31st March 2018, Saturday, 10:35 p.m.
D-304Minhyun's POV
Leganya. Pertunjukan bunga api tu dah tamat.
Kami berjalan ke stesen kereta api bawah tanah dan menaiki kereta api yang terus ke rumah kami.
Tadi kami datang dengan kereta Seongwu, tapi dia dah balik kan.
Walaupun dah malam, kenapa kereta api ni masih penuh? Nak ataupun tidak, kami berdua terpaksa berdiri.
Rapat gila ahahah peliknya situasi ni.
Seboleh-bolehnya aku cuba jarakkan badan aku daripada Soobin. Tak nak dia rasa tak selesa nanti.
Tiba-tiba, ada seorang pelajar universiti(?) yang kebetulan berdiri rapat dengan kami juga.
Lelaki.
Dia berdiri betul-betul belakang Soobin. Aku dapat teka apa yang dia nak buat lepas ni berdasarkan pandangan matanya pada Soobin.
Tangan pelajar tersebut mula untuk menghampiri tubuh Soobin, sebelum aku dengan pantas menggenggam tangannya.
"Walau apa pun yang kamu cuba nak lakukan, lebih baik kamu hentikannya." Aku memberi amaran keras dengan suaraku yang lembut.
Soobin terpinga-pinga. Dia memandang aku dan budak itu silih berganti. "K-kenapa ni, Minhyun?"
"Pakcik, apa yang pak cik buat ni? Lepaskan tangan saya! Aduh sakitlah!" Budak lelaki tersebut mula mengerang kesakitan apabila aku genggam tangannya makin kuat.
Padan muka. Budak miang macam dia ni patut diajar. Lagi-lagi dia nak lakukannya pada Soobin, aku takkan biarkan!
Dan dia panggil aku pakcik?
"Minhyun, bertenanglah. Kenapa ni, lepaskan tangan dia dulu..." Soobin jadi gelabah.
Dia tak tahu apa yang aku buat sekarang ni. Tapi mesti dia akan berterima kasih lepas dia tahu.
"Budak ni, dia cuba nakㅡ" Baru aku nak terangkannya pada Soobin, budak tersebut menyampuk.
"Pakcik fikir yang saya nak raba nuna ni ke? Taklah! Saya cuma nak alihkan habuk di lengannya ni, itu je!"
A-apa?
Aku pandang ke arah lengan Soobin.
Eh yelah... Memang ada habuk.
Habuk eish bencinya.
Muka aku jadi kemerahan sebab malu. Budak itu pula masih menjeling aku sebab geram.
Kami tiba di stesen seterusnya, tapi ni bukan stesen kami perlu turun.
"Pakcik ni kejam. Saya tahu ni teman wanita pakcik, tapi memang melampau tuduh saya macam tu." Dia masih marahkan aku.
T-teman wanita?
Terus dia meluru keluar dari kereta api selepas katakan itu.
YOU ARE READING
𝐃-𝐃𝐀𝐘 || 𝐡𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐢𝐧𝐡𝐲𝐮𝐧
Fanfiction"One day, I'll make you mine." ✨ Highest ranking 🎉 #1 wannaone #1 wannable #1 minhyun #1 nuest #1 ongseongwu #1 ong #2 ongsungwoo #2 ioi #3 soobin Begin ; 2nd June 2018 End ; 19th December 2018