B8

70 20 2
                                    

Adem menghantar aku balik ke rumah selepas selesai sahaja memilih baju kahwin kita orang nanti . sebenarnya , aku bukan nak sangat pun beli baju pengantin . tapi disebabkan makcik Emah yang nak , aku ikutkan saja .

Aku sampai rumah kira-kira jam 6.30 p.m . Nasib baik aku dah solat asar kat masjid yang berdekatan tadi . aku sampai je rumah , aku tengok rumah sunyi je . gelap pula tu .

Aku pulas tombol pintu rumah , berkunci . 'dia orang belum balik lagi kot .' desisku dalam hati . aku capai kunci rumah dalam handbag aku yang kempis tu . apa tak kempis , dalam beg tu cuma ada , pen , buku kecik dan kunci rumah . wallet dengan handphone ? Aku mana ada duit so tak perlukan wallet . handphone ? Aku dah kata , aku tak ada handphone . aku pulas tombol pintu rumah lepas kunci dah buka . lepas aku tutup dan kunci je pintu tu , aku pegang dinding nak cari suis lampu . jumpa je suis aku buka lah lampu , takkan aku telan pula kan suis tu ? . aku buka lampu dekat tangga , dekat tingkat atas dan aku masuk bilik aku . aku jejak je kaki kat dalam bilik aku , aku capai tuala dan masuk bilik air . aku nak bersihkan diri , dahlah penat hari ni . penat jalan ditambahkan lagi penat dengar bebelan mamat mulut puaka + poyo tu .

Dalam beberapa minit aku terperap dalam bilik air tu , aku pun keluar . aku pakai pakaian dan turun ke tingkat bawah . aku mengerling jam dekat dinding tu , dah masuk jam 7.00 p.m. aku pandang ke luar tingkap , tak ada pun tanda-tanda kereta ayah datang . aku duduk kat sofa sambil tengok drama kat tv . sunyi pula rumah ni . selalunya masa-masa ni , perkataan 'budak pembawa malang' tu takkan berhenti meniti dari bibir mak , Fetiy , Faiz dan Farizah . eh . ingatkan Faiz . mana budak tu erk ? tak balik ke .? aku tertanya-tanya . sebab waktu ni sepatutnya dia dah balik dan terperap kat bilik dia . aku pun kembali fokus pada drama kat tv . aku taknak serabutkan kepala otak aku lagi , so lebih baik aku luangkan masa dengan tv ni .

[Adem P.O.V]

Lepas je hantar Adell balik tadi , aku pun drive balik rumah aku . tengah-tengah drive ni , aku rasa slow pula aku drive . aku tengok jam kat dashboard . dah hampir jam 7.00 p.m. slow gile aku drive . aku pandang cermin pandang belakang , aku nampak kat seat belakang ada beg shooping warna hitam . "Siapa punya pula tu ?" kataku sendirian . aku fikir punya fikir . Oh My ! . aku terlupa nak bagi Adell .

Aku pun buat u-turn . terpaksa patah balik nak hantar benda tu kat Adell . macam mana aku terlupa benda ni . aku drive laju-laju . aku pun tak tahu kenapa aku nak sangat hantar 'benda' tu kat Adell malam ni juga .

Aku nampak je rumah Adell , aku drive masuk perkarangan rumah dia . takkan lah aku drive masuk pintu and then break kat ruang tamu rumah dia pulak kan ? . aku ambik beg shooping kat seat belakang dan keluar dari perut kereta . aku tengok sekeliling , aku tak nampak pun kereta uncle Mokhtar . ah . lantaklah .
Tok ! Tok ! Tok .

[Adell P.O.V]

Aku tengah suspen tengok drama tu . tiba-tiba ada malaun entah dari mana ketuk rumah aku .

Tok ! Tok ! Tok .

Aku pandang pintu rumah . kalau ayah atau Faiz yang datang , dia orang main terjah je . siapa pula ni . ? aku tengok dari tingkap . aku nampak orang , tapi aku tak dapat cam pula siapa tu . aku pun buka pintu .

Aku buka je pintu , terpempamlah muka mamat poyo + mulut puaka ni kat depan pintu . kita orang eye contact sebelum aku tundukkan kepala . aku tak boleh tengok mata orang lama-lama . aku pun tak tahu kenapa . kepala aku ni macam ada batu je yang buat aku nak tunduk 24 jam .

"Awak nak apa?" tanyaku sambil tundukkan kepala .
"Ni . aku nak bagi ni." aku nampak dia hulurkan beg shooping warna hitam . aku tengok 'benda' tu dan aku tengok mamat tu . tapi aku tak tengok mata dia , aku tengok hidung dia . tak apa kan ?

"Apa ni ?" tanya ku lagi sebelum mencapai beg shooping tu .
"Nanti kau tahulah tu . dah lah . aku nak balik ." kata nya pula . aku dah bengang . sanggup dia patah balik hanya untuk hantar 'benda' yang aku tak tahu ni . aku baru je nak tutup pintu , dia pun bersuara .

"Oh ya . aku nak tanya . kenapa kau asyik nak tunduk je erk bila bercakap ?" dia nak pegang dagu aku supaya aku angkat muka tengok dia , tapi aku mengelak . tak muhrim .

Aku pun angkat muka dan pandang hidung dia sekali lagi . " tak muhrim lah awak . tak baik tau pegang-pegang anak dara orang . kalau ayah saya nampak , dia tembak awak guna senapang dia . besepai kepala awak kang . awak nak ?" bengang pula aku . nak pegang-pegang orang .

" Oh . tak muhrim . so . Cik Adell , nanti lepas kita kahwin . aku boleh sentuh kau lah kan ? Halal dah ." bila dengar je dia cakap macam tu , aku pandang dia tajam . dia ketawa dan terus berlalu ke dalam kereta dia . dia hidupkan enjin dan kereta dia meredah malam yang tak berapa nak buta sangat . perasaan yang boleh aku kata sekarang . aku GERAM .

PAK ! aku hentak pintu sekuat hati dan berlalu ke tingkat atas dan tidur . daripada melayan perasaan aku sekarang ni , baik aku tidur . Nasib baik aku sempat offkan tv tadi . beg shooping tu , aku letak atas meja solek . malas nak kenangkan mamat poyo tu . G.E.R.A.M

Still Loving YouWhere stories live. Discover now