Kepada pembaca-pembaca saya, terima kasih kerana menunggu cerita ini di update. Dan saya ingin minta maaf kerana lambat update sebab busy sikit. Terima kasih banyak kerana masih sudi untuk membaca.
Selamat Hari Raya kepada orang-orang muslim di luar sana...
££££££££££££
Bab 13
Diana's POV:
Sudah hampir 2 minggu sejak aku bertemu kembali sahabat-sahabatku di hospital ini. Hujung minggu yang lepas, mama telah membuat acara jamuan yang dihadiri oleh saudara mara yang terdekat dan kawan-kawanku termasuk Izuan dan Anita.
Aku telah memperkenalkan sahabat-sahabat karibku kepada Izuan dan Anita. Walaupun ingatku masih belum pulih aku akan tetap anggap sahabat-sahabatku adalah sahabat karibku. Aku cuma perlukan waktu untuk ingatanku kembali.
Sudah beberapa kali Izuan mengajak aku keluar bersamanya dan aku bersetuju hanya untuk dua kali sahaja. Selepas itu aku cuba untuk mencari alasan tidak keluar bersamanya, ini sebab aku tidak begitu selesa bila kami berduaan dan aku tidak mahu memeberinya harapan yang tinggi kepadaku.
Kebanyakannya aku keluar bersama Ethan kerana persahabatan aku bersama Ethan agak selesa. Aku tidak rasa kekok bila setiap kali kami bergurau atau keluar bersama. Adanya Ethan disisiku membuat aku lebih ceria dan lebih senang untuk aku bercakap.
Ia seperti aku akan menjadi diri aku sendiri daripada aku bersama Izuan.
Hari ini Ethan telah mengajakku keluar makan malam bersamanya dan aku bersetuju seperti biasa. Dan mungkin hari ini dia boleh membantuku untuk kembalikan ingatanku.
Aku memandu ke alamat yang diberi oleh Ethan. Setelah mematikan enjin kereta aku menuju ke Swensen. Semakin aku ingin bertemu dengan Ethan, hatiku rasa berdebar-debar. Ia seperti satu perasaan yang aku ada terhadap Ethan dan tidak ada terhadap Izuan. Perasaan yang aku tidak dapat diungkapkan. Ethan melambai tangannya supaya aku nampak dimana dia duduk.
"Hi" aku berkata sambil mengambil tempat duduk di hadapannya. Dia memilih meja hanya diduduki oleh dua orang.
"Hi, thanks for coming Di." dia memberiku senyumannya yang boleh membuat semua wanita cair.
"Well, we're friends right. Hey why all of you like to call me 'Di' why not Diana or Emilia? Well I'm not surprised but I just want to know. " dia hanya tersenyum simpul.
"Sure you don't remember anything. Di, when we were in college you will chase anybody that call you Diana or Emilia. You seems don't like that name and you once said that it doesn't suit your appearance."
"I said that? Wow. Hahaha" kami bergelak. Aku dan Ethan memesan makanan kami dan sambung berborak tentang apa saja.
Kemudian dia menghulurkan sesuatu kepadaku dan aku mengambilnya dengan bersenyum. Aku mengeluarkan dari plastik beg itu dan ia sekotak coklat yang aku gemari.
"Ethan why you always give me chocolates? And all of it was my favorite. I won't get sick with it. Thank You." aku berkata.
"Di once you said that if I were to buy lots of chocolates for you, you will eat it no matter what. You rather have chocolate than a bear." Ethan bergelak.
"I said that? God Ethan you really has good memory. But I think now I want a bear too. You are the best Ethan. Thanks." Aku ikut berketawa bersamanya.
Bertapa hairannya aku bila setiap kali aku bersama Ethan hubungan kita begitu akrab dan senang hati dan aku tidak pernah rasa begini bila aku bersama Izuan. Aku pernah untuk mencuba tetapi kosong. Ini mungkinkah aku pernah rapat dulu dan sudah terlalu biasa dengan Ethan atau aku sudah jatuh hati dengan Ethan?
