40

204 33 16
                                    


Angin bayu malam asyik meniup wajah park jimin. Jimin lantas mengalihkan rambut hadapannya ke balakang dengan penuh bergaya. Minji yang hanya memerhati dari tepi hanya ternganga mulut dan membuat wajah yang tersangatlah buruk.



"Kau pahal tengok aku macam tu? Tergode ekkk~~"


"Tergode?? Kau tak nampak ke muke aku ni? Aku nak muntah tau tak?? Bwekkk" minji menjulingkan matanya. Huduh bebenor anok dara ni.



"Eh dah malam lah.. kaja! kita dah kene balik ni " jimin memerhati jam tangannya.



"Balik??"


"Yelahhh balik rumah kita! Ahahaha"



"Yahhhh tu rumah aku sorang je. Kau jangan nak buat macam rumah sendiri okay" minji memberi jimin jelingan tajam.



"Eleh nanti jadi rumah aku jugak.. opsss" jimin menutup mulutnya dengan sebelah tangan.



"Eh suka hati kau je.. talak guna"



Jimin tersenyum lebar ke arah minji. Mereka melangkah menuju ke arah kereta jimin sambil berpegangan tangan. Entah mengapa jimin dari tadi asyik tidak mahu melepaskan tangan gadis itu. Ada sesuatu yang asyik meresahkan hatinya.



Minji lantas masuk ke dalam perut kereta. Jimin memakai laju tali pinggangnya dan lantas menoleh ke arah minji. Tali pinggang keselamatan gadis itu di pakaikannya. Minji hanya memerhati dengan mata yang tidak berkelip.



"A-aku.. boleh buat sendiri..." minji penuh kekok disitu.



"Takpa biar aku pakaikan." Eyesmile jimin hadir kembali di wajahnya.



Anak mata mereka saling merenung sesama sendiri. Muka jimin berada agak rapat dengan wajah minji. Mereka bertentangan mata agak lama dan muka jimin yang sudah merah itu cuba di cover lelaki itu.



'Patut ke aku luah sekarang?' Jimin berkata kata dalam hati. Dia masih merenung mata besar gadis dihadapannya itu. Hati jimin berdengup kencang.



"Minji-sshi..." lembut saja suara jimin disitu.


"N-nae?" Minji menelan kasar air liurnya.


Wajahnya dengan muka jimin agak rapat dan membuatkan gadis itu rasa agak kekok.



"A-ku... aku... sebenarnya...



Sebenarnya aku...



Sukakan kau minji..



Aku suka kau sangat sangat!"



Minji terdiam kaku. Matanya agak membulat mendengar luahan perasaan park jimin. Mulutnya yang hampir ternganga lantas dikemam menahan rasa serba salah.



'Ta.. tapi.. jungkook baru je pergi...' minji berkata kata didalam hati.



"Aku dah lama sukakan kau. Sejak dari kali pertama aku jumpa kau kat sekolah dulu, start dari tu. Aku cuba rapat dengan kau sebagai senior kau. Dan makin lama aku makin jatuh hati pada kau minji..



Aku sayangkan kau lebih dari nyawa aku sendiri. aku pendam perasaan aku sebab aku tak nak rosakkan hubungan kita. Aku tak nak kau jauhkan diri dari aku. Aku tak sanggup!



Tapi sekarang aku dah tak tahan. Aku tak tahan tengok kau menangis selalu.. sebab jungkook.. aku nak jaga kau minji.. jebal benarkan aku jadi hak kau..


[C] Who Are YOU? [2017] +//jjkWhere stories live. Discover now