Mata Sa Ra perlahan-lahan terbuka. Kepalanya masih terasa sakit. 'Apa dah jadi kat aku? ' Sa Ra cuba untuk mengangkat tubuhnya tetapi tidak berjaya. Tubuhnya masih lemah.
Jeonghan yang baru sahaja keluar daripada bilik mandi terus mendekati Sa Ra apabila terlihat Sa Ra yang sudah pun sedar di atas katil. Lega hatinya! Dia lantas duduk di birai katil.
Jeonghan: Lega saya awak dah sedar. Awak okay tak?
Sa Ra menggelengkan kepalanya perlahan.
Sa Ra: Apa dah jadi kat saya?
Jeonghan: Awak pengsan tadi. Empat jam awak tak sedarkan diri.
Sa Ra cuba mengingati apa yang telah terjadi kepada dirinya sehingga pengsan. ' Kalau awak bagitau perkara ini kepada suami awak atau polis saya takkan teragak-agak untuk lenyapkan awak dari dunia ni. ' Raut wajah Sa Ra tiba-tiba berubah. Jeonghan yang dari tadi melihat isterinya, lantas memegang lembut tangan Sa Ra.
Jeonghan: Sa Ra awak okay tak?
Sa Ra: Hah? Hmm. Saya okay cuma kepala saya ni masih sakit.
Jeonghan: Sebelum saya masuk bilik waktu awak pengsan tadi, saya nampak awak tengah call someone. Lepas tu awak tiba-tiba pengsan. Siapa yang awak call tadi?
Sa Ra terdiam sejenak sebelum menjawab pertanyaan Jeonghan. Cuba mencari alasan yang logik agar Jeonghan tidak mengesyaki sesuatu.
Sa Ra: Saya tengah call Lisa. Tapi dia tak jawab. Tak lama lepas tu kepala saya rasa berat sangat. Pitam.
Jeonghan: Tu lah awak. Dah tahu demam panas tak nak call saya.
Sa Ra: Saya tak nak ganggu awak buat kerja.
Jeonghan: Memanglah saya kerja. Tapi saya bukannya kerja berat. Assignment je kot.
Sa Ra: Ye lah saya tau. Sorry.
Jeonghan: Hmm..Sokay. Oh ya tadi ada doktor peribadi appa datang check awak. Dia suruh awak rest cukup-cukup. And wajib makan ubat yang dia bagi. Tu hah ubatnya....
Jari telunjuk Jeonghan menunjuk ke arah yang dimaksudkan.
Sa Ra terkejut. Bukan kerana jumlah ubat tersebut yang terlalu banyak tetapi....
Sa Ra memeriksa baju yang dipakainya sekarang yang dibaluti selimut.
What the? Takkan dia kot. Tak mungkin.
Sa Ra: Jeonghan.. Saya nak tanya sikit.
Jeonghan: Banyak pun takpe.
Sa Ra: Tu baju yang saya pakai tadi kan?
Gulp! Jeonghan cuba berlagak tenang. Kepalanya dianggukkan.
Sa Ra: Siapa yang ganti baju saya? Ahjumma kan?
Jeonghan: Errrrr....
Jeonghan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sa Ra pula memandang Jeonghan dengan tajam.
Sa Ra: Jeonghan, I'm asking to you right now. Siapa yang gantikan baju saya? Ahjumma kan?
Jeonghan: Err...emmm
Jeonghan menggelengkan kepalanya seperti anak kecil yang takut dirotan oleh ibunya.
Sa Ra: What? So maknanya awak lah?! Tak mungkin..
Jeonghan menganggukkan kepalanya.
Sa Ra: How dare you...
Sa Ra menarik selimut yang dipakainya untuk menutupi seluruh tubuhnya. Dia memandang Jeonghan dengan perasaan yang sangat malu. Mukanya membahang.
Jeonghan: Saya bukan saja-saja nak gantikan baju awak tu. Badan awak berpeluh. Habis baju awak basah. That's why lah saya tukar. Saya bukannya buat apa-apa pun.
Sa Ra: I know but takkanlah awak ganti sekali gus dengan bra dan juga.....
Sa Ra tidak mampu meneruskan ayatnya. Geram! Sakit hati! Malu!
Jeonghan: Kan saya dah kata. Awak berpeluh. Semua apa yang awak pakai tu basah. Takkanlah saya suruh ahjumma kot yang tukarkan dua beradik tu. Nanti apa pula dia fikir.
Sa Ra menjelingkan matanya apabila mendengar Jeonghan menekankan ayat 'dua beradik' tersebut. Dasar tak guna!
Sa Ra: Gatal!
Jeonghan: Apa pula gatalnya? Darurat kot. Lagipun saya ni suami awak. Setakat ganti pakaian awak tu apa lah sangat. Lebih dari itu pun saya boleh buat.
Sa Ra mencebikkan mulutnya tanda tidak puas hati.
Jeonghan: Dah lah. Saya malas nak bertekak dengan awak. Awak rehat cukup-cukup kat bilik ni. Kalau nak apa-apa jerit nama saya. Tak payah nak buat benda sorang diri. Kang pengsan susahkan saya lagi nak gantikan baju awak tu.
Jeonghan terus keluar daripada bilik itu lalu tersenyum kecil.
Sementara Sa Ra, dia masih lagi memikirkan apa yang telah Jeonghan lakukan kepada dirinya.
' So maknanya dia dah nampak semuanyalah? Arghhh malunya! '
TO BE CONTINUED♥
Stay tuned for the next chapter!!!
YOU ARE READING
Naughty Young Bride!
FanfictionWe never wanted to be married, but we are already in love!