Bab 11
Diana's POV:
Sebulan sudah berlalu selepas aku dilepaskan dari hospital. Tetapi sampai sekarang ingatan aku masih belum pulih. Aku selalu mengingati diriku bahawa Allah selalu berada disisiku dan aku tahu kita tidak boleh berputus asa sebelum mencuba. Dan sampai sekarang aku masih mencuba untuk ingat apa yang telah berlaku dalam hidupku selepas umurku 18 tahun.
Sewaktu aku pulang kerumah, ada beberapa keping gambar terdapat di atas meja belajarku. Ada gambar sekumpulan pelajar lelaki dan aku sahaja seorang perempuan disitu. Ada juga gambar aku bersama sekumpulan perempuan. Dan apa yang menarik perhatianku adalah beberapa kepingan gambar aku bersama lelaki matsaleh. Berduan-duaan.
Aku diberitahu oleh abang Dani bahawa mereka semua adalah rakan karibku sewaktu aku di zaman kolej sehingga ke hari ini jika aku masih ingat. Dan lelaki matsaleh itu adalah lelaki yang paling aku rapat daripada yang lain. Keakraban aku sudah seperti sepasang kekasih kata abang Dani. Aku cuba untuk mengingati semuanya tentang mereka tetapi gagal. Dengan itu aku telah menyimpan semua gambar-gambar itu di dalam almari dan tidak melihatnya lagi sehingga hari ini.
Dalam masa sebulan ini juga aku dapat kembali sedikit ingatan tetang menjadi seorang doktor. Ia datang secara tiba-tiba. Seperti aku sudah mengenal pasti semua tentang peralatan doktor dan apa harus seorang doktor buat. Dari situ aku dapat tahu dari keluargaku bahawa setelah dua tahun belajar disini, aku menyambung pelajaranku di England dan sudah menjadi seorang doktor di sana selama 2 tahun dan aku telah dipindahkan untuk menyambung perkerjaan disini.
Kini aku sedang duduk di dalam bilik kerjaku dan menyemak profile pesakit-pasakit di hospital ini. Sudah hampir dua bulan aku bekerja disini, Singapore General Hospital. Hari demi hari, aku semakin seronok dan gembira berada disini.
"Hi. Tengah buat apa tuh?" aku menaikkan kepalaku sedikit dan memandang kearah pintu bilikku. Dr Izuan sedang bersandar di bingkai pintu. Dia pun pernah memberitahuku bahawa kita pernah berjumpa tetapi aku tidak ambil tahu.
"Assamualaikum." aku berkata.
Dia tersengeh."Oh. Wa'alaikumsalam. Sorry."
"Yang Iz berdiri dekat situ tak ada kerje ke nak buat?"
"Diana. Itulah awak, terlalu sangat tekun dengan kerja. Sekarang ni dah waktu makan lah. Saya nak ajak awak makan sekali." aku melihat jam tanganku.
"Alamak. Patutlah perut saya asyik berbunyi aja. Jom lah kita pergi makan. Kita ajak Anita makan sekali ya." Izuan menganggukkan kepalanya. Aku bangun dan membuka baju doktorku dan mencapai beg duitku.
Setelah Anita bersetuju, kami pergi ke kedai yang berhampiran dan memesan makanan kami. Sambil menunggu, kami bergurau senda dan berbual tentang apa saja topik yang berada diminda. Aku dan Anita sedang berketawa tentang lawak bodoh yang Izuan buat. Seketika hatiku terdetik bahawa aku pernah merasai waktu sebegini. Mungkin aku bersama kawan-kawanku dahulu.
Izuan dan Anita adalah kawan kerja yang paling rapat denganku. Mereka tahu semuanya tentang hidupku sebagai seorang selective amnesia. Mereka yang selalu memberi aku semangat jika aku muram.
Sedang aku berketawa bila mataku menangkap kepada seorang anak kecil sedang memeluk anak patung Mickey Mouse. Anak patung itu membuat aku rasa seperti aku ada kaitan dengannya. Tiba-tiba ada sesuatu datang ke mindaku ia berputar seperti cerita wayang.
" Umm.... Nothing. Go away from me! Don't come near me Lou." aku sedang berkata kepada seorang lelaki dan membaling Mickey Mouse itu kemukanya. Kemudian aku mentertawakannya.
"Diana kau kenapa ni? Kau okay tak?" gambar itu hilang dari mindaku dengan cepatnya telah membuat aku tidak nampak wajah lelaki itu.
"Aku okay. Sorry."

YOU ARE READING
Cinta Pertama
Teen FictionDiana Emilia, gadis yang perangai dan berpakaian seperti lelaki, senang cakap orang suka panggil dia tomboy. Tetapi hatinya tetap seperti seorang perempuan yang ada perasaan terhadap lelaki. Dan lelaki itu adalah kawan baiknya sendiri. Jika nak tah...