26

376 22 12
                                    

29th January 2019, Tuesday, 1:28 p.m.
D-1

Nobody's POV

Setelah menerima berita tentang Minhyun daripada Jinyoung, Seongwu menjemput Soobin di rumah. Mereka berdua bergegas ke hospital yang dimaklumkan.

Secara kebetulan, Woojin juga sampai di Incheon Hospital.

"Minhyun hyung masih tak sedarkan diri lagi?"

"Itu apa yang Jinyoung kata. Marilah kita masuk sekarang."

Masuk sahaja ke bahagian kecemasan, Seongwu bertanya kepada seorang jururawat di kaunter.

Selepas mengenal pasti di mana Minhyun ditempatkan, mereka bertiga berlari ke sana.

Mereka berjumpa dengan Jinyoung dan Hirami di tempat menunggu.

"Minhyun dah lama ke kat dalam tu?"

"Baru lima minit."

Soobin terus terduduk di kerusi selepas mendengar keadaan semasa tunangnya. Seongwu dan Hirami cuba legakan Soobin dengan memberinya air dan kata-kata semangat.

"D-dia suruh saya tunggu dia balik kerja... Tapi kenapa Minhyun ada kat dalam tu pula..." Soobin terus-terusan bersedih.

"Sabarlah Soobin. Minhyun kita kuat, dia akan bangun..."

Selepas hampir setengah jam, seorang doktor keluar dari bahagian kecemasan. Dia merapati Seongwu dan memandangnya lama.

"A-apa jadi dengan tunang saya? Saya nak jumpa dia...!"

Soobin jadi yang pertama bersuara. Risaunya pada Minhyun masih tidak surut lagi.

Muka doktor tadi semakin misteri. Dia seperti keberatan mahu katakan sesuatu pada mereka.

"Saya minta maaf... tapi kami tak sempat selamatkan tunang awak. Dia sudah meninggal dunia."

.

Selepas mendengar perkataan itu, Soobin berkali-kali menggelengkan kepalanya.

"Takk... D-doktor mungkin salah orang... Nama tunang saya Minhyun, Hwang Minhyun."

"Ya memang Hwang Minhyun. Dia melecur teruk dan tak sedarkan diri. Jantungnya terhenti secara tiba-tiba. Kami gagal selamatkan dia, kami minta maaf..." kata doktor tersebut dengan perasaan penuh kesal.

Soobin menggoyang-goyangkan lengan Seongwu yang dah mula menangis.

"Seongwu, beritahu saya yang doktor ni buat lawak. Tolonglah...."

Makin kuat tangisan Seongwu. Dia pantas menarik Soobin ke dalam pelukannya.

"Doktor tu tak buat lawak... Kita kena terima kenyataan, Minhyun kita dah takde..." Seongwu terus menangis.

"T-tak mungkin...."

Soobin akhirnya mengalah. Tak guna dia menipu diri sendiri dan tak terima realiti yang Minhyun betul-betul dah pergi selamanya.

𝐃-𝐃𝐀𝐘 || 𝐡𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐢𝐧𝐡𝐲𝐮𝐧Where stories live. Discover now