33

168 30 17
                                    


"Minji-sshiii!!"


Jungkook lantas berlari ke arah gadis itu yang sedang duduk melutut di tepi katil. Mata jungkook terbeliak melihat tangan minji yang sedang berlumuran darah.


Sewaktu jimin tiada disitu tadi, yoongi dengan senang hati nya duduk di atas kerusi panjang yang berada di tepi tingkap bilik. Sedang dia ralit bermain phone, tanpa disedari dia pon terlelap di alam mimpi. Kalau bab tidur cepat je dia.



Minji hanya merenung tangannya yang kemas diikat dengan tali. Kepalanya perlahan lahan menoleh ke arah gelas kaca yang berada di atas meja bersebelahan katil. Dia menolak gelas kaca itu dan ianya jatuh berkecai di atas lantai.



Serpihan kaca yang agak besar itu di ambil minji dan digenggamnya kuat. Darah mengalir keluar tanpa henti dan menitis ke lantai. Dan secara tiba tiba pintu bilik dibuka oleh jimin.


Jungkook dan jimin terkejut melihat tindakan minji yang menoreh lengannya menggunakan serpihan kaca yang digenggamnya tadi. Jungkook lantas berlari dan merampas cerpihan kaca itu dari pegangan minji.


"Yah! Minji-shii!! Sedarlah!"

"J-jungkook?"

Jimin yang terkejut hanya kaku dan menoleh ke arah kerusi panjang. Buku limanya digenggam kuat menahan marah apabila melihat lelaki berambut biru itu sedang lena tidur di atas kerusi.



Lantas wajah yoongi yang putih melepak itu ditampar kuat oleh jimin. Yoongi terus terjaga dan menggosok gosok pipinya yang mula memerah.


"Waeyooo??!!!!" Yoongi menengking jimin.


"Kau tengok apa dah jadi sekarang? Kau ni memang tak boleh diharaplahh hyunggg!!!!" Jimin kembali menengking yoongi. Jarinya tegak menunding ke arah gadis itu.



Yoongi hanya membulatkan matanya tanda terkejut melihat gadis itu sedang berlumuran darah. Riak wajah bersalah mula hadir di wajahnya.


Jimin dengan penuh geram mengetap bibir bawahnya. Dia lantas berlari dan melutut di sebelah minji. Darah yang masih mengalir keluar dari kesan torehan di tangan minji ditenung jimin penuh risau.


"Jom pergi hospital!!"

"T...tapi.. tapi aku nak jungkook.."

"KAU DIAMLAH! AKU CAKAP PERGI HOSPITAL PERGI HOSPITALLAH!!" jimin menengking gadis itu yang sedang memandangnya dengan mata yang berkaca.


Dia segera memapah minji dan dibawa gadis itu ke klinik atau hospital yang berdekatan. Riak wajah jimin hanya bengang dan seperti sedang menahan marah yang teramat.



Jungkook hanya mengekori tanpa sebarang suara. Dia tidak mampu melakukan apa apa selain hanya melihat dengan pandangan penuh sayu. Dia menggigit bibirnya menahan sebak melihat muka pucat gadis itu.

_____________________________

"Ni semua salah aku.. aku memang lelaki tak guna.." jungkook hanya berkata kata sendiri sambil menundukkan wajahnya.


Dia merenung sayu wajah gadis itu yang sudah terbaring di atas katil wad. Luka torehan ditangan minji sudahpon dirawat oleh doktor. Sekarang gadis itu hanya tidur kerana keadaan badan nya yang sangat lemah.



Jimin dan yoongi sudah menghilang apabila dipanggil doktor tadi. Jimin duduk di hadapan meja doktor yang amat dikenalinya dengan pandangan penuh risau.



Doktor kim seok jin hanya tersenyum manis. Dia kembali merenung anak mata coklat gelap jimin.



"Kenapa doktor? Ada apa apa yang tak kene ke?" Jimin memulakan soalan.


Perlahan lahan yoongi menarik kerusi bersebelahan jimin dan perlahan lahan melabuhkan punggungnya turut menghadap doktor itu.


"Jangan risau pasal luka luka tu.. kami dah rawat dan tak lama lagi sembuhlah tu.." kata dr. Jin penuh tenang.


"Baguslah kalau tak dek apa apa.." jimin menghembuskan nafas lega.


"Tapi.. ada suatu perkara yang perlu dirisaukan selain luka luaran.."


"Apa maksud doktor?" Giliran yoongi pula menyoal.


"Hurmm.. mungkin pesakit mengalami sedikit gangguan emosi. Dia kemurungan. Kamu berdua tahu itu kan?"


Jimin dan yoongi menoleh memandang sesama sendiri. Jimin perlahan lahan menganggukkan kepala kepada dr. Jin menandakan yang dia tahu.


"Kalau hal ni berlarutan.. ianya mungkin jadi lebih tidak terkawal. Dia ada buat cubaan bunuh diri tak?"


Jimin kelihatan ragu ragu mahu menjawab. Dengan penuh rasa berat di mengangguk.


"Nae.. haritu dia ada cuba nak lompat dari tingkat dua rumah dia. Tapi nasib baik saya sempat halang"



"Kamu tahu punca dia? Maksud saya.. punca kenapa pesakit mengalami kemurungan?"


Soalan kali ini susah untuk jimin jawab. 'Takkan lah aku nak cakap sebab jungkook pulak.. aishh'



"S-saya tau.. tapi saya tak boleh beritahu puncanya pada doktor.. mianhae.."


"Tak pe.. saya faham.. tapi lepas ni tolong sentiasa pantau keadaan dia ye. Jangan biarkan dia berseorangan dan sentiasa teman dia. Saya cadangkan bawa pesakit lakukan aktiviti yang boleh hilangkan sedikit kemurungan dia. Cuba jadi tempat dia luah perasaan ke. Dan yang paling penting jangan biarkan dia terlalu stress. Arraseo?"


"Nae.. saya faham. Gomabseubnida dr. Jin.. saya minta diri dulu."



Jimin lantas bangun dan beredar dari situ. Yoongi yang masih duduk hanya melihat lelaki itu berlalu pergi.



Yoongi kembali menoleh ke arah doktor jin dan merenungnya penuh serius.



"Doktor.. ingat saya lagi tak?"


"Mestilah saya ingat.." dr. Jin hanya tersenyum manis dan sempat buat wink dekat yoongi. Yoongi lantas buat muka nak muntah.




"Macam mana keadaan dia? Masih belum sedar?"



"Nae.. detektif yoongi"

_____________________________



Jimin melangkah lemah melalui koridor yang sunyi sepi. Dia menoleh dan mengintai melalui cermin pintu wad. Kelihatan jungkook yang duduk disisi minji sambil mengusap usap rambut gadis itu. Jimin hanya mengeluh berat melihat jungkook mencium dahi gadis itu.




"Sekejap aku nak kau pergi dari sini jungkook, sekejap aku nak kau balik semula..


apa yang kau nak sebenarnya ni jimin? Kau sukakan perempuan yang langsung tak pernah sukakan kau.. sampai bila kau nak biar hati kau sakit macam ni?"



Jimin hanya berkata kata pada dirinya. Tangan jimin mencengkam dadanya yang terasa pedih menelan semua ini.










hye reader... sorylah bosan sangt lh part ni.. author kekeringan idea loh..

Btw voted n comments yek♡♡♡

[C] Who Are YOU? [2017] +//jjkWhere stories live. Discover now