15

179 13 0
                                    

11st June 2018, Monday, 10:48 p.m.
D-233


Soobin's POV

Sampai sahaja di lobi rumah, Minhyun hulurkan tuala pada aku.

"Nah. Lap biar kering sikit je pun jadilah. Nanti basah pula lantai lobi kita awak kerjakan."

Aku patuh lalu mengelap sedikit tubuhku. Tuala kecil je pun, memang tak mungkin kering lah.

"Awak baliklah dulu, Minhyun. Terima kasih tumpangkan saya payung ni."

Aku sedang cuba menghalau. Minhyun baru pulang dari perjumpaan keluarganya, mesti dia nak berehat.

"Awak nak tunggu sini ke?" Tanyanya.

"Sekejap je. Nanti saya baliklah."

"Saya nak tunggu dengan awak." Minhyun berdegil dan setia berdiri sebelah aku.

Selepas lama berdiam, baru aku sedar yang aku memegang beg plastik. Ada 2 yogurt strawberi.

Aku hulurkan satu pada Minhyun. Dia terima dan kami minumnya bersama-sama.

"Macam mana perjumpaan tadi? Okay?" Tanyaku untuk memecahkan kesunyian.

"Okay..." Wajah Minhyun bertukar muram.

Hm mesti something wrong ni.

"Soobin, awak ingat tak hari mak dan adik saya datang kat dobi? Awak ingat mereka lagi?"

Aku mengangguk. Mestilah aku ingat, itulah kali pertama aku nampak Minhyun dingin. Kesimpulan aku adalah yang hubungan mereka tak berapa baik.

Tapi tak tahulah apa realitinya.

"Sebenarnya hubungan kami tak berapa baik."

Eh betul rupanya.

"Boleh tak saya nak tahu kenapa?" Aku care tentang Minhyun, tiada niat langsung nak menyibuk.

"Awak tahu kan keluarga saya ada satu syarikat elektronik dan banyak bangunan di sekitar Korea? Tapi saya langsung tak terlibat dengan perniagaan keluarga sebab saya tak suka hidup macam tu. Saya nak hidup sendiri, usaha sendiri. Sebab saya usaha inilah saya dapat jadi ketua bahagian pemasaran syarikat tempat saya bekerja. Bukannya syarikat keluarga saya tu." Terangnya panjang lebar.

Minhyun menyambung lagi, "Ayah saya sangat baik, saya paling sayangkan dia. Tapi masalahnya mak saya, entah kenapa dia terlalu sayangkan Hyunjin dan selalu abaikan saya."

A-apa?

"Tapi saya okay. Saya keluar daripada rumah besar tu waktu sekolah tinggi. Dan seperti yang awak lihat, saya berjaya hidup tanpa mereka heheheh."

Dia boleh gelak lagi?

Dia seakan faham riak wajahku yang mula simpati dengannya, "Kenapa awak buat muka macam tu? Saya gembira keluar daripada rumah tu. Sebab Hyunjinlah saya jadi pembersih sekarang ni."

"Ohh..."

Aku tak nak tanya lebih lanjut. Biarlah sampai sini je.

"Eh pakaian saya dah kering dah ni. Marilah kita balik."

"Okay. Bye Soobin, selamat malam~"

Selepas keluar dari lift dan melambai Minhyun, aku berjalan di tingkat 13 sehingga tiba di pintu rumahku.

Ada sticky note daripada Seongwuㅡ

ALAMAK SEONGWU! Aku terlupa tentang dia sebab hujan tadi!

Di sticky note tersebut tertulis-

𝐃-𝐃𝐀𝐘 || 𝐡𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐢𝐧𝐡𝐲𝐮𝐧Where stories live. Discover now