Bab 9

1.2K 45 1
                                    

Bab 9

( 7 tahun kemudian )

Diana's POV:

7 tahun. Ia mengubah segalanya. Aku sudah menukar penampilan aku dari tomboy kepada gadis ayu. Ini semua kerana supupu aku yang ada disini,England.

Cik Mar adalah adik kedua kepada mama telah berkahwin dengan orang sini. Namanya Muhammad Abdillah Samuel John. Tapi aku memanggilnya uncle Sam. Anaknya ada dua orang, Muhammad Amran Danielle John dan Nur Amyliana Natasha John.

Amran sama umur denganku dan Amyliana muda kami 2 tahun. Mereka tinggal disini dengan panggilang nama matsaleh mereka. Muka mereka memang seperti matsaleh habis.

7 tahun aku disini, Amyliana telah mengubah cara perangai dan pakaianku. Rambutku pun sudah tumbuh hingga ke paras pinggangku dan ia berombak. Jujur aku katakan aku suka dengan penampilan aku kini.

Dalam masa yang panjang ini juga aku masih tidak dapat untuk mengharungi perasaan aku terhadap Ethan. Tetapi aku berjaya untuk tidak membuat perkara itu menjejas pemikiranku dan pelajaranku disini. Aku telah layak untuk menjadi seorang doktor. Aku telah bekerja disini untuk 2 tahun dan aku ingin menukar tempat iaitu di Singapura.

Ada satu kali sewaktu aku ingin melupakan Ethan aku mengambil guitar dari bilik Amran dan mula untuk menyanyi bila Amyliana terdengar dan menyuruh aku membuat cover di Youtube.

Setelah dipujuk oleh kedua-dua beradik ini, akhirnya aku membuat cover dan yang pasti aku tidak pernah sesekali memberi identiti aku. Aku akan selalu menghalang mukaku dari di lihat. Hanya suaraku kedengaran sudah membuat orang ramai menyukainya. Aku membuat cover lagu Melayu dan Ingerris. Aku tidak menyesal membuatnya kerana setiap kali jika aku ingin melupakan kisah silam aku, aku akan meluahkan di dalam setiap lagu yang aku cover di Youtube.

Sementara aku tiada di Singapura, ada beberapa perkara yang berlaku. Along sudah pun berkahwin 6 tahun yang lepas sementara abang Dariz sudah 5 tahun aku tidak sekalipun pulang ke Singapura. Kecuali mak ngah dan uncle Sam hadir ke majlis mereka. Aku masih belum sedia untuk bertemu orang-orang disana.

"Kak Diana. Jom pergi shopping." kata Amy

"Berapa kali akak cakap jangan panggil Diana."

"Come on Di. You're a girl now. So your name Diana is nice to be called." Kata Amran sambil dia letak tangannya di leherku.

"Whatever Amran."

"Don't call me Amran here." dia membantah.

"Oh now you know how it feels when I call you that name huh.?" aku menaikkan kening sebelah kiri kepadanya.

"Ok aku kalah. You always win." Amran melepaskan tangannya dan Amy sudah mentertawakannya.

Kita bertiga pergi shopping bersama. Aku dan Amalina telah memaksa Amran untuk ikut sekali. Aku akan pulang ke Singapura dua hari lagi bersama Amran dan Amyliana. Mereka ikut sekali kerana mereka ada satu bulan cuti dan mereka akan duduk disana untuk tiga minggu. Kami pulang kesana dengan senyap. Mama, papa semuanya tidak tahu akan kepulangan kami. Tetapi mak ngah dan uncle Sam tahu tentang perancangan kami dan mereka akan pastikan bahawa semuanya berjalan dengan lancar.

€€€€€€€€

"Welcome home to Singapore!" jerit Amy. Aku dan Amran sudah mentertawakannya.

Kami keluar dari lapangan terbang Changi dan menunggu taxi. Setelah mendapat taxi, kami terus ke rumahku.

Dalam perjalanan, Amy tidak henti bercakap tentang keindahan Singapura. Katanya lama tidak datang kesini. Dia kata dia rindu dengan makan-makan disini. Sudah banyak kali Amran menyuruh dia diam tetapi ada saja yang ingin dibantah.

Cinta PertamaWhere stories live. Discover now