41

159 31 12
                                    



"Jeon jungkook!!"


"Jungkook.. awak boleh dengar suara saya?"


Perlahan lahan kelopak mata jeon jungkook dibuka. Pandangannya pada saat ini masih kabur. Wajah seokjin dan yoongi dilihatnya lemah. Dia cuba untuk membuka matanya dengan lebih besar.



"Mi... min.... haa.. haa.. minj.. ji..." lemah suara jungkook disitu.

Perlahan lahan dia menutup kembali kelopak matanya dan mula tidak sedarkan diri.



"Yah jeon jungkook!!" Jerit min yoongi.

________________________


Minji menumbuk numbuk dada nya yang tiba tiba terasa sesak. Nafasnya mula tidak terkawal. Minji cuba menarik nafas secara perlahan lahan.



"Ju.. jungkook..  waeyo? Kenapa aku asyik teringatkan kau ni.. setiap kali aku teringatkan kau.. hati aku sakit.. sakit sangat.. aku rindukan kau jungkook"


Air mata minji mula mengalir membasahi pipi gebu nya. Dia menekup mulutnya supaya tangisannya tidak didengari oleh jimin. Dia menangis teresak esak seorang diri di dalam bilik nya.


'Tok tok!'


Minji yang tersentak dengan bunyi ketukan lantas menoleh ke arah pintu biliknya. Dia mengelap laju air matanya yang tadi mengalir deras.



"Minji-sshi! Jom turun makan. Aku dah belikan makanan ni. Kau mesti lapar kan?" Kedengaran suara jimin dari luar bilik gadis itu.



"Naeee! Nanti aku turun. Aku nak mandi. Kau pergilah makan dulu."



"Naeee arraseo. Palliwa!"



Minji melepaskan satu keluhan berat. Hatinya asyik terfikirkan jungkook. Ya. Dia sangat rindukan lelaki itu. Gadis itu menggosok gosok dadanya yang masih terasa senak.


"Mana kau jungkook? Aku sakit ni.." minji memejamkan kedua belah matanya erat dan membiarkan cecair jernih itu terus mengalir keluar.

________________________


'Bip-bip-bip-bip'


Bunyi mesin itu jelas kedengaran menemani suasana sunyi di dalam wad. Jungkook yang kembali pengsan masih tidak sedarkan diri.



Jari jemari jungkook mula bergerak gerak. Perlahan lahan dia kembali membuka kelopak matanya yang tadi terpejam rapat. Pandangannya yang kabur kini kelihatan semakin jelas.



Jungkook merenung lama syiling putih wad itu. Mata sayunya berkelip lemah. Jungkook mengangkat tangannya dan lantas membuka topeng oksigen yang menekup mulut dan hidungnya.



Perlahan lahan dia bangun dari katil. Dahinya berkerut menahan sakit akibat terlalu lama terlantar di atas katil. Jungkook menyandarkan badannya ke kepala katil.



"A-ku.. aku masih hidup?"


Jungkook merenung dan meneliti jari jemarinya yang diangkat lemah itu. Dia menoleh ke arah dadanya yang ditampal dengan pelbagai wayar yang kelihatan berserabut dan merimaskan.


"Apa yang dah jadi sebenarnya ni? Kenapa aku masih hidup? Bukan ke aku sepatutnya dah lama mati? Dan apa aku buat dekat sini?" Jungkook penuh bingung disitu.



Matanya membulat selepas terfikirkan sesuatu yang menikam dadanya.



"Minji! Aku kene jumpa minji!"



Dengan penuh kasar jungkook merentap jarum yang tersusuk di lengan kirinya. Wayar wayar yang menyemakkan mata melekat di dadanya yang seksi itu turut dicabutnya kasar. Dia cuba untuk bangun dan ingin beredar dari situ mencari minji.



"Ke-kenapa?? Kenapa kaki aku tak boleh bergerak??!" Jungkook mengetuk ketuk lututnya yang langsung tidak berdaya untuk bergerak.



Air matanya mula bertakung. Dia sedang risau memikirkan keadaan gadis yang dicintainya itu. Jungkook memegang dahinya sambil mengetap bibir bawahnya menahan sebak.



"Mianhae minji-shi.. aku tak boleh jumpa kau sekarang.. aku tak mampu.." bahunya sudah terhinyut hinyut menangis.



Tiba tiba pintu wad dibuka. Yoongi dan dr. seokjin melangkah masuk. Mata mereka berdua terbeliak besar melihat jungkook yang sudah sedar dan sedang menangis seorang diri.



Yoongi lantas berlari ke arah katil jungkook. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Begitu juga dengan dr. Seok jin.



"Yah jungkook-ah!! Akhirnya kau dah sedarr!!"


Lelaki berambut biru itu lantas memeluk erat tubuh lemah jungkook. Jungkook hanya kaku dan membiarkan yoongi memeluk tubuhnya. Jungkook menggenggam erat penumbuknya menahan sebak yang teramat.



'Aku nak minji..

aku nak jumpa dia..

jebal. Dia perlukan aku..

aku rindu dia sangat sangat..' jungkook berbicara di dalam hati.


Tangisannya semakin rancak dalam dakapan erat min yoongi.












Yo gaiss.. pendek je chp yini.. tau bosan so author minx maaf sangat sangat!

Esok author ade merentas desa.. aduih selamat hari sakit kaki sedunia lh aku balik sekolah esk... huhu

Btw voted n comments jeball♡♡

[C] Who Are YOU? [2017] +//jjkWhere stories live. Discover now