15

199 39 5
                                    



"Jungkook.." minji memanggil jungkook yang sedang bermain main dengan jari jemari halus gadis itu.

"Hurmm?" Jungkook memandang tepat ke arah wajah minji sambil tersenyum manis.


"Bila aku boleh balik rumah ek.. aku tak selesa lah duduk sini lama lama." Minji yang berasa tidak selesa memerhati sekeliling wadnya. Suram dan hanya warna putih menghiasi ruang bilik itu.

Minji memang seorang yang tidak suka suasana yang langsung tiada keceriaan. Dia berasa tidak bersemangat.


"Hurm.. aku kalau boleh pon tak nak kau duduk dekat sini.. tapi dr. Jin cakap kau kene banyak berehat. Mungkin dua tiga hari lagi kau boleh balik" jungkook mengeratkan lagi pegangan tangannya.


Minji merenung jungkook yang hanya tersenyum ceria.
Senyuman jeon jungkook turut menceriakan minji. Entah mengapa senyuman manis itu buatkan hatinya berdebar debar.

"Hah! kau nak makan ais krim? Aku pergi suruh jimin hyung belikan nak?" Jungkook cuba menceriakan minji.


Minji yang terdengar perkataan aiskrim tersenyum riang. Dia memang sukakan sesuatu yang manis. Gadis itu lantas mengangguk laju mensetujui pertanyaan jungkook.


"Chakamman! Aku pergi bagitau jimin. Suruh dia belikan okay?" Jungkook mengusap usap rambut lurus gadis itu.

☆☆☆☆☆☆☆☆


"Eh! Kenapa aku rasa tak sedap hati ni.. rasa macam ada orang seru nama aku suruh belanja sesuatu.. hurmm" jimin yang sedang berada di kaunter pendaftaran menggosok gosok dadanya yang tidak tenang.

"Nae? Boleh saya bantu encik?"

Dia menggosok lembut pipi gebunya dan lantas mengangkat muka apabila seorang jururawat yang berjaga di kaunter menegurnya.


☆☆☆☆☆☆☆

Jungkook lantas hilang daripada pandangan minji. Minji hanya memerhati dengan riak wajah kosong dan tidak terkejut kerana sudah lali melihat jungkook yang selalu ghaib tiba tiba.


Dia menarik selimut yang hanya menutupi kaki apabila terasa tubuhnya seram sejuk. Gadis itu berasa tidak senang hati apabila terasa ada seseorang di hadapan pintu wadnya.

Minji hanya mengeluh panjang. Dia cuba menenangkan perasaannya. Dia perlahan lahan merebahkan badannya dan hanya tidak menghiraukan perasaan nya itu.


Minji memejamkan mata. Tiba tiba pintu dibuka perlahan. Okay sekarang minji terus kaku. Dia takut dan hanya memutar kembali apa yang dialaminya ketika dia ditarik masuk ke dalam stor semalam.


Throwback

"Argghh!"

Minji ditarik kasar ke dalam stor dan badannya di campak ke atas lantai. Gadis itu lantas menggosok gosok belakang badannya yang terhentak kuat di atas lantai.


Dia mengangkat muka untuk melihat siapa pelakunya. Mata minji terbeliak besar. Badannya terketar ketar melihat seorang lelaki yang sedang merenung tajam anak matanya.

"Ky... kyung.. soo?"

Kyung soo mendekatkan mukanya di hadapan wajah minji. Dagu gadis itu diangkatnya kasar supaya memandang tepat wajahnya. Mata minji mula berkaca ketakutan.


"Aku dah pernah bagi kau amaran kan... tapi kenapa kau taknak dengar hah!!?"

Suara lelaki itu yang tadi lembut semakin ditinggikan. Pandangan matanya amat menakutkan. Seperti pandangan mata orang kurang siuman.


[C] Who Are YOU? [2017] +//jjkWhere stories live. Discover now