Tiba-tiba soalan yang selama ini aku tertanya-tanya datang kembali dan mungkin Ethan boleh tolong menjawabkannya. Kerana aku harus memberi kata putus kepada Izuan tetang hubungan aku dan dia.
"Ethan can I ask you something?" kami berhenti makan dan Ethan tersenyum.
"What is it?"
"Since we're bestfriend when we were in college and we used to share anything with each other as you said. May I know if I got told you about my love. I mean is there anybody that I liked or my first love when I was in college? Or I don't like anybody?" mata Ethan terus membesar akan soalanku itu. Aku melihatnya dengan penuh harapan.
Ethan menarik nafas dan hembuskannya dengan perlahan sambil menutup matanya. Caranya seperti dia ingin melafazkan sesuatu yang akan membuatku lari darinya. Aku dapat rasakan bahawa dia sedang dalam keresahan.
"Ethan are you okay? What's wrong?"
"I'm okay. I just can't say anything about that question you asked."
"Ethan please tell me the truth. I need to know." aku merayu.
"Okay. But I don't want you to be shocked or terrified or whatsoever. You didn't tell me about your first love but eventually I know about your first love. You loved him so much and you think you don't deserve him or he don't deserve you. Once that guy made a big mistake of liking somebody else. That's why you made a decision to be out of Singapore. But after the guy noticed his love towards you, he suffered for 7 years and still waiting for his love to be answered."
Hatiku ketika ini sudah melonjak kegembiraan. Harapan dihatiku meninggi dan aku amat kagum kerana lelaki itu sanggup menungguku untuk selama 7 tahun.
"Who was it Ethan?"
Dia mengeluh.
"Ethan tell me who is it? If I can, I need to meet him as soon as possible."
"There's no need for you to meet him, you meet him already."
"What do you mean? I don't understand Ethan."
"Diana, that guy was me."
Aku tersandar dan merenung ke muka Ethan. Aku tidak dapat untuk berfikir apa-apa sekarang, aku terus membeku. Ia seperti aku terhempit antara dua perasaan iaitu gembira dan sedih. Adakah betul apa yang dikatakan Ethan?
Apa yang aku tahu sekarang, aku harus berfikir dengan tenang dan minta pertunjuk dariNya. Aku tidak mahu membuat keputusan yang tergesa-gesa. Ini melibatkan tiga hati.
"Ethan, I'm sorry but I need to go." aku sudah bangun dan mengambil beg tanganku dan coklat yang diberi Ethan sebentar tadi. Tetapi lenganku dipegang.
"Diana, where are you going?"
"I'm sorry, but I need some space to think about this. I'll text you later. Bye Ethan. Thanks for tonight." aku melepaskan tanganku dan pergi darinya. Dari lelaki yang pernah aku cinta dahulu.
Aku masuk ke dalam kereta dan terus menghidupkan enjin. Airmataku sudah pun jatuh membasah pipiku. Aku memandu kereta pergi kemana saja tanpa arah tuju. Mindaku sudah berada di seluruh tempat.
"Ya allah! Sungguh berat ujian yang engkau berikan." aku menjerit di dalam hati.
Aku menghapuskan airmataku dan terus pulang kerumah.
Dengan tidak bersuara, aku naik ke bilik dan menukar pakaian kemudian mengambil wudhuk. Aku mendirikan solat Isyak untuk meminta ampun dan berikan aku pertunjuk kepada hatiku yang dalam keadaan sempit sekali. Setelah solat barulah hatiku bersama cukup senang dan fikiranku cukup tenang.
££££££
Macam mana okay tak?
Jangan lupa
Vote
Comment
Share
YOU ARE READING
Cinta Pertama
Teen FictionDiana Emilia, gadis yang perangai dan berpakaian seperti lelaki, senang cakap orang suka panggil dia tomboy. Tetapi hatinya tetap seperti seorang perempuan yang ada perasaan terhadap lelaki. Dan lelaki itu adalah kawan baiknya sendiri. Jika nak tah...