17

214 42 12
                                    


Jungkook berjalan jalan bersiar siar di halaman hospital yang sentiasa menjadi tempat pesakit pesakit menenangkan fikiran mereka.


Bunga bunga yang kembar mekar menghiburkan hati jeon jungkook. Dia masih berasa bersalah atas perbuatannya meninggalkan minji berseorangan tadi. Dan sekarang dia takut untuk bersemuka dengan gadis itu.


Ya. Dia memang salahkan diri nya sendiri. Memang dari awal dia lah penyebab minji diserang. Kalau lah dia tak munculkan diri di hadapan minji. Kalaulah dia tidak meminta pertolongan gadis itu, mungkin semua ini takkan berlaku.


Jungkook yang hanya monyot bermain main dengan jari jemarinya. Kepala nya dari tadi hanya menunduk. Dia duduk berseorangan di bangku. Tiba tiba seorang datuk yang menaiki kerusi roda menghampiri jungkook.



"Kenapa kamu sedih sedih ni?" Suara lelaki tua itu mengejutkan jeon jungkook.


"Harabeoji? Harabeoji boleh nampak saya?" Jungkook menunding jari ke arah dirinya sendiri dengan riak wajah penuh terkejut.



"Yah! Walaupon aku ni dah tua.. mata aku masih boleh melihatlah." Harabeoji itu menoleh memandang jungkook dengan mata sepetnya.



Jungkook tertawa kecil disitu. Apa yang lawak pon author tak tahu lah... Mata jungkook kembali merenung bunga bunga yang berwarna warni itu sambil tersenyum manis.



"Tak kira bertapa sedih pon kita.. seberat mana pon cabaran yang kita perlu hadapi.. teruslah bertabah anak muda..."

atuk itu memberi nasihat kepada jungkook. Wajah tua itu diangkat dan merenung langit yang membiru.



Jungkook yang mendengar hanya diam membisu. Matanya masih lagi memandang ke hadapan.


"Bersyukur selagi kita masih boleh melihat dunia ni..."

kata kata terakhir lelaki tua itu menarik perhatian jungkook.


Jungkook lantas menoleh memandang atuk itu dari tepi. Terukir senyuman kecil di hujung bibir merah jambunya memandang wajah atuk itu. Renungannya dikejutkan dengan suara seorang lelaki muda. Mungkin lebih muda daripada jungkook.



"Harabeoji!!" Remaja itu lantas mendapatkan lelaki tua itu. Kelihatan seperti cucunya.


"Harabeoji ni kan.. sukalah keluar sesuka hati. Kalau ye pon bosan, bagitaulah hyuk dulu.. aishh" remaja itu lantas menarik kerusi roda lelaki tua itu. Mereka bersiar sama sama meninggalkan jungkook.



"Bersyukur selagi kita masih boleh melihat dunia ni.."


Ayat itu diputarkan kembali oleh jungkook. Dia mengangkat wajahnya memandang awan awan yang pelbagai bentuk.


"Saya dah mati harabeoji... tak lama lagi saya akan tinggalkan dunia ni.." wajah jungkook kelihatan kesal. Dia menyesali selama dia masih hidup, dia hanya tahu membazirkan sisa hidupnya dengan perkara yang tak berfaedah..


"Kalau aku tahu jangka hayat aku sependek ni.. aku takkan pernah buang masa aku.. tapi apa boleh buat.. nak atau taknak.. aku tetap kene pergi juga nanti.."


Jungkook mengelap air matanya yang jatuh di pipi. Dia menghembuskan nafas berat.. apa yang dia risaukan adalah..


"Mampu ke aku pergi? pergi tinggalkan minji? Aku dah buat silap besar.. aku dah jatuh hati pada gadis itu... apa kau dah buat ni jeon jungkook!"
Jungkook memegang dadanya yang terasa sebak.

Air matanya sudah tidak mampu ditahan dari terus deras membasahi pipi. Bahunya sudah terhinyut hinyut menangis seorang diri..


