22

193 33 5
                                    



Di suatu sudut kelihatan jimin sedang asyik bermain phone sambil mengacau secawan cofee yang baru dipesannya sebentar tadi.

Jimin mengalihkan rambut hadapannya dengan penuh bergaya apabila menyedari beberapa orang gadis yang duduk dimeja bertentangan dengannya sedang bermain mata dengan jimin.

Lubang hidung nya mula kembang kempis apabila terdengar salah seorang gadis memujinya hensem. Cawan cofee diangkat dan jimin minum dengan penuh menggoda.


"Bwekk!"

Jimin meludahkan kembali cofee itu ke dalam cawan. Habis hilang semua macho nye..

"Argh argh panassss!" beberapa orang gadis tadi lantas menekup mulut menahan ketawa. Jimin mengipas kibas lidahnya yang terasa melecur.



"Haihhh malunyeee..aku mintak ais cofee kenapa dapat hot cofee plak ni.. aduhhh " muka jimin yang sudah merah menahan malu lalu disembunyikan disebalik majalah yang berada di atas meja.


Sesekali jimin menoleh ke arah jam tangannya menunggu kehadiran seseorang yang agak lambat.


"Mamat ni kan.. kalau tak lambat tak sah kan? Hishh!" Jimin mengomel sendiri. Cofee yang sudah diludahnya ditolak jauh.



"Jangan dekat dengan aku! Cofee jahat!" Jimin menjeling penuh kebencian terhadap cofee tersebut.


Seorang lelaki berpakaian lengkap seragam polis berwarna hitam mendekati meja yang diduduki jimin. Langkah kakinya sungguh mempersona dengan pandangan mata sepetnya. Riak wajah serius terpampar jelas dimukanya yang putih melepak itu.


"Lama tunggu?" Lelaki itu lantas melabuhkan punggungnya berhadapan tempat duduk jimin.


"Yah yoongi hyung! Awal giler kau sampai do.. berjanggut aku!" Jimin menepuk nepuk mesra lengan lelaki itu.


"Erk.. mianhae.. aku ada mesyuarat dengan pihak atasan tadi. Kau patut bersyukur aku datang juga jumpa kau ni. Kalau ikutkan hati aku ni.. balik rumah tido lagi best." dengan penuh selamba yoongi menyandarkan badannya dan tangan disilang ke dada.


"Ouh patut lah beruniform kau ye hari ni.. jarang nampak kau bergaya macam ni" jimin memuji muji yoongi.


Yoongi hanya merenung jimin dengan riak wajah yang lansung tak berubah. Dia hanya buat muka 'aku tau dah aku hensem'.



Yoongi lantas meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja. Jimin hanya tersenyum manis melihat yoongi membawa sesuatu yang dimintanya.



"Gomawo hyungg! Sayang kau!" Jimin tersenyum riang disitu. Fail itu lantas ditarik laju.


"Kenapa kau nak fail kes bunuh diri jungkook ni? Kau nak buat apa?" Yoongi mengangkat sebelah keningnya menyoal jimin.



"Cofee aku ke ni?" Yoongi lantas mencapai cofee yang ditolak jauh oleh jimin tadi dan terus meminumnya. Jimin hanya memerhati dengan mata yang berkelip laju.



"Erk hyung.. cofee tu aku dah... t-tak de pape lah"  jimin yang tidak sempat memberitahu yoongi hanya tidak mengendahkannya.


'Takpelah hyung.. air liur aku suci' jimin hanya berbisik di dalam hati sambil tersenyum kambing.


"Aku kene siasat sesuatu. Aku pinjam ye hyung. Nanti aku pulang balik"


Jimin segera memasukkan kembali kertas kertas kes jungkook yang tadi dikeluarkannya dari fail. Yoongi hanya berdiam diri memandang lelaki dihadapannya ini penuh bingung.


"Ikut kau lah jimin.. make sure kau pulangkan balik nanti. Arraseo?"


"Naeee aku janji! Ha.. kau pesan lah apa apa yang kau nak makan hyung! Aku belanje.."


"Okay! Dikk sini jap!" Yoongi laju mengangkat tangannya dan bersiap sedia untuk memesan makanan.


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆


Minji sedang berjalan kaki seorang diri menuju ke rumahnya. Sekali lagi dia pulang seorang diri dari sekolah. Bomi sibuk dengan aktiviti kelabnya.


Perangai minji di sekolah agak sedikit berubah. Gadis itu yang sentiasa ceria sewaktu di dalam kelas kini diam membisu. Rakan rakan lain yang menegurnya tidak diendahkan minji.



Semangatnya untuk ke sekolah kian merundum. Dia berasa takut setiap kali perlu bertentangan mata dengan kyung soo. Setiap kali terserempak dengan lelaki itu minji akan terus menggeletar kuat. Mana taknye, lelaki itu hampir dua kali meragut nyawanya.



"Kenapa aku kene balik sorang sorang lagi.. haihhh" minji melangkah sambil mengeluh berkali kali. Dia melangkah dengan perasaan takut dan trauma selepas dia beberapa kali diekori kyung soo.


Jantungnya sentiasa berdebar debar. Sekarang dia menyesal menolak pelawaan jungkook yang ingin menemannya pulang dari sekolah pada setiap hari.



'Pin! Pin!'



Bunyi hon kereta mengejutkan minji. Dia lantas duduk bercangkung dan menekup kedua belah telinganya. Badannya menggeletar kuat.


"Jangan bunuh aku! Jeball" minji masih menekup kedua belah telinganya. Cecair jernih yang lama ditahannya itu laju membasahi pipi gebu minji.



Jimin yang menekan hon keretanya apabila melihat gadis itu berjalan berseorangan terkejut melihat minji duduk bercangkung sambil menutup telinga.



Dia laju berlari keluar dari perut kereta dan mendapatkan gadis itu. Kedua belah bahu minji dipegang erat oleh jimin.


"Yah!! Kenapa ni minji-ah?? Kenapa kau menggeletar semacam ni?" Jimin penuh risau disitu.


"Pergii!!! Jangan kacau aku!!"


"Ni aku lahh!! Jiminnn!!" Jimin mengangkat wajah gadis itu yang sedang menangis teresak esak.


"Jimin?"


Perlahan lahan tangan minji dilepaskan dari terus menekup kedua belah telinganya. Anak mata jimin direnungnya.



Jimin lantas menarik badan gadis itu masuk ke dalam dakapannya. Rambut gadis itu diusap usap lembut. Lelaki itu cuba menenangkan minji yang menangis teresak esak.


"Ye.. ni aku jimin.. kau jangan risau. Aku ada. Selagi aku ada, tak dek siapa boleh sentuh kau. Dah dah jangan nangis.."


Air mata gadis itu dilap jimin menggunakan ibu jarinya. Belakang badan minji digosok jimin supaya lebih bertenang.


Jimin lantas memapah minji yang sudah lemah lutut masuk ke dalam keretanya. Dia mula rasa bersalah kerana telah mengejutkan minji.


Jimin menghidupkan keretanya dan menghantar minji pulang. Sesekali dia menoleh memandang gadis disebelahnya itu penuh risau.



'Nantilah aku bincang pasal kes jungkook tu..' jimin berkata dalam hati sambil menjeling fail yang berada di tempat duduk penumpang belakang sambil menghembuskan nafas berat.














Tau x best sorry readerrr   T_T
Voted n comments plis.. gomawo~~ ♡♡


[C] Who Are YOU? [2017] +//jjkWhere stories live. Discover now