Bab 1- Cinta Pertama

5.2K 69 4
                                    


Hai... kita jumpa lagi.. Saya tahu ia sudah 2 bulan lebih untuk membuat lagi satu cerita. Sorry kerana saya mengambil begitu banyak masa untuk mencari idea baru.

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih sekali lagi kepada mereka yang sudi membaca cerita-cerita saya sebelum ini.. Saya tahu jalan cerita saya sebelum ini agak tidak bagus sangat tapi kini saya cuba untuk memperbaikinya.. Saya menghargai kepada yang tetap mahu membacanya..

Terima Kasih, Terima Kasih, Terima Kasih!

Kepada yang telah membaca cerita-cerita saya, cerita yang baru ini untuk anda.. Sempena terima kasih saya pada anda..

Harap anda terhibur... Jika yang rasa ada kesilapan yang saya lakukan jangan lupa untuk COMMENT.. Dan jangan lupa untuk VOTE dan SHARE...

Terima Kasih sekali lagi..

Selamat membaca.

£££££££££££
Bab 1

Diana's POV:

"Ethan Louis James!" aku memekik nama penuhnya. Dia berhenti berlari dan memusing kebelakang kearahku. Aku senyum dan berjalan kearahnya.

"Give me back my phone!" aku memarahinya dan dia hanya mengeluarkan lindahnya dan sambung berlari. Aku terus mengejarnya sehingga kami berhenti dihadapan kelas kami. Pintu bilik itu sudah terbuka dan pensyarah baru sahaja masuk. Kami masuk kedalam dan terus duduk di bahagian belakang kelas.

Aku meletakkan beg aku atas meja dan merenung kearah Ethan. Dia hanya berketawa.

"Have you done laughing?"

"Sudah." Ethan cuba bercakap dalam bahasa melayu. Tetapi telo mat saleh dia tetap ada.

"Kasi balik telefon aku. Ingatkan sedap sangat ke cakap bahasa Melayu." aku sengaja bercakap dengan cepat. Dia melihat aku dengan muka yang bingung. Kali ini aku pula yang ketawakan dia. Aku merampas telefon bimbitku dari tangannya dan berpura-pura buat bodoh.

"What did you just say? I don't understand."

Aku menerangkan apa yang aku katakan tadi. Aku dan Ethan berkenalan pada hari pertama kami bertemu di kolej ini iaitu, 2 tahun yang lepas waktu umur kami 18 tahun. Sekarang kami semua sudah berumur 20, sejak hari pertama itu jugalah aku dan dia menjadi begitu rapat sekali. Setiap rahsia dia ada di tangan aku begitu juga dengan aku. Tetapi cuma satu rahsia yang dia tidak tahu tentang aku. Dan aku tidak mampu untuk memberitahunya. Kini sudah tinggal 4 bulan sebelum akhir tahun.

Walaupun aku perempuan tetapi aku tidak pernah berfikiran seperti seorang perempuan harus. Aku tidak memakai baju seperti perempuan. Senang cakap aku macam tomboy. Aku berpakaian seperti lelaki dengan seluar jeans, t-shirt, kasut sneekers dan tidak ketinggalan topi kesayanganku. Swag cap. Aku ada rambut yang jatuh hingga paras tengkuk.

Aku juga ada bergaul dengan sekumpulan lelaki iaitu, Rizal,Yusri dan Azlan atau Lan. Kumpulan kami cuma Ethan seorang yang bangsa asing dari kami. Tetapi dia yang paling rapat denganku.

Ethan Louis James. Seperti namanya juga, dia adalah seoarang lelaki yang bangsa asing dalam kolej ini. Dia mempunyai mata yang berwarna hijau, rambutnya yang berwarna perang dan ketinggiannya ada dalam lingkuan 188cm. Ketinggian aku hanya paras bahunya.

Dia berasal dari Amerika Syarikat tetapi berhijrah ke Singapura kerana bapanya harus menguruskan pekerjaannya disini. Mereka akan pulang ke Amerika Syarikat bila waktu cuti sekolah. Tetapi adik lelaki bapanya telah berkahwin dengan seorang gadis melayu disini dengan itu mereka ada juga keluarga disini. Begitu juga dengan keluarga sebelah ibu Ethan.

"Puteri Nur Diana Emilia!" seseorang memekik namaku membuat aku terkejut. Aku berpaling kearah orang itu.

"Eh yang kau terpekik-pekik macam beruk ni kenapa?" aku memarahi Rizal.

"Itu lah sibuk lagi mengelamun. Aku tanya kau nak ikut pergi makan atau nak duduk sini sorang-sorang?" aku melihat sekelilingku. Semua pelajar sudah keluar dan Ethan tergamak meninggalkan aku dan sekang dia sedang berdiri di pintu dan mentertawakan aku. Aku mengecilkan mataku kearahnya dan bangun dari tempat duduk.

Aku menarik tangan Rizal dan keluar dari kelas, sambil itu aku sengaja melanggar bahu Ethan. Ethan meminta maaf dan meletakkan tangannya sekeliling leherku.

Setelah membeli makanan, aku duduk di tempat biasa yang kami selalu duduk. Tahun ini adalah tahun akhir sebelum bidang yang kami ambil tamat.

"Di, lepas kelas kau ada pergi mana-mana?" tanya Yusri.

"Tak pergi mana. Asal?"

"Lepak jom. Macam biasa uh." kata Rizal pula. Sebelum aku dapat menjawab, belakangku ditepuk kuat. Aku tersedak dan dengan selambanya Ethan duduk sebelah aku.

"Lou, I'm eating!" aku merenungnya dengan dalamnya. Dan cuma aku sahaja yang boleh memanggilnya itu begitu juga dengan dia. Hanya dia sahaja boleh memanggil aku Em.

"Sorry Em."

"Sorry,sorry. Everytime you said that but you still doing it. Next time no more sorry my fist going to be at your face."

"Em, I know you won't do that to me." Ethan melebarkan senyumannya.

"Try me Lou."

"Whatever. So what are you guys talking about."

"We thought of hanging out after class. What do you say?" kata Rizal.

"I'm in. You coming Em?" tanya Ethan.

"Even though I say no, no matter what you will make me come right." kataku.

"I know you love me. That's why you can't resist me Di." dia bergurau sambil meletakkan tangannya dibahu aku. Aku tolak tangannya dan sambung makan. Itulah hobi dia, suka tukar-tukar nama bila dia memanggil aku.

Setelah makan kami pergi ke kelas yang seterusnya. Seperti biasa kami sekumpulan duduk dibahagian belakang kelas dan Ethan akan duduk disebelah aku. Ethan suka kacau aku dengan pelbagai cara dan semuanya dengan kasar tetapi cuma hingga tahap yang aku boleh tahan.

Aku ada juga kawan perempuan tetapi aku tidak duduk dengan mereka. Dan kawan perempuan semua adalah teman wanita Lan, Rizal dan Yusri. Ethan dan aku sahaja yang belum berpunya. Dengan rupa pakaian aku macam ni mana lelaki nak. Teman wanita mereka rapat juga dengan aku seperti mana yang lelaki dengan aku. Tetapi keakraban aku dan Ethan tiada siapa boleh tandingi.

£££££££££

Okay saya harap korang suka bab yang pertama. Sorry kalau bab pertama pendek sikit.

Jangan lupa

Vote

Comment

Share

Cinta PertamaWhere stories live. Discover now