15th May 2018, Tuesday, 9:30 a.m.
D-259Minhyun's POV
Seperti hari-hari biasa, aku pergi ke Cafe Amor untuk sarapan pagi bersama Seongwu dan Soobin yang bekerja.
Dah 5 hari berlalu sejak pertemuan aku dan Eunbi. Kami langsung tak berhubung ataupun berjumpa selepas tu.
"Dia bakal isteri awak. Sekurang-kurangnya, awak berdua perlu kenal satu sama lain. Kenapa awak tak ajak dia keluar?" Bebel Seongwu.
Aku kena ajak dia keluar? Oh memang perlu eh?
Tak tahu pula 😅
"Ajak Eunbi keluar? Keluar ke mana? Keluar dari kawasan Incheon ni?" Innocently, aku tanya Seongwu.
"Ish awak ni Minhyun. Memang sah awak tak pernah bercinta. Maksud saya, keluar temu janji, dating. Lelaki yang sepatutnya ajak pasangannya keluar date." Terang Seongwu panjang lebar.
"Okay... Kalau kami keluar bersama, apa yang patut kami buat?"
Seongwu menggelengkan kepalanya dan facepalm. Nampaknya dia dah fade up dengan aku 😂
Soobin yang sudah habis mengelap menghampiri meja kami. "Itu bergantung pada setiap pasangan, nak buat aktiviti apa bersama. Awak kena fikirlah, apa yang cik Kwon Eunbi dan awak suka buat bersama."
Aku pandang muka Soobin. Muka dia nampak ikhlas bila cuba nak tolong hubungan aku dan Eunbi ni berjaya.
Tapi hati aku terluka. Saya nak bersama awak, Soobin-ssi :(
Berbalik kepada cadangan Soobin tadi, dia suruh fikir apa yang aku dan Eunbi suka buat bersama.
"Sejujurnya, saya tak tahu langsung apa yang Eunbi suka heheheheh..." kataku sambil menggaru kepala sendiri. "Kan saya dah kata yang saya langsung tak tahu apa-apa tentang cinta ni. Awak berdua tolonglah saya~"
Dengan muka sedih, aku memaut tangan Seongwu dan menghayunkannya untuk minta simpati. Soobin yang melihat pun turut sama tergelak.
"Minhyun?"
Tiba-tiba seseorang memanggil nama aku. Aku tak kenal suara ni tapi macam baru je dengar baru-baru ni...
Soobin's POV
"Minhyun?" Seorang wanita menghampiri kami bertiga. Tapi kami tak kenal dia siapa.
Minhyun yang dipanggil, dia pusingkan badannya untuk pandang si pemanggil.
"Eunbi? M-macam mana awak tahu saya di sini?"
"Saya pergi ke tempat kerja awak, dan awak tiada. Rakan sekerja awak yang kata awak di sini." Jawabnya.
Oh... Jadi dialah Kwon Eunbi tu?
Cantiknya... Standard dia memang tinggi, tengok jelah pakaian dia yang branded tu. Tiba-tiba rasa macam ada tuan puteri datang menziarahi tempat kami pula.
"Oh..." Jawab Minhyun perlahan. Dia pusing ke arah aku dan Seongwu pula. "Inilah Eunbi yang saya ceritakan pada awak berdua tu."
Eunbi terus duduk di sebelah Minhyun dan memperkenalkan dirinya.
"Hi, saya Kwon Eunbi. Mesti awak berdua kawan rapat Minhyun kan? Awak berdua bekerja di sini?" Tanyanya mesra.
Kwon Eunbi banyak tersenyum pada aku. Yelah, kami sama-sama perempuan kan. Aku membalas senyumannya seperti biasa.
Well, buat masa sekarang dia nampak baik.
YOU ARE READING
𝐃-𝐃𝐀𝐘 || 𝐡𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐢𝐧𝐡𝐲𝐮𝐧
Fanfiction"One day, I'll make you mine." ✨ Highest ranking 🎉 #1 wannaone #1 wannable #1 minhyun #1 nuest #1 ongseongwu #1 ong #2 ongsungwoo #2 ioi #3 soobin Begin ; 2nd June 2018 End ; 19th December 2018