"Jungkook?"


Jungkook yang tersentak lantas mengelap laju air matanya. Dia memaksa dirinya untuk tersenyum. Perlahan lahan dia menoleh memandang wajah pucat gadis itu.


"Minji-shii?" Jungkook tersenyum lebar. Namun senyuman itu tidak dibalas minji. Riak wajah gadis itu hanya muram dan penuh serius.


"Kau ni jenis lelaki tak guna ke apa sebenarnye?"


Pertanyaan minji itu memgejutkan jeon jungkook. Dia hanya menundukkan kepala. Ya. Dia memang tak guna sebab banyak kali membahayakan nyawa minji.


Tiba tiba badan sasa itu dipeluk minji. Jungkook yang terkejut terus kaku. Dia hanya membiarkan tubuhnya dipeluk gadis itu. Jungkook ragu ragu sama ada mahu membalasnya atau pon tidak.



"Jatuh cinta dengan aku.. satu kesilapan ke? Kau ni memang tak guna betul lah.. " jungkook hanya terdiam mendengar luahan minji yang mengutuk dirinya.


"Kau nak tinggalkan aku? Tak! Hajima! Aku tak benarkan!" Pelukkan minji semakin dieratkan. Cecair jernih mula jatuh di pipi gebu gadis itu.


Jungkook masih berusaha menahan air matanya yang mula bergelinang. Hatinya betul betul sakit. Perlahan lahan tangannya diangkat. Pelukan minji dibalas oleh jungkook.



Jungkook mengusap usap rambut lurus minji. Tangisan gadis itu kian rancak.


'Tak! Aku tak patut buat minji menangis!' Jungkook meleraikan pelukan erat mereka. Minji lantas menguatkan lagi pelukannya.



"Jangan! Muka aku.. tengah buruk sekarang ni..." minji menyorokkan wajahnya pada dada bidang jungkook.



Jungkook hanya tersenyum kecil. Dia tetap meleraikan pelukan gadis itu perlahan lahan.


"Aniyo! Kau tetap cantik walaupon berhingus.." jungkook mengusap usap rambut gadis di hadapannya yang hanya menunduk kan wajah.



"Yah!! Kau ni kan!" Minji menumbuk dada jungkook. Jungkook menggosok gosok dadanya yang terasa agak sakit kesan tumbukkan minji.


Jungkook hanya tersenyum manis. Air mata gadis itu dilapnya menggunakan ibu jari jeon jungkook. Tangan kecil minji digenggam jungkook dan dihayun hayun laju.



Minji tertawa kecil melihat muka comel jungkook yang seperti budak lima tahun minta gula gula.


"Jangan nangis okay?"


"Tapi janji dengan aku satu perkara dulu.." minji merenung tepat anak mata jeon jungkook.


"Apa dia?" Jawab jungkook penuh manja. Alahai.. comel betul jungkook versi 5 tahun ni ^0^



"Kau tak boleh tinggalkan aku dan jimin. Terfikir untuk tinggalkan aku pon dilarang! Arraseo?" Minji menyengetkan bibirnya ke tepi.


Jungkook hanya terdiam seketika. Jangan tinggalkan dia? Agak mustahil untuk lelaki bernama jeon jungkook melaksanakannya.


Semua ni hanya sementara. Mustahil untuk mereka kekal bersama. Mereka dari dua dunia yang berbeza..


Jungkook tersenyum pahit. Kepalanya mengangguk perlahan. Minji yang sudah mendapat kepastian jungkook tersenyum riang.


Mereka hanya membalas senyuman manis. Genggaman tangan dihayun hayun laju.



'Tak... aku tak boleh janji minji...' ucapan itu diputarkan berkali kali di dalam hati jungkook.












Hye reader.. uhuk uhuk.. sory ni senanye bukan part sedih tau... hehe

Btw.. voted n comments jebal~~~♡♡♡♡

[C] Who Are YOU? [2017] +//jjkWhere stories live. Discover now