Hi korang... nak bilang sikit...
cerita ini dah nak habis.. tinggal lagi satu chapter lepas itu habis...Tapi saya akan buat cerita baru... nanti bila buku ini dah habis saya akan bilang bila buku baru saya akan keluar... Buat masa sekarang enjoy bab yang ini...
~£~£~£~£~£~£~£~£~£
Bab 14
Third Person's POV:
Selepas waktu makan malam, Diana sedang memeriksa kandungan pesakitnya. Bila dia melihat wanita yang sedang sarat mengandung 7 bulan, dia ingin merasai hidup bahagia dengan suaminya di masa hadapan.
Setelah Diana memberitahu wanita itu tentang keadaan bayi dalam kandungan dan bila anggaran tarikh lahirnya, wanita itu beredar dengan senyum dibibirnya. Diana membuka baju doktornya yang berwarna putih dan bersiap-siap ingin pulang kerana dia masih sedang memikirkan tentang apa yang terjadi semalam.
Dan yang pasti hubungannya bersama Izuan. Dia tidak mahu Izuan menunggunya dengan harapan yang tinggi. Dia ingin keputusan yang dibuat adalah betul. Diana mengambil beg tangannya dan ketika dia ingin keluar pintu biliknya dibuka.
"Izuan awak kenapa masuk bilik saya tidak ketuk dulu?" Izuan mengendarkan kata-kata Diana dan mukanya sudah merah.
"Kenapa dengan awak ni Izuan?"
"Kenapa awak tidak jawab call saya semalam? Awak keluar dengan dia kan?"
"Ya Allah Izuan! Apa yang awak cakapkan? Keluar dengan siapa?" Diaan cuba untuk bersabar.
"Jangan nak berlawak bodohlah Diana. Awak tak jawab call saya sebab awak sedang berseronok dengan lelaki matsaleh awak tuh kan?!" tengking Izuan membuat Diana mengundur kebelakang sedikit.
"Ya Allah! Kan saya dah cakap jangan campurkan hal kerja dengan hal peribadi. Dan suka hati saya nak keluar dengan sesiapapun itu bukan urusan awak." suara Diana sudah meninggi.
"Saya sayangkan awak. Cintakan awak. Awak tak faham ke?"
"Saya faham Izuan tapi awak tak boleh paksa saya. Cinta itu datang dengan sendiri bukan dipaksa. Awak cuba fikir kenapa saya elak tak nak jumpa awak, sebab saya belum boleh kasi kata putus. Tapi sakarang saya sudah buat keputusan bahawa saya hanya boleh anggap awak sebagai kawan saya tak lebih dari itu. Maaf kan saya Izuan."
Sementara mereka sedang bertengkar, Ethan datang ke hospital dengan sejambak bunga ros putih. Dia ingin meminta maaf kepada Diana. Tiba sahaja di hadapan pintu bilik Diana,tangannya sudah dinaikkan ingin mengetuk tetapi terhenti.
"No Diana. Tell me, you love him don't you?" Ethan menurunkan tangannya dan mendekatkan telinganya ke pintu untuk dengar perbualan mereka.
" Who? Ethan? He is just my bestfriend Izuan."
"Please tell me that you don't love him. I love you Diana."
"Listen Izuan. Even if I don't love Ethan that doesn't mean I must love you and take you as my husband. You don't have any rights to choose who I can love and who I don't." saat itu hati Ethan hancur. Bunga Ros yang di genggamnya telah pun jatuh ke lantai.
Ethan melangkah pergi dengan hati yang hancur dan buat kali keduanya dia menangis kerana Diana. Kini dia rasa bahawa dia sudah dapat jawapannya bahawa Diana tidak akan mencintainya seperti dulu kala. Ethan menyalahkan dirinya kerana dulu dia terlalu buta.
Diana melepaskan geramnya kepada Izuan yang tidak faham-faham bahasa. Diana mengambil beg tangannya dan buka pintu ingin keluar tetapi terhenti bila dia padang kebawah terdapat sejambak bunga ros putih. Dia mengangkatnya dan hidu, ia masih segar. Siapa yang hantar?

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Pertama
Novela JuvenilDiana Emilia, gadis yang perangai dan berpakaian seperti lelaki, senang cakap orang suka panggil dia tomboy. Tetapi hatinya tetap seperti seorang perempuan yang ada perasaan terhadap lelaki. Dan lelaki itu adalah kawan baiknya sendiri. Jika nak tah...