25th October 2018, Wednesday, 8:15 p.m.
D-97
Nobody's POVDi rumah besar keluarga Hwang, keadaan sunyi seperti biasa kerana hanya ada Hyunjin dan pembantu rumah mereka.
Hyunjin yang asyik bermain permainan video dalam bilik dikejutkan dengan suara ayahnya yang sedang bercakap di telefon.
"Appa dah balik?"
Dia mematikan konsol permainannya dan menghampiri pintu bilik. Hyunjin mahu luangkan masa dengan ayahnya yang akan ke luar negara selama seminggu bermula esok.
Hyunjin ni anak manja. Sebab tulah dia cemburu bila ayahnya sebut nama Minhyun sedangkan ayah mereka sayangkan Hyunjin dan Minhyun sama rata.
Hyunjin setia berdiri di pintu bilik, tidak mahu ganggu perbualan telefon ayahnya.
"Wahhh bila tarikhnya?"
"29 Januari tahun depan. Lapangkan jadual ayah ya~"
Mood baik Hyunjin terus hilang. Dia pasti ayahnya sedang gembira berbual dengan Minhyun.
Tapi tarikh? Tarikh apa?
"Mestilah. Kamu akan betul-betul berkahwin kali ni. Baguslah."
"Ne~ Em saya letak dulu ya? Saya nak ke dobi sekejap."
"Baiklah. Tahniah ya Minhyun~"
Tapak kaki Encik Hwang menghampiri bilik Hyunjin. Dia segera beredar dan sambung bermain semula.
"Hyunjin-ah~ Appa dah balik!"
"Eo appa!" Hyunjin tersenyum seraya memeluk lelaki separuh abad itu.
"Kamu tahu tak yang Minhyun akan berkahwin tahun depan dengan teman wanita dia?"
Itu topik pertama yang dibualkan Encik Hwang. Dalam diam, Hyunjin mendengus geram.
Dia pura-pura tidak tahu, "Betul ke? Dengan kak Soobin?"
"Ya! Nanti tempah suit baru, kamu kena jadi kacak macam Minhyun supaya kamu boleh berkahwin juga."
"Appa, saya memang kacak daripada hyung. Lagipun, suit perkahwinan dia dengan Eunbi nuna masih ada, saya akan pakai yang tu je."
"Jangan. Mesti wartawan akan perasan."
Encik Hwang masih tersenyum membayangkan perkahwinan bahagia Minhyun yang akan berlansung tiga bulan lagi.
Hyunjin pula hanya mampu mendiamkan diri, tahu sangat perangai ayahnya yang sangat lembut hati tu.
'Ayah ni tak sayangkan aku ke sebenarnya? Minhyun hyung je yang dia sayang?' Hatinya mula terdetik ayat itu.
❣
4th November 2018, Sunday, 8:01 a.m.
D-87Seongwu's POV
Hari ni hari cuti. Tak kerja. Yeah.
Tapi tidur aku diganggu dengan bunyi deringan telefon yang tak henti-henti. Serius, aku akan tumbuk siapa yang gigih call aku ni bila kami jumpa.
🎶 uri dasi manna bombarami jinagamyeon~ 🎶
Aku automatik gigit selimut bila lihat nama yang tertera di skrin.
YOU ARE READING
𝐃-𝐃𝐀𝐘 || 𝐡𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐢𝐧𝐡𝐲𝐮𝐧
Fanfiction"One day, I'll make you mine." ✨ Highest ranking 🎉 #1 wannaone #1 wannable #1 minhyun #1 nuest #1 ongseongwu #1 ong #2 ongsungwoo #2 ioi #3 soobin Begin ; 2nd June 2018 End ; 19th December 2018