Sekujur tubuh Jeonghan kini terlantar di atas katil hospital. Sebentar tadi, doktor telah memaklumkan bahawa Jeonghan telah kehilangan banyak darah namun kekuatan dan semangat yang ada pada diri Jeonghan, dirinya mampu bertahan. Sa Ra dibenarkan masuk untuk melihat keadaan suaminya.
Eomma dan appa Jeonghan akan kembali ke Seoul pada esok pagi kerana terlalu bimbang dan pada waktu yang sama terkejut dengan nasib yang menimpa anak tunggal lelaki mereka dan menantu kesayangan mereka.
Doktor Choi: Jangan bimbang Puan Sa Ra. Suami puan memang kehilangan banyak darah dan kesan tikaman tersebut agak dalam. Kami telah melakukan yang terbaik sepanjang operasi pembedahan tersebut. Harap puan bersabar.
Sa Ra: Terima kasih doktor.
Doktor Choi: Sama-sama puan. Suami puan perlu mendapatkan rehat yang secukupnya dengan rawatan susulan yang akan kami berikan. Saya keluar dulu puan.
Sa Ra: Tapi doktor... Dah lapan jam dia tak sedarkan diri. Are you sure that he is okay?
Doktor Choi: Dia okay puan. Kebiasaannya pesakit sebegini dalam 24 jam atau 48 jam mereka akan kembali stabil dan sedar. Puan tak perlu risau apa-apa. Suami puan kuat semangat.
Sa Ra mengangguk perlahan. Dia merenung wajah Jeonghan yang masih lagi tidak sedarkan diri. Air mata Sa Ra dari tadi tidak henti-henti mengalir.
Sa Ra: Awak... Bangunlah cepat. I'm so sorry. I want to hug you. I want to talk with you.
Tangan Jeonghan digenggam kuat lalu dicium. Sa Ra benar-benar tidak kuat untuk berhadapan dengan semua yang terjadi pada hari ini.
Walaupun Mr Lee dengan orang-orangnya telah berjaya diberkas oleh anggota polis, hatinya masih tidak keruan apabila mengenangkan nasib suaminya sekarang ini.
Taehyung,Daniel dan Sungjae sudah pun pulang ke rumah masing-masing sejam yang lalu.
♥♥♥♥♥
Sa Ra terjaga apabila rambutnya diusap oleh seseorang. Sa Ra membuka matanya perlahan-lahan. Eomma! Sa Ra bingkas bangun lalu memeluk erat tubuh ibu mertuanya.
Sa Ra: Eomma!!!!!
Mrs Yoon: Ya Sa Ra. I'm here.
Sa Ra: Bila eomma sampai?
Sa Ra meleraikan pelukannya. Dipandang raut wajah eomma Jeonghan yang jelas kelihatan penat.
Mrs Yoon: Baru je. Sampai je kat sini kitorang terus pergi ke hospital. Appa tengah breakfast kat bawah.
Sa Ra: Eomma dah breakfast?
Mrs Yoon menggelengkan kepalanya lalu tersenyum kecil.
Mrs Yoon: Eomma tak lapar lagi. Eomma penat. Eomma nak tidur kejap kat sofa ni.
Sa Ra: Okay eomma kalau macam tu Sa Ra turun bawah kejap nak breakfast sekali dengan appa.
Mrs Yoon memegang tangan Sa Ra dengan erat dan lembut.
Mrs Yoon: Sa Ra... Mata kamu ni sembab. Jangan risau. Anak lelaki eomma tu kuat. Kalau dia tak kuat, dia takkan berani untuk lalui semua benda ni untuk kamu. Eomma tau, Jeonghan terlalu sayangkan kamu. Sebab bagi dia,kamu istimewa. Sebab kamu, dia mampu bangkit dan teruskan kehidupannya seperti biasa dengan lebih yakin.
Sa Ra mampu tersenyum mendengar kata-kata Mrs Yoon walaupun dia berasa agak pelik dengan beberapa ayat yang disampaikan oleh Mrs Yoon.
♥♥♥♥♥
Sa Ra pulang ke apartmentnya setelah dua hari berada di hospital. Kakinya lemah melangkah masuk ke dalam rumah itu. Sudah dua hari dia menemani Jeonghan di hospital namun sampai sekarang Jeonghan masih tidak sedarkan diri. Kalau diikutkan hati, dia malas pulang ke rumah kerana dia ingin menemani suaminya itu di hospital.
Sa Ra menghempaskan tubuhnya di sofa. Diperhatikan keadaan ruang tamu yang sudah ditinggalkan beberapa hari. Namun begitu, fikirannya tetap tertumpu kepada keadaan suaminya yang masih tidak sedarkan diri.
' Jeonghan please bangun. Doktor kata dalam masa 48 jam awak dah boleh sedar.Tapi kenapa sampai sekarang awak tak sedar? I miss you so much. '
Air mata Sa Ra mengalir lagi. Sungguh dia amat merindui suaminya.
Sa Ra mengelap air matanya setelah beberapa minit menangis. Dia tidak boleh lemah. Dia harus kuat untuk Jeonghan! Dia bangkit daripada pembaringannya lalu mengemas ruang tamunya yang kelihatan agak sedikit berhabuk dan tidak teratur.
Satu jam setengah berlalu dengan begitu pantas. Sa Ra telah pun siap mengemas rumah. Namun hatinya terdetik untuk masuk ke bilik peribadi Jeonghan yang selalu dikunci. Dia terus menapak ke bilik tidur mereka lalu membuka satu persatu laci kepunyaan Jeonghan. Akhirnya! Dia jumpa juga kunci itu.
Melopong luas mulut Sa Ra apabila berjaya masuk ke bilik peribadi suaminya. Terdapat begitu banyak gambar yang tergantung di dinding bilik tersebut.
Dia memerhatikan setiap satu gambar yang terdapat dalam bilik itu. Gambar perempuan? Sekali lagi dia terkejut. Matanya membulat. Kenapa dia seperti kenal dengan perempuan yang ada pada gambar tersebut?
Ya. Dia amat mengenali perempuan itu. Biarpun beberapa tahun telah berlalu.
Tetapi bagaimana Jeonghan mengenali perempuan itu? Dan kenapa Jeonghan menyimpan semua gambar perempuan itu di dalam bilik ini?
Kepala Sa Ra berasa sakit apabila cuba mengingati beberapa perkara yang telah terjadi beberapa tahun yang lalu. Ditambah pula dengan gambar perempuan yang ada di dalam bilik ini.
Dia cuba mentafsir satu persatu namun dia gagal. Kepala Sa Ra terasa begitu sakit. Sa Ra memegang kepalanya. ' Auchhhh... Sakit '
Pandangan Sa Ra makin lama makin menggelap dan tubuhnya jatuh ke permukaan lantai.
TO BE CONTINUED♥
YAY!!!! STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER! JEONGHAN BELUM SEDAR LAGI. SOB SOB SOB.
YOU ARE READING
Naughty Young Bride!
FanfictionWe never wanted to be married, but we are already in love!