MIDDLE FINGER
| Aidan Arfan| Tengku Rayyan Aisy Raykal | Ku Zariq Khaeril | Adam Adrian | Batisah Ahmad | Emil Emelda |
_____________________________
Permulaan : Gejala Sosial
Dalam proses : Konflik____________________________
Konflik : Perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dan lain-lain.
×××
Be like Aidan,
Cuba mencegah maksiat walaupun tak berkesan (Kot)Moral of the day : Jangan menyesal kemudian. Fikir masak-masak sebelum buat something atau putuskan kata. Nilah kesilapan kita tiap hari. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Buruk padahnya.
×××
Lokasi : Tapak perumahan Tengku Haji Ya'akob & Tengku Hajjah Ilya
Waktu : 7:45 malam
×××LELAKI berbaju belang itu masih tercegat di sebalik pagar yang melebihi ketinggiannya sendiri. Tengkuknya digaru, pandangan melilau ke segenap arah. Jelas sekali mahkluk ini bagai rusa masuk kampung. Tercengang tanpa sebarang kata atau mungkin reaksinya yang terlalu blur menambahkan lagi aura rusanya.Beng..Bong..Beng..
Telefon pintar yang berdering diseluk keluar dari poket sweatpants hitamnya lalu dilekap pada telinga. "Haaaa? Kau nak apa?"
"Dan. Pahal tercegat? Masuk bodoh. Aku bukan kuli batak kau nak kene sambut depan pagar bagai." Sergahannya jelas di hujung talian. Bila-bila masa sahaja si pemanggil bakal mengamuk.
"Malulah weih..Dah la aku je kat luar ni. Jiran-jiran kau cam pandang aku semacam lah." Aidan mencebik seraya menguis tanah perlahan. Mahu praktis jadi ayam mungkin.
"Tak payah nak shy shy cat sangat. Tunggu kat depan tuh. Nanti aku datang."
Bibir Aidan menguntum senyuman semanis gula perang. Kakinya semakin lincah menguis tanah. "Haaa...Camnilah member. Sayang kau hikhik."
"Jijik bodoh. Ni bukan shy cat. Ni shyton." Kedengaran dengusan perlahan diselitkan.
Aidan meletuskan ketawa sebelum menamatkan panggilan bersama rakan sehidup sematinya.
×××
Mulutnya ternganga luas, matanya terbeliak sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah si tengku. Perasaan kagum memenuhi ruang hatinya untuk seketika.
Melihat keadaan Aidan yang masih tercengang, lelaki berketinggian 178 cm itupun bersuara "Tutup la mulut tu. Macam nak telan rumah aku je kau nih."
YOU ARE READING
MIDDLE FINGER!
Humor"Sebelum aku sepak-sepak muka kau, baik kau bagi je dia masukkan! " Itulah kata-kata yang menular dalam sosial media pada zaman BBNU.* Bukan sahaja menjadi bahan netizen malah dianggap retard tapi tidak bagi remaja ini. Aidan Arfan. Siapa dia? ••Man...