23rd June 2018, Saturday, 7:15 p.m.
D-221Seongwu's POV
Aku keluar untuk pergi order stok biji kopi. Selepas selesai, aku bersiar-siar sekejap memandangkan dah dapat skuter ni.
Apabila aku berhenti di lampu isyarat, aku ternampak seseorang yang aku kenali bersama seseorang yang aku tak kenali di dalam sebuah kereta mewah.
"Eh. Itu Kwon Eunbi kan?"
Mereka berdua berbual mesra dan kelihatan sangat rapat. Mungkin aku tersalah pandang atau tersalah faham.
Okay aku akan berfikiran positif.
"Hmm mungkin abang atau adik dia." Kataku muktamad dan terus bergerak setelah lampu isyarat bertukar hijau.
❣
11st July 2018, Sunday, 8:15 p.m.
D-203Soobin's POV
"Terima kasih untuk makanan ni~" Semua menjerit gembira apabila sudah tiba masa makan malam.
Kami sedang makan malam bersama di rooftop rumah Woojin. Mak Woojin yang jemput kami makan di rumahnya, mana boleh kami tolak.
"Nuna, cuba rasa ni. Kimchi ni saya dan mak saya yang buat~" Woojin cuba untuk suapkan aku tapi akhirnya Minhyun yang makan suapan tu.
"Mmmmm sedap. Pandai kamu buat kimchi." Kata Minhyun tanpa segan terus makan laju-laju seperti tiada apa yang berlaku.
-_-
Woojin membuat percubaan kedua untuk suap aku. Kalini aku lebih pantas, aku terus masuk mulut sebelum Minhyun sempat halang.
"Mmmm betullah! Sedapnya kimchi ni! Terima kasih Woojin!" Aku tiba-tiba jadi hype. Sebenarnya aku bangga yang aku lebih cepat dari Minhyun kali ni.
Yelah, apa salahnya Woojin nak suapkan aku.
Kami mula makan dan berbual seperti normal. Woojin seperti ada sixth sense, setiap kali dia akan letakkan kimchi atas suduku dulu sebelum aku sempat ambil. Bagus bagus.
"Soobin ada tangan, dia boleh ambil sendiri." Seongwu akhirnya bersuara.
Selalunya dia akan diam sepanjang masa sebab tekun makan segala benda. Tapi bila dia dah bersuara, kira hebat tu.
Dia jealous lah tu Woojin suap aku dan bukannya dia~
Selepas makan, Jinyoung mengajak kami untuk bermain permainan truth or dare.
Dan itulah apa yang kami sedang lakukan sekarang. Botol soju yang berputar diperhatikan untuk menentukan giliran seterusnya.
Botol itu berhenti dan memilih Seongwu.
"Truth or dare?"
"Truth."
Disebabkan Seongwu pilih truth, semua orang harus tanya soalan dan Seongwu perlu jawab semuanya dengan jujur. Kalau tak jujur, denda 1 botol soju!
Game ni sebenarnya memberi kelebihan pada Woojin, Hirami dan Jinyoung. Mereka bertiga ni tak mabuk langsung! Hmm mungkin sebab mereka baru 20 tahun.
YOU ARE READING
𝐃-𝐃𝐀𝐘 || 𝐡𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐢𝐧𝐡𝐲𝐮𝐧
Fanfiction"One day, I'll make you mine." ✨ Highest ranking 🎉 #1 wannaone #1 wannable #1 minhyun #1 nuest #1 ongseongwu #1 ong #2 ongsungwoo #2 ioi #3 soobin Begin ; 2nd June 2018 End ; 19th December 2018