05

303 55 9
                                    

'"Aku... hilang memori di saat kematian aku..."

Kata kata jungkook tadi memakukan minji, dia tidak tahu hendak berkata apa. Dia juga berasa agak kasian dengan jungkook. Jeon jungkook masih tidak boleh pergi dengan tenang kerana masih mempunyai dendam yang masih belum selesai.

Jungkook duduk di sisi minji dengan muka yang terpampar rasa kesedihan. Kepalanya menunduk dan asyik bermain dengan jari jemarinya.

Minji hanya memerhati dari tepi.

"Kau memang tak ingat ke macam mana kau boleh mati?" Minji berkata dengan berhati hati takut menyinggung perasaannya.

"Nae... aku langsung tak ingat apa apa. Tau tau je aku dah jadi roh berkeliaran macam ni." Jawab jungkook lemah.

"Macam mana kau tahu aku boleh nampak kau?" Minji inginkan kepastian.

"Ingat tak semalam? Aku ada pergi ke majlis pengkebumian aku sendiri. Aku cuba pergi pada omma dengan appa aku, sedara mara aku, kawan kawan aku. Semua tak nampak aku kecuali kau. Kau terlanggar badan aku kan? Aku pon terkejut. Tapi aku tetap bersyukur akhirnya ada juga orang boleh nampak aku." Jungkook menerang panjang lebar.

Mukanya yang tadi monyot kembali ceria. Minji terasa berat untuk memberitahu kebenaran yang dia tahu.

"Apa yang aku tahu.. aku dengar kau... jatuh dari banggunan sekolah. Kau.. kau bunuh diri jeon jungkook" minji berkata kata jujur secara terpaksa.

"Bunuh diri?!" Jungkook terkejut. Dia lantas berdiri di hadapan minji.

"Tak.. tak mungkin aku bunuh diri. Tapi.. tapi kenapa? Kenapa pula aku nak bunuh diri? Langsung tak masuk akal lah!" jungkook memegang kepalanya. Dia seperti memaksa dirinya untuk ingat sesuatu.

Mukanya yang nampak pucat kelihatan amat sedih. Matanya mula berkaca. Riak wajahnya kelihatan sakit. Minji mula risau apabila jungkook jatuh teduduk di atas lantai sambil tangan memegang kepalanya.

"Jungkook! Kau tak apa apa ke ni? Jangan paksa diri untuk ingat semuanya. Aku akan tolong kau siasat punca kematian kau." Minji memegang kedua belah bahu jungkook.

Jungkook merenung anak mata minji. Dia masih tak boleh ingat apa apa. Jungkook menyandarkan kepalanya pada bahu minji. Minji yang terkejut hanya menggosok gosok belakang badan jeon jungkook.

Air mata mula mengalir di pipi jeon jungkook. Minji yang resah memikirkan semua ni hanya mengeluh. Dia mengusap usap lembut rambut jungkook.

Perlahan lahan jungkook mengangkat kepalanya. Air matanya lantas dilap laju. Dia kembali merenung anak mata coklat gelap milik minji.

"Aku.. aku tak pernah menangis depan perempuan tau." Jungkook berkata dalam nada manja. Dia menggosok gosok matanya.

"Tak pa.. aku dah biasa pujuk lelaki menangis." Sebelum ini dia yang jadi tempat jimin meluah perasaan. Dia sudah biasa melihat lelaki menangis di hadapannya.

Baginya tangisan bukannya tanda kelemahan. Tetapi cara untuk melepaskan tekanan yang terbuku di dalam hati untuk jadikan diri lebih tabah daripada sebelum ini.

"Minji-ah maaf sebab susahkan kau. Aku dah tak tahu nak minta tolong siapa. Aku dah tak de siapa siapa dah sekarang." Jungkook meluahkan perasaannya dengan nada sedih.

"Alah takpe.. aku tak kesah pon. Kita sama sama selidik semua ini. Arraseo?" Jungkook hanya mengangguk faham.

"Ouh ya.. tadi aku nampak jimin hyung datang sini. Apa dia buat kat sini? Kau kenal dia?" Jungkook bingkas bangun dari atas lantai dan lantas kembali duduk di sofa.

"Kenal... lah kot..." minji menjawab sambil menggulingkan matanya. Dia pon tidak tahu sejak bila dia mula rapat dengan Park jimin.

Mungkin semasa jimin masih bersekolah kot. Masa dia jadi senior minji. Mula mula bertegur sapa dan lama kelamaan jadi rapat tanpa disedari oleh dirinya sendiri.

