26

179 33 20
                                    


Pintu bilik minji ditolak kasar. Jungkook dan minji yang sedang asyik menonton kdrama di leptop menoleh memandang ke arah pintu bilik.

Minji lantas bangun dari baring di atas katil. Jungkook hanya memerhati dengan riak wajah blur. Kelihatan bomi melangkah mendekati gadis itu.

"Minji-ah! Jom pergi jalan jalan"

"Hah?" Minji bingung disitu.

"Aku bosanlah duduk rumah tak buat apa apa.. chakamman! Apa kau buat? Bila masa pulak kau suka layan drama ni?" Bomi melangkah mendekati katil minji.

Dia lantas duduk di atas katil. Kebetulan jungkook sedang baring meniarap di atas katil. Tanpa sengaja bomi duduk di atas belakang badan jungkook.


"Arghh!! Minji-shi!! Tolong aku! Argh! Belakang aku!" Jungkook tak boleh bergerak disitu.


Mata minji terbeliak. Dia lantas menutup mulutnya menahan ketawa melihat jungkook yang sedang terhimpit.


"Asal kau gelak! Argh! Tolong aku... berat ni.." ingin sahaja jungkook menolak badan bomi yang sedang sedap duduk di atas belakang badannya.


"Eh bomi jangan lah duduk atas katil aku.." minji lantas menarik lengan gadis itu.

Jungkook lantas bangun dari atas katil menjauhi bomi. Bomi hanya memandang anak mata minji dengan penuh hairan.


"Waeyo? Kenapa pulak tak boleh? Kau ni macam macam lah!" Bomi bercekak pinggang.


"Jom lah keluar jalan jalan.. aku bosan lah" rayu bomi sambil menggenggam erat tangan minji.


"Aaarrrr... yelah yelah!"

"Yeahh!!" Bomi menepuk nepuk tangannya tanda teruja.

"Aku pergi ajak jimin oppa!" Bomi lantas berlari keluar dari bilik.

"Yahhh!! Kenapa nak kene ajak--" minji berdengus geram apabila bomi langsung tidak menghiraukannya.


"Chagi! nak ikut jugak boleh?" Jungkook menarik tangan minji sambil buat muka comel. Dia tersenyum sehingga menampakkan gigi berharganya itu.


"Kau tak payah minta izin pon takpe.. kalau aku tak bagi pon kau tetap ikut jugak kan jungkook?" Minji mencubit pipi jungkook. Jungkook hanya tersenyum riang.


"Dah lah aku nak tukar baju.. kau keluar lah dulu" halau minji sambil menolak badan sasa jungkook keluar daripada biliknya.


"Bye!" Pintu dihempas kuat di hadapan muka jungkook. Jungkook menggaru garu kepala dan melangkah menuju ke biliknya.


"Buat apa aku nak masuk bilik? Baik aku cari jimin hyung!" Jungkook berkata kata sendiri sambil mengangguk angguk perlahan kepalanya.


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"Urgghhhh~~~" jimin menguap keletihan. Matanya focus memandang hadapan jalan. Dia memandu memasuki simpang rumah minji.

"Aku tengah sedap sedap tidur tengahhari.. aishhh.." jimin membebel sendiri.


"Nasib aku boleh jumpa minji je.. kalau tak malas aku nak datang.." jimin tersenyum kecil apabila mengingatkan gadis itu.

Walaupon dia tahu perasaan sukanya terhadap gadis itu hanya bertepuk sebelah tangan, tetapi hanya melihat gadis itu gembira dan dia dapat sentiasa di samping minji, sudah memadai baginya. Jimin tersenyum pahit memendam perasaannya itu.


[C] Who Are YOU? [2017] +//jjkWhere stories live. Discover now