Kes 10

1.6K 142 3
                                    

"Tak nak lah. Ray dah kata yang Ray tak nak kan? No means no."
Anak kepada Tengku Haji Yaakub masih berdegil.

"Suka hati kamu lah. Ayah dah penat bertekak ngan kamu ni."
Tengku haji Yaakub meninggalkan anaknya bersendirian di ruang tamu.

Bukan tak kenal dengan perangai keras kepala anaknya. Setiap keputusan yang dibuat pasti dibangkang secukupnya. Oleh itu terpaksalah Tengku Haji Yaakub merahsiakan perkhidmatan penjagaan Aidan Arfan.

Beliau sangat percaya yang Aidan mampu mengawasi tingkah laku anaknya yang mengalahkan serigala kelaparan.

Aidan.. bertahanlah nak.

Rayyan bangun dari sofa empuk yang dibeli bondanya ketika melancong di Paris.

Ya. Kebanyakan barang dekorasi dalam rumahnya diimport dari luar negara. "Baru ada kelas" komen bondanya. Itu salah satu hobi tengku Ilya hajja ketika waktu lapang. Pantang ternampak benda bersinar pasti diangkutnya.

Rayyan menuju ke bilik tidurnya yang terletak di tingkat 2.

Beng..Bong..Beng..

Handphonenya berbunyi.

Panggilan diangkat tanpa melihat nama si pemanggil.

"Hello?"
..
..
..

"Haaa...achu! Yo!"

Sape pulak nih? Cam pernah dengar je suara ni.

"Ni sape ek? Sorry la tak save number."
Ujar Rayyan sambil memulas tombol pintu biliknya.

"Ni aku lah. Aidan. Kau sendiri yang bagi nombor ni. Kau pulak yang tak save. Apakah."

Oh. Hero sekolah rupanya.

"Heh. Ko mimpi apa tetiba call aku? Rindu bau asap rokok aku?"
Soal Rayyan sinis.

Lelaki itu melabuhkan punggungnya di atas bean bag.

"...mm.. Ha'ah! Aku rindu gila nak bau asap tuh senarnya hahhaha."
Aidan tergelak di hujung talian.

Dahi Rayyan berkerut. Budak ni dah gila ke apa?

"Kau ni high ke apa? Amik ganja tak ajak aku."

"Hahahhahahaa! Adui..Wei."
Aidan membiarkan ayatnya tergantung sepi.

"Asal? Jangan cakap kau tengah high sekarang. Aku saman kau kang."
Rayyan membelek buku notanya.

"Jom.."
Sekali lagi tergantung.

"Kau nak apa ni Dan? Jangan wat aku seram leh tak?"
Rayyan geram dengan perangai kulinya itu.

"Jumpa jap..aku..nak jumpa kau."
Suara Aidan semakin perlahan.

Tuut..tuut..

Pale bana dia! Nak jumpa tak inform kat mana! Bagus sangat la tu.

Rayyan menggaru kepalanya yang tak gatal apatah lagi berkutu. Lelaki itu mendengus lalu menyarung jaket berkulit merah. Kunci kereta audi disimpan ke dalam poket seluar.

Lelaki itu menuruni anak tangga secara perlahan. Takut terbangun kan orang tuanya. Maklumlah da pukul 12 malam. Ya. Aidan dah gila. Dan dia pun gila sebab jawab call memalam buta.

...
...

●●●

Mana nak cari mamat nih? Dari apa yang aku dengar..Dia macam duk kat tempat sejuk sebab tadi duk bersin. Lelaki itu melilaukan pandangan ke segenap arah. Ramai manusia yang masih berkeliaran walaupun langit sudah gelap.

"Derma dik.."
Seorang Mak cik menggoncangkan bakul kecilnya yang berisi duit.

Dia ni takde keje ke duk goyang kaki mintak duit? Ni la sebabnya aku benci pengemis. Jelingan dihadiahkan pada Mak cik separuh umur itu.

"Sorry la. TAK.DE duit."
Rayyan meneruskan langkah mencari kulinya.

Kenapa la aku kene cari dia malam-malam camni? Kalau bukan sebab ayat terakhir tu..aku takkan keluar rumah waktu camni.

Pandangannya terkunci pada sebuah bangku berdekatan kolam ikan. Ada sebuah jasad yang terbaring diatasnya.

Rayyan menghampiri bangku yang bercat putih tersebut. Terkejut tak terkata sebaik sahaja melihat mahkluk yang terbaring itu.

"Dan! Oi bangun! Kau buat apa membuta kat sini? Gila ke? Dah malam la!"
Rayyan mengejutkan Aidan.

Aidan terbangun lalu mengesat matanya perlahan. Terkebil-kebil anak matanya melihat manusia yang menyapanya.

"Ohh..kau rupanya.."
Aidan membetulkan posisinya untuk duduk. Tangannya menepuk-nepuk tenpat di sebelahnya.

"Meh la duk sini.. tak kotor pun."

Rayyan mengangkat alis matanya lantas duduk di tempat yang ditepuk.

"Kau dah kenapa ni? Cam orang tak siuman tau tak? Call aku tengah malam. Nak jumpa la apa la. Kau pikir aku takde life ke nak jenguk kau?"
Rayyan menyilangkan tangan pada dada. Rokok dikeluarkan sebagai peneman stress nya.

"Ya lah. Maaf tuan muda. Aku cuma nak request sikit je. Boleh?"
Aidan membelai Pupu.

"Kitten? Hari tu pun ada ngan kau kan?"
Rayyan tidak menjawab soalan Aidan.

"Haah. Aku jumpa kat lorong 4 hari tuh. Tak sangka sebab dia aku kene tendang."
Aidan mengeluh.

"Ha? Maksud kau kene halau? Serious la? Kau buat apa sampai camni ni? Kau sakit ke apa ni Dan?"

Maka bermulalah bed time story yang dilakukan khas untuk Tengku Rayyan Aisy Raykal.

"So..kau dah paham Ra..aku nak panggil kau apa? Punya panjang gila nama."
Aidan menyoal sambil mengusap perutnya. Lapar gila. Aduh. Mesti berbunyi nanti. Please jangan malukan aku perut.

"Tuan muda kan senang? Kau kan kuli aku je. Tak yah lebih-lebih."
Rayyan menghembuskan asap berkepul.

Eh eh dia nih.

Aidan mencebik.

"Suka hati kau lah. So boleh tak?"
Aidan meminta kebenaran.

Gruuuuuuk

Oh shoot. Nape la waktu camni? Nape perut nape? Tell me why?

Rayyan terkejut lalu mengalihkan pandangan pada wajah Aidan yang sedang tersengih.

"Erkkk..haha..biasa la tuh."

"Kau mintak makanan kucing ngan ikan tapi kau tak kisah pasal diri kau..seriously Aidan?"
Mata Rayyan menikam anak mataku.

Erkk..haha.

"A..apa salahnya kan? Dorang lagi lapar la. Tengok buncit. Da kurus kering. Camne aku nak panggil dia buncit nanti? Pupu pun cam takde tenaga."
Aidan meletakkan Pupu di atas ribanya.

Rayyan mendengus.

Budak ni memang ada masalah hati. Baik pi mati. Lupa diri dia yang takde tenaga. Cam mayat da aku nengok.
















MIDDLE FINGER!Where stories live. Discover now