Bab 12

1.1K 44 5
                                    

Bab 12

Third Person's POV:

Esok paginya, Diana tiba di tempat kerja seperti biasa dengan melemparkan sebuah senyuman yang cukup manis kepada semua pekerja-pekerja disitu.

Diana mencapai stetoskopnya di atas meja dan keluar untuk pergi memeriksa pesakitnya. Diana menuju ke bilik nombor 5 wad 10.

Pesakit tersebut sudah bangun dan sedang berehat. Diana memeriksanya dengan teliti sebelum mencatat apa-apa. Dia berborak seketika dengan pesakit itu kemudian beralih ke pesakitnya yang lain. Diana sentiasa mesra dan ceria dengan pesakit-pesakitnya kerana itulah perangainya.

Ceria dan penyayang.

Diana kembali ke meja utama dimana jururawat-jururawat akan berkerja disitu. Sedang dia berbual bersama salah seorang jururawat disitu, Izuan menegurnya.

"Assamualaikum Diana." suara Izuan yang mengeletah kedengaran oleh Diana.

"Wa'alaikumsalam Izuan. Awak kenapa sakit ke? Cakap pun mengeletah saja." Diana berketawa sinis. Izuan melihatnya seperti hilang akal.

"Diana. Awak tak marah pasal semalam ke?"

"Semalam? Ouh perkara yang awak cakap semalam lepas kerje? Iz, itu hal peribadi, tolong jangan campur dengan hal kerja. Be professional okay." Diana bersenyum dan sambung menulis di dalam buku.

"Hi Diana." Anita menepuk bahuku. Belum sempat Diana menjawab, seorang jururawat berlari kearah kami dengan cemas.

"Dr Anita, we have patient in the ICU." dengan cepat Anita berlari bersama jururawat itu ke bilik kecemasan.

Diana kembali ke biliknya dan menyambung menyemak kertas-kertas kerja. Diana orangnya tidak suka mencampurkan hal kerja dan hal peribadi,tetapi sekarang dia tidak tahu ingin mengatakan apa kepada Izuan. Kepalanya sudah buntu dengan masalah yang timbul.

Dia tidak boleh mencampurkan hal perbadi bersama hal kerja, Diana akan membantah sesiapa yang suka campu aduk kedua-dua hal itu bersama.

Selepas makan tengahari bersama Anita, Diana sedang berjalan menuju ke arah keretanya bila seorang budak kecil berlari ke arahnya. Diana merendahkan diriku untuk bertemu dengan matanya.

"Siapa nama?" dia bertanya.

"Adriana Kamilia." budak itu hanya bersenyum. Diana mengerut keningnya.Ia seperti dia pernah dengar nama itu,

"ADRIANA!" jerit seorang lelaki. Diana berdiri semula dan melihat kearah lelaki itu. Dia menghampiri mereka dan terus mendukung Adriana.

"Kenapa Adriana lari macam itu saja? Risaukan mama dan papa." dia memarahi anaknya dengan manja.

"Terima Kasih ya." lelaki itu kemudian menemui wajah Diana.

"Sama-sama. Ia cuma satu kebetulan sahaja." Diana menjawab.

"Diana?"

"Macam mana encik tahu nama saya?" suara Diana sudah kebingunan.

"Di. Ini aku lah Rizal."

"Maaf encik,tapi saya rasa encik Rizal silap orang. Saya tidak kenal sesiapapun yang bernama Rizal. Maafkan saya, saya harus pergi." dengan itu dia mempercepatkan langkahnya sebelum Rizal menghalang.

Siapakah lelaki tadi? Berbisik dihati Diana.

( Beberapa jam sebelum itu )

Ethan masih tidak berputus asa untuk melupakan kawan rapatnya Diana. Sudah 7 tahun dia tidak menghubungi Diana dan hari demi hari rindu dan sayangnya terhadap gadis itu membuak-buak. Dia rindukan suara dan perangai gadis itu. Kawan-kawannya tidak henti menasihati dirinya supaya tidak lalai dalam kehidupannya dan jangan lemah.

Cinta PertamaWhere stories live. Discover now