Sa Ra dan Jeonghan masing-masing sibuk menyiapkan asignment. Walaupun kedua-duanya sibuk, mereka masih sempat meluangkan masa untuk berbual-bual.
Sa Ra pula semakin hari dapat menyesuaikan dirinya menjadi seorang isteri dan juga pelajar dalam satu masa. Walaupun dirinya terkadang rasa terlalu penat, Sa Ra tetap gembira apa sahaja yang dilakukannya.
Tetapi ada satu masalah yang menganggu dirinya sehingga ke hari ini. Dia mendapat satu mesej dari nombor yang tidak dikenali.
' Kau sepatutnya jadi milik aku! Bukan dia! Aku pastikan yang kau akan jadi milik aku selama-lamanya. '
Sa Ra hanya menganggap mesej itu cuma dihantar oleh spammer yang sekadar menakut-nakutkan dirinya. Dia ingin memberitahu Jeonghan tetapi setiap kali ingin memulakan perbualan, Jeonghan sudah pun melelapkan matanya.
Sa Ra tetap menyimpan mesej itu sebagai langkah berjaga-jaga.
♥♥♥♥
Jeonghan: Selamat Pagi Isteriku!
Sa Ra yang menuang air coklat panas ke dalam cawan tiba-tiba sahaja menyampah mendengar wish morning yang sweet kononnya tetapi hambar.
Jeonghan: Tak baik mengata suami sendiri. Bibir tu dah terjuih-juih dah.
Sa Ra: Mana ada saya mengata awak!
Jeonghan: Ye lah tu. Oh ya btw malam ni saya takda kat rumah tau.
Sa Ra: Kenapa? Awak pergi kat mana?
Jeonghan: Saya ke Busan. Ada nak buat research dengan kawan-kawan untuk markah bonus assignment kitorang.
Sa Ra: Ouh I see. Bila awak balik?
Jeonghan: Lusa kot. Jam 2 petang ni kitorang gerak. Jangan risau. Ada maid datang temankan awak. Lagipun jangan risau lah. Tempat ni 100% selamat dikawal ketat.
Sa Ra: Sebenarnya, hari tu saya nak cakap....
Belum sempat Sa Ra menghabiskan ayatnya, tiba-tiba telefon Jeonghan berdering.
'Aishhh kacau betul lah!'
Jeonghan: Jap ehh nak kena jawab call.
♥♥♥♥
Sepanjang berada di Busan, Jeonghan tak habis habis memikirkan keadaan Sa Ra. Dia terpaksa berada di Busan selama seminggu kerana ingin membuat research dengan lebih terperinci.
Sudah 3 hari dia berada di Busan, namun satu pesanan atau call dari Sa Ra tidak diterima olehnya.
' Takkan dia merajuk kot! Aku dah bagitau pun kat dia yang aku kat Busan bukannya 2 hari tetapi seminggu sebab nak buat research dengan teliti'
Jeonghan kembali fokus melakukan research untuk assignmentnya.
' Lagi cepat aku buat,lagi cepat aku balik. '
♥♥♥♥
Sudah tiga hari Sa Ra terlantar di atas katil kerana demam panas. Dia tidak larat untuk bangun apatah lagi menjawab panggilan telefon. Dia tau panggilan sebentar tadi adalah daripada Jeonghan.
Sa Ra: Ahjumma....
Ahjumma: Ya Sa Ra? Sa Ra nak apa?
Sa Ra: Sa Ra nak ke tandas tapi tak larat nak jalan. Boleh pimpin Sa Ra tak?
Ahjumma: Boleh, apa salahnya.
Sa Ra berjalan perlahan menuju ke tandas dengan dipimpin oleh maid mereka yang lebih mesra dipanggil Ahjumma.
Ahjumma: Sa Ra tak nak ke klinik ke?
Sa Ra: Tak apa lah. Kalau rehat lebih sikit, makan ubat , saya dah boleh okay.
Ahjumma: Tapi Sa Ra... Dah tiga hari Sa Ra tak sihat-sihat. Nak saya telefon Jeonghan ke?
Sa Ra: Eh takpe. Saya tak nak susahkan dia. Lagipun dia sibuk. Boleh tak ahjumma buatkan saya bubur ayam? Saya nak makan.
Ahjumma: Boleh. Ahjumma ke dapur dulu ya Sa Ra.
Setelah kelibat Ahjumma menghilang, telefon Sa Ra tiba-tiba berbunyi menandakan ada satu panggilan masuk. Pastinya dari Jeonghan!
Sa Ra: Hello Jeonghan!
Mr Lee: Saya bukan Jeonghan Sa Ra sayang. Saya bakal suami awak yang tak jadi tu.
Sa Ra: M....Mr Lee?
Kini perasaan takut menyelebungi Sa Ra. Mungkin mesej yang diterima olehnya selama ini adalah daripada Mr Lee?
Mr Lee: Saya tahu awak dah baca semua mesej yang telah saya hantar. Saya akan kotakan apa yang saya katakan untuk memiliki awak. Jika awak beritahu kepada suami awak atau polis saya takkan teragak-agak untuk lenyapkan awak dari dunia ni. Faham? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Sa Ra terus mematikan panggilan itu kerana terlalu takut. Tubuhnya menggigil. Tiba-tiba sahaja pandangannya menjadi hitam dan..... dia rebah.
Namun, dia sempat mendengar namanya dipanggil sebelum tubuh kecilnya itu rebah ke lantai.
' Sa Ra !!!!!! '
TO BE CONTINUED♥
Heheheheheheheheh
YOU ARE READING
Naughty Young Bride!
FanfictionWe never wanted to be married, but we are already in love!