•••AKU menoleh ke arah suara yang agak garau tersebut. Siapa pulak yang rajin merempat kat kaki lima waktu camni?
Aku?
Eh. Tak. Aku tak merempat. Aku kan bertempat nih. Aku ngan dorang lain. Dorang tak cukup tempat. Aku memang sah takde tempat.Aku meneliti mahkluk tersebut dari bawah lalu ke atas.
Kasut vans merah,
Blazer biru,
Jam guess biru keemasan,
Wajah tanpa reaksi.
Pandangan tajam dihadiahkan pada ku.Dia lagi.
"Kau nak tak? Kalau tak nak aku buang sampah nih."
Kata Adrian dingin lalu mengorak langkah ke arah tong sampah berwarna putih.
Eh. Eh. Eh. Sesuka dia je kata sampah. Master piece dunia tuh..takkan tak tau? Sah. Budak ni duk bawah tempurung kelapa.
Jap. Dia kata apa tadi? Buang?
Aidan laju menggelengkan kepalanya lantas memegang tangan kanan Adrian. Lelaki bersuara dingin itu mematikan langkah seraya mengalihkan pandangan pada ku. Alis mata diangkat perlahan.
"Apa?"
Suaranya seakan malas melayan kerenah ku."Erk..tuuu.."
Aku menuding pada mahakarya ku yang masih dipegangnya dari tadi."Apa yang tuuuu nya?"
Aduh. Ni yang rasa nak benam kepala mamat ni dalam tanah nih. Tak pasal-pasal achik cleaner kene gali balik simen nih. Tak pasal-pasal gak Bat kuburkan kepala aku dalam liang lahad nanti. Tolonglah jangan mengundang bala wahai Aidan.
"Tu lah. Pamphlet tu. Aku nak tu."
Pengulangan kata 'tu' di situ.Adrian menggoyangkan pamplet tersebut di hadapan mukaku.
"Nih? Maksud kau sampah ni?"
Tanya Adrian selamba badak.Aku terus merampas kesayangan ku sebaik mendengar pertanyaan tak bermoralnya. Sakit lubang telinga ni ngan tiap butir perkataan yang dia lontarkan.
"Ni pamphlet bukan sampah. Sampah ngan hasil usaha pun kau takleh bezakan? Kau sama je cam 'dia'. Dua kali lima."
Aku terus meninggalkan tapak sakit hati itu dengan perasaan geram.Geram ngan Adrian. Geram ngan dia yang acah cam da rasa seguni garam. Padahal baru belajar mengeram. Kau fikir kau sorang je ke yang tau wat pekasam?
••••
Lokasi : Dewan makan Hawking
Waktu : 10:20 pagiAidan mengeluh perlahan seusai membeli nasi goreng kegemarannya. Nasi goreng pattaya menjadi pilihan si lelaki 167 cm tersebut. Air sirap limau juga tak lekang dari genggaman tangannya. Matanya ralit mencari kekosongan tempat duduk.
Aik? Takkan satu pun tak de? Haish. Susah la camni. Tulah. Aku da suh si Daim ni jaga tempat dia nak gak ikut. Tengok. Disebabkan kebodohan dan kedegilan si Daim, tiga-tiga mahkluk ni takde tempat. Merempat. Sempat lagi kau kutuk dia Dan..
Aidan hanya menjeling Daim melalui ekor matanya. Mahu saja dihadiahkan penumbuk belacannya pada Daim.
"Apa? Tak yah la tengok aku camtu. Seram siaa."
Kata Daim setelah perasan kegiatan tak berfaedah ku.
YOU ARE READING
MIDDLE FINGER!
Humor"Sebelum aku sepak-sepak muka kau, baik kau bagi je dia masukkan! " Itulah kata-kata yang menular dalam sosial media pada zaman BBNU.* Bukan sahaja menjadi bahan netizen malah dianggap retard tapi tidak bagi remaja ini. Aidan Arfan. Siapa dia? ••Man...