42

156 30 26
                                    


Cahaya matahari pagi menyinar tepat ke muka namja itu. Dia hanya duduk bersandar ke kepala katil dan termenung jauh ke luar tinggap dengan riak wajah kosong. Cahaya matahari itu membuatkan wajahnya nampak berseri seri.


"Krekk~~"

Pintu dibuka perlahan. Detektif min yoongi melangkah masuk ke dalam wad. Jungkook yang sedang termenung ke luar tinggap dan tidak perasaan kehadirannya ditenung yoongi.


Dia menarik kerusi dan lantas melabuhkan punggungnya bersebelahan katil jungkook.

"Jungkook-ah"

"Eh hyung.. bila sampai?" Jungkook tersenyum nipis.

"Baru je masuk tadi. Jauh termenung. Teringatkan siapa?" Yoongi menyilangkan kakinya dan bersandar ke kerusi.


"Aku... tak fikirkan sapa sapa pon.." jungkook menundukkan wajahnya. Dia bermain main dengan jari jemari.


"Kau okay tak ni?" Yoongi menyengetkan kepalanya melihat jungkook yang hanya menunduk.


Jungkook lantas mengangkat mukanya memandang min yoongi. Anak mata yoongi ditenungnya dalam. Riak wajah serius mula hadir di wajah jeon jungkook.


"Apa.. sebenarnya yang dah berlaku ni hyung? Kenapa aku ada dekat sini?"


Yoongi menaikkan sebelah keningnya. Dia melepaskan keluhan berat. Renungan mata jungkook kembali dibalasnya.


"Kau... kau koma jungkook. Dah dekat 6 bulan kau tak sedarkan diri. Kau tak ingat ke kemalangan tu?"


Jungkook terdiam seketika. Dia ingat dengan jelas saat dia ditolak oleh kyung soo dari atas banggunan sekolah dulu. Memori itu sangat menyeksa dirinya.


"Doktor sahkan yang kau dah mati otak. Kau dah tak dek harapan untuk sembuh. Hidup kau pon bergantung pada mesin. Dan doktor beritahu aku yang kau memang tak kan sedarkan diri lagi. Masa tu aku dah pasrah.."


Jungkook terdiam mendengar kata kata yoongi.


"Seminggu sebelum doktor putuskan untuk matikan mesin tu.. mereka dapati badan kau mula bagi reaksi. Aku gembira sangat waktu tu.."


"Hyung..."

"Hurm?"

"Eomma dengan appa tau ke pasal ni? Diorang tahu ke aku masih hidup?" Yoongi mengetap bibirnya mendengar pertanyaan jungkook.

"Diorang... diorang tak tau kau masih hidup.."

Mata jungkook membulat.


"Tapi.. macam mana kau-"

"Aku larikan kau jungkook.. aku palsukan kematian kau. aku tukar mayat dalam keranda kau.. aku tau bende yang aku buat ni salah.. tapi aku buat semua ni untuk kau-"


"Sebab kes bunuh diri aku?"

Sekarang mata sepet yoongi pula membulat.

"Macam mana kau tau?"

"Macam mana aku tau tu.. kau tak payah tau lah hyung... jawab soalan aku.."



"Kes kau.. aku yang siasat. Aku syak yang kes kau ni bukan kes bunuh diri. Aku kenal kau jungkook. Tertekan macam mana pon kau aku yakin yang kau takkan buat keputusan macam tu. Jadi aku rasa mesti ada sesuatu yang disorokkan."



"Pihak polis tutup kes kau sebab kami langsung tak jumpa apa apa bukti kecuali satu nota bunuh diri.. yang polis syak kau yang tulis. Kononnya kau tinggalkan sebagai wasiat terakhir. Tapi aku tak percaya semua tu! Aku yakin yang ni semua kemalangan yang dirancang. Aku akan cari jugak manusia tak guna yang cuba bunuh kau tu sampai lubang cacing walaupon aku tak muat nak masuk!"



"Gomawo hyung.. tapi.. kenapa kau sorok aku? Kenapa rahsiakan semua ni?"


Yoongi sedikit ragu ragu mahu memberitahu jungkook. Sekali lagi dia mengeluh dan cuba berterus terang dengan jungkook.



"Kami dapati kau..









ambil dadah jungkook.."



"Apa???!" Mata jungkook terbeliak.


"Hasil pemerikaan dapati ada dadah dalam badan kau. Dalam siasatan kami pula.. jumpa beberapa pil dalam beg sekolah kau. Aku takut.. bila kau sedar nanti kau kene tangkap jungkook. Jadi lebih baik aku palsukan kematian kau...


Aku minta tolong dr. Jin untuk bantu aku. Aku buat semua ni supaya kau terlepas dari semua tuduhan bodoh ni. Aku kenal kau jungkook. Aku tau kau tak buat semua tu!"



Bibir jungkook mula terketar ketar. Penumbuknya digenggam kuat. Dia tidak percaya tentang semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Langsung tak masuk akal.



"Ky...kyu.. kyung soo..."


suara jungkook terketar ketar disitu.



"Apa?"



"Kyung soo.. lelaki tak guna tu... dia... dia yang rancang semua ni! Dia yang bunuh aku! Dia yang masukkan dadah dalam botol air aku dan beg sekolah aku! Aku yakin ni semua kerje dia!!"


Mata jungkook mula merah menahan geram. Selimut yang menutup paha hingga kakinya itu digenggam kuat. Air matanya mula bertakung.



"Jungkook? Kau pasti ke?" Yoongi berdiri dan memegang kedua belah bahu jungkook.



Tiba tiba mata jungkook membulat. Dia seperti dikejutkan dengan sesuatu.



"Jangan cakap yang .. minji tahu semua ni..


jadi banyak kali dia dicederakan..

sebab..

tak gunaa!!" Jungkook mengetap bibir bawahnya menahan geram.



"Minji!! Kita kene selamatkan minjii!! Hyunggg tolong aku hyunggg!!"


"Apa kau cakap ni jungkook? Aku tak fahamm!"



Jungkook yang seperti hilang kewarasan menarik kuat kolar baju yoongi. Nafas jungkook mula tidak terkawal. Urat urat yang seksi mula timbul di leher nya akibat rasa marah yang teramat. Yoongi hanya bingung melihat tindakan jungkook.



"Kalau dia boleh cuba bunuh aku.. tak.. tak mustahil dia akan cuba bunuh orang yang tahu rahsia dia.. andwee!! Aku tak benarkan kau cederakan minji aku lagi!! Takkan!!"


"Yahh! Jeon jungkook!! Apa kau cakap ni? Kau tak apa apa ke ni??"


Yoongi cuba melepaskan tangan jungkook dari terus menarik kolar bajunya. Bahu jungkook digoncangnya kuat apabila lelaki itu seperti mula tidak terkawal.



"SELAMATKAN MINJI AKU HYUNGG!!"













Hye readerr.. okay ni betul2 author memang nk cpat abiskn ff ni..

Hehe dlu kte dh nk abish tpi tetibe idea dtg hoho..

Hehe dlu kte dh nk abish tpi tetibe idea dtg hoho

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Okay tinggal beberpe chp lgi jgn risau ye.. ff yg bosan ni dh nk tamat..

Voted n comments jeballl♡♡

[C] Who Are YOU? [2017] +//jjkWhere stories live. Discover now