Aidan memindahkan ikan yang dibawanya tadi ke dalam mangkuk lutsinar.
Air paip diisi ke dalam mangkuk tersebut.
"Haaa..ni la rumah baru kau. Camne? Seronok?"
Aidan tersenyum sendirian.Ya.
Itulah ikan berperut buncit yang terluka tadi.
Lelaki itu membuat keputusan untuk membela ikan berwarna merah itu.Ikan tersebut telah dirawat terlebih dahulu di klinik ikan sebelum dibawa pulang ke kondominium ini.
Aidan membawa mangkuk tersebut ke dalam biliknya secara berhati-hati.
Risau jika Bat tahu mengenainya.
Pasti ikan buncit itu akan dirampasnya seperti kes burung gagak yang dulu."Ok. Kau berenang kat sini diam-diam. Jangan sampai Bat dengar tau?"
Aidan meletakkan mangkuk tersebut di atas meja belajarnya.Senang nak tumpukan perhatian katanya.
"Aku nak bagi nama apa ek? Ha! Merah ok tak?"
Aidan masih berbual dengan ikan."Tak? Mmm..buncit lak?"
Ikan tersebut berenang-renang membentuk bulatan.
Happy nya kau."Woah..Mesti ko suka kan? Mulai hari ni nama kau buncit. Ok buncit?"
Senyuman Aidan semakin melebar tatkala melihat gelagat ikan barunya itu."Dan..Jangan lupa basuh tandas. Harini giliran kau."
Bat tiba-tiba muncul dari celah pintu biliknya yang terbuka."Eh basuh tandas kau!"
Aidan terus menghalang pandangan Bat dengan badannya."Kau dengar tak?"
Bat menyoal sambil cuba melihat sesuatu yang cuba disembunyikan Aidan."De..dengar! Dah pi main jauh-jauh."
Kata Aidan lalu menutup pintu.Fuh.
Ni kalau mamat tu tau maunya lari tak cukup tempat.Rak lu.
Paper roger.●●●
Keesokan harinya,Aidan memerhati beg sekolahnya.
Beg tersebut dipeluk erat dan tidak digalas seperti biasa.Seperti ada sesuatu yang cuba dirahsiakan.
Aidan hanya duduk di kelasnya semasa rehat."Ko tak nak join kitorang ke dan?"
Soal Zarif pada penyelamat nya itu."Haah. Jomla. Harini Mek Siti ada wat diskaun 10 persen."
Kata Daim pula.Dia maksudkan mak cik kantin.
Aidan mengeluh."Takpelah. Korang pegi la. Aku ada hal lain ni."
Kata Aidan menggengam erat begnya."Ok. Jangan nyesal lak."
Mereka pun hilang dalam penglihatan Aidan.
Lelaki tersebut menarik perlahan zip beg belangnya.
"Meow!"
Kepala kucing tersebut tersembul keluar dari begnya.
YOU ARE READING
MIDDLE FINGER!
Humor"Sebelum aku sepak-sepak muka kau, baik kau bagi je dia masukkan! " Itulah kata-kata yang menular dalam sosial media pada zaman BBNU.* Bukan sahaja menjadi bahan netizen malah dianggap retard tapi tidak bagi remaja ini. Aidan Arfan. Siapa dia? ••Man...