Bab 4
Diana's POV:
Hari Sabtu sudah tiba dan kini aku sedang bersiap-siap untuk ke rumah Ethan yang seperti dijanjikan. Aku akan berjumpa yang lain di rumahnya nanti.
Pelbagai perangai dan benda yang berlaku hari-hari sebelum hari ini. Selepas hari itu, Ethan akan bersamaan dengan Ain. Ethan telah mengajak Ain untuk duduk dengan kami dan aku sedaya upaya untuk tidak menunjukkan bahawa aku terasa hati dengan kelakuan Ethan. Ain orangnya mesra dan ceria orangnya.
Ada juga Fatin berkata kepadaku bahawa, dia tidak beberapa suka sangat dengan kehadiran Ain bersama kami. Menurut Fatin ia seperti membuatkan Ethan pergi jauh dari kami. Memang aku tidak menyalahkan Fatin untuk berfikran begitu kerana sudah terang Ethan tidak seperti dulu bila dia bersama kami.
Perangainya sudah mula berubah seperti setiap kali bila kami tiba di kolej dia akan meninggalkan aku dan pergi mendapatkan Ain. Ethan akan duduk di dalam kelas bersamanya dan bergelak bersamanya. Aku hanya menjadi penonton bagi mereka. Dan yang pasti dan paling ketara sekali, Ethan sudah tidak bergurau dengan aku seperti dulu. Jika dulu kami suka bertumbuk sana sini. Dia akan tumbuk aku dan aku buat begitu juga kepadanya. Tapi kini sudah berkurangan ada juga kami tidak bergurau langsung.
Aku menyalam tangan kedua tangan mama dan papa dan keluar. Aku menaiki motor dan menghidupkan enjin. Sebelum aku beredar, telefon bimbitku berbunyi. Aku mengeluarkannya dan ada pesanan ringkas dari Wadinah.
Mana kau Di?
Baru nak keluar. Kenapa?
Umm... Kita dah sampai dan kita tak sangka apa yang kita nampak ni.
Huh? Apa maksud kau?
Kau datang je lah cepat. Kita tunggu kau depan rumah Ethan.
Ok.
Aku menyimpan telefon bimbitku dan berlalu pergi. Apa yang mereka maksudkan? Hatiku sudah mula berdebar ketakutan dan aku membawa motor secepat yang mungkin. Tepat 15 minit aku tiba di halaman rumah Ethan dan aku letakkan motorku disebelah motor Rizal. Mereka semua sedang berkumpul disitu. Aku mematikan enjin dan membuka topi keledar sambil turun.
"Korang kenapa ni?" tanyaku. Mereka saling memadang sesama sendiri.
"Oi aku tanya ni. Apa yang korang nampak? Nampak hantu ke?" aku cuba berlawak dan mula mengatur langkah ke dalam rumah Ethan.
"Di tunggu lah. Aku tak rasa kau patut masuk." kata Yusri.
"Eh korang ni semua okay tak? Kenapa aku tak patut masuk? Mak Ethan dah jemput kita dan dia mengharapkan kita untuk datang. Takkan-" ayatku terhenti bila aku mendengar seseorang memekik namaku.
"Di!" aku menoleh melihat Erissa sedang berlari kepadaku. "Hi Erissa."
"Hi Di. I'm glad you came. I thought you are with Ethan. He surprised me,mom,dad and Emuel." Emual abang sulung mereka dan sudah bertunang.
"What did you mean I'm with Ethan?" aku bertanya dengan nada yang cukup keliru. Aku memandang kearah kawan-kawanku dan mereka hanya berdiam. Kenapa dengan mereka semua? Belum sempat Erissa berkata apa-apa, aku terdengar seseorang sedang bergelak.
Mataku terbeliak bila melihat orang itu. Memang tidak aku sangka. Kenapa Ethan bawa dia datang kesini? Memanglah ini jamuan keluarganya tetapi Ethan tidak bilang kami yang dia akan datang. Bukankah kita ini kawan rapatnya.
"Sorry Di. I thought he likes you. Well mom,dad and Emuel thinks that too." aku tersentap dari renunganku dan memandang Erissa semula.
"What? No. We're just best friends not more. Now come on let's go in." aku menarik dan hembuskan nafas dengan lega. Cuba membuang semua perasaan aku terhadap Ethan dan cuba untuk belakon seperti biasa. Aku menghampiri mereka.
YOU ARE READING
Cinta Pertama
Teen FictionDiana Emilia, gadis yang perangai dan berpakaian seperti lelaki, senang cakap orang suka panggil dia tomboy. Tetapi hatinya tetap seperti seorang perempuan yang ada perasaan terhadap lelaki. Dan lelaki itu adalah kawan baiknya sendiri. Jika nak tah...