25

221 15 4
                                    

14th January 2019, Monday, 2:02 p.m.
D-16

Soobin's POV

"A-APA?!"

Kelima-lima kami terkejut besar selepas mendengar pengumuman Seongwu. Dia hanya tersengih selepas menyampaikan berita tersebut.

"Kenapa awak kena pergi ke UK pula?" Minhyun menjadi yang paling matang antara kami, bertanyakan soalan sementara Jinyoung dan Woojin masih lagi ternganga besar.

Tapi... UK? Dia taklah pandai sangat, takkan nak sambung belajar? Bercuti? Takkan nak pergi sampai setahun?

"Kesihatan adik saya semakin teruk. Dia perlu dirawat sejak dulu lagi kat UK, tapi waktu tu saya takde cukup duit jadi saya masih mengumpul. Sekarang duit semua dah cukup, saya akan bawa adik saya ke sana." Terang Seongwu.

"Haewoo ke?"

Seongwu mengangguk kemudian hadiahkan senyuman pada aku. Eeeeee bukan nak bagitahu yang Haewoo sakit teruk!

"Hyung... Jauhnya hyung pergi..." - Jinyoung

"Ya. Mesti kami akan rindukan oppa." - Hirami

"UK? Saya nak ikut juga!" - Woojin

Hati aku tiba-tiba sebak. Seongwu yang perasan perubahan muka aku terus memelukku.

Hm lagilah aku sedih. Kami tak pernah berjauhan, ni jauh sampai ke UK pula tu.

"Kenapa tak beritahu saya lebih awal? Macam mana saya nak berjauhan dengan awak, Seongwu-ya?"

Seongwu menepuk-nepuk belakang aku, "Kalau saya beritahu awal, tak sampai hati pula tinggalkan awak seorang di sini. Nak bawa awak pula leceh, banyak duit saya kena keluarkan untuk belikan makanan awak je nanti!" Sempat lagi dia berlawak.

Aku tergelak seraya menumbuk perutnya dalam pelukan kami.

Seongwu merengek kesakitan kemudian menyambung, "Tapi sekarang awak dah ada Minhyun untuk jaga awak, jadi saya boleh pergi tanpa risaukan awak lagi..."

Aku toleh memandang Minhyun pula. Dia hanya tersenyum sekilas melihat kami berpelukan.

"Tapi..."

Seongwu bertukar ceria, "Eheyyy awak ni. Kalau saya biarkan mak dan Haewoo pergi sendiri, sesat pula mereka. Awak jangan risaulah! Lagipun saya ada belajar bahasa Inggeris baru-baru ni."

Keningnya berkerut, seperti cuba mengingat semula sesuatu perkataan.

"Hello, Hi, Thank you, Welcome... Apa lagi eh? I am hungry, I am sexy, I am Ong Seongwu! Emm... haa! I love you!"

Serentak ketawa kami berderai melihat Seongwu menyebut perkataan Inggeris yang sangat susah baginya.

"Jangan kata I love you pada perempuan Inggeris kat sana sesuka hati! Kalau awak bercinta dengan mereka, jangan jejakkan kaki di Korea lagi!" Aku memberikan amaran + ugutan

"Jangan risaulah, Chae Soobin. Walaupun semua beratur untuk ambil gambar dengan saya yang kacak ni, saya tetap akan berkahwin dengan orang Korea, macam janji kita waktu kecil dulu."

𝐃-𝐃𝐀𝐘 || 𝐡𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐢𝐧𝐡𝐲𝐮𝐧Where stories live. Discover now