"Aku.. jumpa dia dekat luar tadi. Tapi macam biasalah. Dia mana nampak aku berdiri betul betul sebelah dia" jungkook kembali monyot.

"Jimin kata... dia rindukan kau jungkook. Dia menyesal sebab tak sempat nak berbaik dengan kau sebelum kau pergi. Kau ada bergaduh dengan dia ke?" Minji berkata dengan riak wajah ingin tahu.

Jungkook hanya terdiam. Dia memang ada salah faham dengan park jimin sebelum ni. Dan sampai sekarang mereka masih belum berbaik.

"Kau nak bercakap dengan dia ke jungkook?" Jungkook lantas menoleh memandang muka minji dengan riak agak terkejut.

"Dia percaya ke nanti? Aku tak rasa dia percaya kau boleh nampak roh aku.." jungkook kembali menunduk.

'Ye tak ye jugak. Nanti tak pasal pasal di sekehnya kepala aku.' Minji berfikir sendiri. Dia pon rasa yang jimin mungkin tak percaya. Dia sendiri pon masih tak boleh percaya dirinya boleh melihat roh.

"Alah pasal si jimin tu nanti pandai pandailah aku uruskan dia.. sekarang macam mana kita nak siasat punca kematian kau ni? Yang pasti, kau memang meninggal sebab kemalangan jatuh dari banggunan sekolah. Pasal bunuh diri tu.... masih ada keraguan." Tangan minji sudah lekat di dagunya.

Dia seperti sedang berfikir. Jungkook pon sama. Mereka sedang acah acah berfikir. Macam gaya detektif pon ada.

"Aku tak dan takkan bunuh diri. Aku percaya 100% diri aku bukan macam tu. Walaupon aku stress macam mana sekali pon, aku bukan seorang yang mudah mengalah." Katanya penuh yakin.

Sesi berfikir mereka terganggu apabila pintu rumah dibuka. Bomi sudah pulang ke rumah. Hari ini dia agak lewat kerana ada aktiviti kelab.

Dengan langkah lemah dia berjalan menuju ke sofa di hadapan minji dan jungkook. Beg sekolahnya di campak ke sebelah minji. Kebetulan jungkook duduk disitu. Beg itu betul betul mengena muka jeon jungkook.

Minji dengan mata yang terbeliak memandang jungkook yang menggosok gosok mukanya. Dia macam nak marah pon ada. Minji lantas mengambil beg bomi dan meletakkan di tepi sofa.

Jungkook menarik nafas dalam dalam menahan marah. Dia tahu bomi tidak sengaja. Dia bukan boleh nampak jungkook pon.

"Penatnyaaaaaaa.. untung kau cuti ye.." bomi membetul betul tulang lehernya yang lenguh. Minji dan jungkook hanya menoleh memandang sesama sendiri.

"Aku masuk bilik aku dulu lah" jungkook berkata kepada minji. Dia berdiri dan melemparkan senyuman penuh mesra kepada minji.

Sekelip mata jungkook hilang daripada pandangan minji. Yang tinggal hanya asap asap selepas jungkook hilang begitu cepat.

'Huwahh.. best jugak jadi hantu ye. Boleh hilang macam tu je.. kalau macam ni aku pon nak jugak' dia berkata kata sendiri di dalam hati. Kepala nya mengangguk perlahan.

"Yang kau terangguk angguk ni kenapa? Hah macam mana suhu badan? Dah turun dah?" Soalan bertubi tubi dari bomi. Dia menanggalkan kot sekolah yang dipakainya.

"Dah.. dah surut sikit dah demam ni. Ada orang buatkan bubur untuk ak-"

Minji lantas menutup mulutnya. 'Alamak terlepas pulak. Dia tidak mahu bomi tahu yang tadi jimin ada datang ke rumahnnya.

"Hah? bubur? Siapa buatkan?" Bomi mula bangun menuju ke dapur.

"Eh mestilah aku yang buat.. siapa lagi.. ahaha!" Katanya penuh kekok. Terpaksalah dia menipu wanita berambut perang dihadapannya ini.

Minji ingin menuju ke dapur. Matanya sempat menjeling tangga yang menuju ke tingkat atas rumahnya. 'Apalah yang jungkook tengah buat sekarang..' hatinya ingin tahu.

"Minji!!!"

Lamunannya terganggu akibat penggilan bomi. Dia bergegas ke dapur melayan kerenah bomi yang serba tak kene.








Voted n comment jebal~~~ ♡

☆☆☆☆☆☆

Apa sebenarnya punca kematian jeon jungkook sampai dia tidak dapat pergi dengan tenang.





[C] Who Are YOU? [2017] +//jjkWhere stories live. Discover now