun yang dia suka . Bukan kau yang masak kan ? Hishh . Ikutkan hati ni , aku nak je halau kau keluar dari rumah ni ." Afiek berkata lantang ke arah Farah .

Farah sudah membuat riak muka terkejut .

"Dahlah . Tak apa . Tak baik bertekak depan rezeki . " Aku berkata ke arah Afiek dengan senyuman yang dibuat-buat .

"Sila makan ." Aku memandang semua wajah yang berada di ruangan makan . Senyuman aku ukirkan walaupun , senyuman tu penuh kepalsuan .

Hati aku memang terasa dengan apa yang Farah cakap tadi . Tapi tak apalah . Mungkin lepasni aku tak boleh bergurau .

Tiba-tiba ,

Ada tangan yang memegang erat tangan aku yang berada di bawah meja .

Aku memandang empunya tangan itu . Dan , mata aku dan Adem bertentang antara satu sama lain .

Dia menayangkan skrin phonenya ke arahku di bawah meja dan ..

Aku nampak ada tulisan .

"Sabar SAYANG 💕"

Aku menatap matanya . Dan mengangukkan sedikit kepala .

Makanan yang berada di hadapanku , aku suap perlahan-lahan .

"Emm . Flower ..." Afiek bersuara dan membuatkan semua memandangnya .

"Boleh tak lepas ni , flower teman Afiek pergi ... jogging kat taman ?"

"Emm ... boleh . Kan abang ?" Aku berkata sambil memandang ke arah Adem .

Adem pula , menatap mata Afiek tajam .

"Bolehkan ?" Aku bertanya lagi sekali .

"Boleh , tapi abang pun nak ikut ." Adem berkata dengan senyuman sengetnya .

"Haa ? u ikut ? Tak payahlah ikut . Habis tu , i ni macam mana . I sanggup tau datang sini untuk tengok u , tak baik layan i macam ni ." Farah berkata dengan nada gediknya .

Aku nampak Afiek mengulingkan bebola matanya tanda menyampah .

"Farah pun ikutlah pergi jogging ." Mummy menyampuk perbualan kami .

Farah  memandang mummy dan menjuihkan mulutnya . 

"Tak nak lah. Panas and Farah taknak sunburn . Nanti tak cantik dah muka Farah ." Farah berkata dengan nada manja

"Pfttt . Kau buat lawak ke? For you information , cahaya matahari pagi macam ni bagus tau . Adel yang cantik pun , tak kisah nak jogging panas-panas . Kau pula yang hodoh takut sunburn ." Afiek membidas .

"Apa masalah u ni ? Tak puas hati dengan i ?"

"Jangan bergaduh depan rezeki . Afiek , tak payah lah kacau Farah . Daddy tak pernah ajar Afiek berkasar dengan perempuan tau ." Daddy berkata dengan tegas .

Ruangan makan itu senyap seketika . Aku hanya mampu mendiamkan diri . 

"Maaf daddy ." Afiek berkata dengan perlahan .

"Lets go my Flower . Kita pergi jogging . " Afiek berkata kearahku . 

"Emm . Adel pergi tukar baju kejap ." Aku ingin berlalu ke tingkat atas tapi..

"Tak payah . Baju flower okay dah tu ." 

"Emm okay . Abang tak nak ikut?" Aku memandang ke arah Adem yang diam membisu

"Abang nak join juga ." Adem berkata sambil berdiri dari duduknya . 

"Mommy daddy ,kitorang gerak dulu okay?" Kami bersalaman dengan mommy and daddy . Aku sempat memandang ke arah Farah yang membuat muka menyampah . 

💕

Pagi tu , entah kenapa Afiek dan Adem asyik menjeling  antara satu sama lain .

Macam budak perempuan woy . Diorang berdua memang tak boleh nak berdekatan sebab mesti ada benda yang nak digaduhkan .

Macam sekarang ni . Pening kepala hotak aku .

"Kau boleh tak jogging laju sikit ." Adem berkata ke arah Afiek di sebelahnya .

"Kita tengah jogging kan ? Bukan marathon . Badan je ketul-ketul tapi , benda remeh pun tak tahu . Jogging kena slow je ." Afiek berkata dengan nada tidak puas hati .

"Masalahnye sekarang , kau tu lelaki . Lelaki kena aktif okay ? Setahu aku , aku cuma ada adik lelaki yang nama Afiek . Tak ada pula adik perempuan nama Afiekah ." Adem berkata dengan nada menyakat . 

Aku menahan ketawa dari meletus bila nampak Afiek tengah merajuk . 

"Dah besar pun masih lagi nak merajuk . Perangai sama je macam dulu ." Adem berkata ke arah Afiek sambil menyerabutkan rambut Afiek . 

"Janganlah kacau rambut orang . Ish , pantang betul aku bila orang serabutkan rambut kacak aku ." Afiek mengejar abangnya yang sudah membuka langkah seribu .

Alahaii . Tinggalkan aku sensorang kat belakang .

Menci lah . 

●●●●●●●●●●●×××××××●●●●●●●●●●●●●  
Lama dah tak pub new chap untuk story ni .

Ikutkan hati , aku nak je delete story ni tapii , ni 1st story yang aku buat dalam wattpad ni .

Aku akan cuba untuk completekan story ni ye ?

Keep support walaupun aku tahu reader untuk story ni tak banyak macam 2nd story aku . 

Tunggu for the next chap ok?

Yang benar,
ayamee_

Still Loving YouWhere stories live. Discover now