KES 27 : SELEKEH

1.2K 110 33
                                    


•••AIDAN mengibas tilam bercadarkan doraemon lalu memeluk bantal berbentuk kacang hijaunya, Poko. Mata dipejamkan untuk beberapa detik.

Tok Tok

"Dan. Cepat sarapan. Nanti lambat. Jangan ngengada nak sambung tidur."
Bat mengetuk pintu bilik Aidan lalu memberi peringatan penting.

Aidan yang tersengguk-sengguk terus terbangun gara-gara ketukan kuat yang dilakukan Bat. Remaja lelaki itu pun bangkit dengan malasnya dari katil tersebut tanpa mengemasnya.

Bersepah. Bilik. Selimut sudah selamat menyembah bumi. Bantal tersangkut kat kipas siling. Baju-baju berlengan pendek berada di mana-mana. Bungkusan snek makanan ringan berterbangan ditiup angin dari jendela.

Lantak lah.

Aidan menguap tanpa menutup mulut yang sudah terbuka sebesar gajah.

Kalau kemas pun..
Nanti bersepah balik..
Kan?

•••

Aidan menjeling mahkluk di sebelahnya melalui ekor mata. Seakan tak percaya. Dengan cahaya yang menembusi segenap ruang kereta yang dipandu Rayyan. Gear ditarik kebelakang lalu diserongkan stereng kereta ke sebelah kiri. Lancar sahaja cara pemanduannya. Andai saja si Aidan mempunyai lesen pasti kereta di ini telah dikebasnya secepat mungkin.

"Thanks ar. Tetiba jemput aku ni pepagi buta nih. SELALUNYA aku yang kene jemput kau kat depan pagar."
Sungguh tersirat di akhir katanya. Lelaki itu sengaja menekankan ayat ketiganya sebagai ejekan.

Rayyan menoleh ke sebelah kirinya sebaik saja tiba di bahagian lampu trafik. Alis matanya diangkat seraya bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Why not? Bukan selalu pun jumpa camni kan? Ye la. Kau kan selalunya main sorok-sorok dari aku."

Terbeliak mata Aidan selepas mendengar penyataaan si tengku. Terus saja lelaki tersebut melemparkan pandangannya pada luar tingkap.

'Sukati nenek moyang kau je.'

"Kau da breakfast ke belum?"
Soal Rayyan yang masih memandu.

"Hmm.."

'Aku tak tau nak jawab apa. Tanya la perut aku ni. Bukannya aku yang hadamkan makanan. Hish.'

"Hmm? Jawapan apa tu? Susah sangat ke jawab soalan aku? Berat mulut tu?"

'Dah mula da dia nih. Ni tak lain tak bukan nak lepaskan amarah semalam dia kat aku. Padahal bukannya aku yang buat. Menyirap sia.'

Imbas kembali
Lokasi : Dewan Makan Hawking
Waktu : 11:10 pagi

"Kau nak gi mana tho? Meh aa join kitorang."

Ajak Yazid untuk julung kalinya. Kesilapan di situ, untuk kebanyakan kalinya. Sejak dua menjak ini Aidan mula berasa sesuatu yang aneh akan berlaku.

"Takpe la. Hari ni aku nak makan kat kelas. Banyak lagi keje tak siap. Hahak."

Aidan menipu Yazid dan dirinya. Dia sendiri tahu bahawa tiada apa yang boleh diselesaikan di kelas. Semua kerja sekolah telahpun dilakukannya ketika meneran di tandas beberapa jam yang lalu. Bagaimana pula dia boleh lupa?

"Aaa..takde-takde. Kau kene teman aku makan gak."
Yazid menarik lengan Aidan agar menuruti langkahnya menuju ke meja kesayangannya.

Aidan yang tercegat dari tadi mula dibawa arus kesesakan pelajar-pelajar di dewan makan. Betapa sesaknya hinggakan dia mahu bernafas pun harus menggunakan mulut.

MIDDLE FINGER!Where stories live. Discover now