01

1.9K 63 39
                                    


29th January 2018, Monday, 10:32 a.m.
D-365


Soobin's POV

Bekerja seorang diri pada hari minggu memang sangat meletihkan.

Bukan pilihan aku untuk buat semua kerja ni, tapi rakan sekerja aku semuanya terus naik ke tingkat atas untuk berehat selepas syif 8.00 pagi yang sibuk. Mereka tinggalkan semua kerja untuk aku.

Boleh dikatakan, aku yang rela buat semua kerja sebab mereka semua bencikan aku? Heheheh...

Sejak pukul 8 pagi tadi, Cafe Amor, tempat aku bekerja ini sudah sesak dipenuhi pekerja-pekerja pejabat yang dapatkan sarapan pagi.

Sekarang dah pukul 10 pagi, sekelip mata je kafe ni dah kosong sebab masa kerja semua pejabat dah mula.

Adalah juga masa aku nak basuh semua pinggan cawan gelas sementara tiada pelanggan ni.

Lepas bersihkan semua meja dan kaunter, aku bergerak ke belakang untuk basuh pinggan. Langkahku terhenti apabila ada seseorang masuk ke kafe.

"Selamat datang ke Cafe Amor. Boleh saya bantu?" Aku menyapanya terlebih dahulu walaupun dia masih tak pandang aku.

Pelanggan ini merupakan seorang lelaki berpakaian kemeja pejabat yang masuk dengan tergesa-gesa.

Lewat datang kerja agaknya.

"Ya. Saya nak pesan aaaaㅡ" Kata-katanya tiba-tiba terhenti bila pandang muka aku.

Ada sesuatu di muka aku ke? Kami pernah berjumpa?

"A-awak nak pesan apa ya?" Aku cuba alihkan perhatian dengan maniskan lagi mukaku.

Dia masih ternganga. Bukannya nak jawab. Lama-kelamaan, dia senyum pula.

Dia ni nak main-main ke apa?

"Encik, kalau awak nak berdiri di situ untuk fikir pesanan yang nak dipesan sepanjang hari, silakan. Saya akan tunggu memandangkan tiada pelanggan lain sekarang." Kataku lembut.

Sebagai seorang pekerja, kami memang seharusnya pamerkan muka yang manis sentiasa. Itu apa yang En. Han katakan.

Baru aku nak beralih ke kaunter, pelanggan itu menghalangku. "Eh ehhh! S-saya nak order. Caramel Macchiato satu ya."

Kali ni dia pula tersenyum. Kami berbalas senyuman.

"Nak bungkus ataupun-"

"Tak perlu. Saya nak minum di sini je." Dia senyum lagi.

Malas nak tegur tapi, senyuman dia sangat mekar sedangkan aku katakan benda basic je. Semua pelanggan dengarkan perkara yang sama.

Mungkin dia memang selalu tersenyum manis agaknya.

Suara dia pun. Rasanya lagi lembut dari aku. Macam kami ni terswitch gender.

Aku memberikan resit kepadanya dan mula menyiapkan pesanan. Dia pula duduk di meja berhampiran kaunter dan asyik pandang-pandang aku.

Maaf tapi saya rasa tak selesa dipandang begitu -__-

Selepas pesanan siap, aku terus hantarkan padanya. "Ini dia pesanan awak."

"Terima kasihㅡ Err boleh saya lihat nametag awak?" Pelanggan ini cuba untuk melihat nametag aku. "Chae Soobin...? Chae Soobin-ssi, terima kasih! Saya Hwang Minhyun."

"Saya tak tanya nama awak pun. Sila nikmati minuman awak~" Aku menunduk kemudian berlalu pergi.

Muka dia dibuat-buat kecewa lepas dengar jawapan aku. Macam niㅡ ☹

𝐃-𝐃𝐀𝐘 || 𝐡𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐢𝐧𝐡𝐲𝐮𝐧Where stories live. Discover now