Chapter 11

51 9 1
                                    

Bau nasi goreng kimchi,sup ayam,dan juga sotong goreng tepung benar-benar mencabar keimanan Sa Ra di dalam bilik. Tetapi dia tidak berani berganjak dari katil untuk keluar ke dapur kerana masih malu berhadapan dengan Jeonghan.

Sa Ra memegang perutnya yang kempis itu. Semalam dia hanya sempat menjamah bubur daging yang dimasak oleh pembantu rumah mereka,ahjumma.

Pintu bilik dikuak perlahan. Tersembul muka Jeonghan di sebalik pintu.

Jeonghan: Dah bangun pun. Good Morning sayang!

Jeonghan terus menuju ke arah Sa Ra yang ketika itu sedang duduk di atas katil. Jeonghan terus melabuhkan punggungnya di atas katil dengan posisi berhadapan dengan Sa Ra.

Diperhatikan raut wajah Sa Ra yang agak cemberut itu. Jeonghan tersenyum kecil.

Jeonghan: Takkan lah saya panggil 'sayang' pun awak nak marah.

Sa Ra: Mana ada lah!

Jeonghan: So awak suka lah kalau saya panggil sayang?

Sa Ra: No! Please don't!

Jeonghan: Awak lapar ke? Nak saya bawakan makanan kat sini?

Sa Ra mengangguk kecil. Wajahnya yang cemberut itu tiba-tiba bertukar ceria!

Sa Ra: Saya lapar. Tapi tak larat nak jalan. Awak ambik kan ye. Pleaseeee!!

Jeonghan: Kalau macam tu, sebagai balasan, saya nak morning kiss! Wajib!

Muka Sa Ra kembali cemberut. Jeonghan tergelak kecil!

Jeonghan: Ye la ye la. Dah orang tak sudi kan.

Jeonghan berganjak dari tempat duduknya lalu keluar daripada bilik itu. Jelas kelihatan wajahnya yang agak sedikit kecewa. Tetapi Sa Ra buat-buat tidak peduli.

' Sampai bila lah kita nak jadi macam ni Sa Ra. Kalau lah awak tau hal sebenarnya.. ' Jeonghan menutup pintu bilik itu dengan perlahan.

Sudah 15 minit Sa Ra menunggu namun Jeonghan masih belum kelihatan. ' Dia ni nak aku mati kebulur ke apa. Dah lah aku lapar betul! Ish! '

Dek kerana terlalu lapar, Sa Ra mengambil keputusan untuk keluar daripada bilik itu. Tombol pintu dipulas dengan perlahan lalu kakinya laju menuju ke arah dapur.

Kelihatan makanan disediakan di atas meja. Namun bukan itu yang menarik perhatian Sa Ra. Tetapi satu nota kecil yang ditampal di atas meja tersebut.

Awak makanlah. Saya nak keluar sekejap. Ada urusan penting.

Urusan penting? Kenapa tak bagitau aku je kat dalam bilik tadi? Makanan di atas meja ditenung seketika. Keluhan kecil dilepaskan. ' Baru je nak makan sama-sama '

Tanpa disedari, timbul sedikit rasa kecewa di dalam hati Sa Ra. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia mempunyai perasaan seperti itu.

Selesai makan, Sa Ra menuju ke ruang tamu untuk berehat. Sa Ra membuka perlahan laci meja yang terdapat di ruang tamu itu lalu mengambil sesuatu di dalamnya.

Album yang bertajuk 'Yoon Jeonghan&Choi Sa Ra Love Story' dibuka perlahan. Sa Ra tersenyum kecil. Satu persatu dia melihat gambar pernikahannya dengan Jeonghan.

' Kalau lah eomma dan appa masih hidup. Mesti best! '

♥♥♥♥

Jeonghan menapak perlahan masuk ke dalam rumah mereka. Jam sudah menunjukkan tepat jam 12 malam.

Dalam keadaan yang samar-samar itu, Jeonghan berjalan dengan berhati-hati ke ruang tamu lalu menghidupkan suis lampu.

Suasana di ruang tamu menjadi terang dalam beberapa saat. Jeonghan duduk di sofa lalu melepaskan keluhan berat. Kepalanya dipicit perlahan. Emosinya hari ini benar-benar tidak menentu.

Dia mengambil keputusan untuk tidur di ruang tamu sahaja malam ini. Sebelum itu, dia perlu masuk ke dalam bilik untuk mengambil bantal dan juga selimutnya.

Pintu bilik dibuka perlahan agar tidak menganggu Sa Ra yang pastinya sedang tidur sekarang. Namun sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik tersebut, bilik itu kosong dan Sa Ra juga tidak kelihatan.

' Sa Ra!!! Where are you? '

Timbul sedikit kegusaran di dalam hatinya. Pintu bilik air yang terdapat di dalam bilik itu, dibuka perlahan. Kosong.

Jeonghan menuju ke dapur, balkoni, bilik basuhan dan juga stor namun hampa, bayangan Sa Ra tidak juga kelihatan.

Jeonghan meraup wajahnya dengan kasar. Dia teringat dengan mesej yang diterimanya beberapa jam yang lalu. Hatinya berdebar.

Jeonghan terus mendail nombor pembantu rumahnya.

Ahjumma: Hello Jeonghan! Kenapa call ahjumma? Sebelum tu, ahjumma nak cakap ni. Kitorang kat rumah mama kamu sekarang ni.

Kitorang? Maknanya? Jeonghan menghembuskan nafas lega.

Jeonghan: Sa Ra ikut sekali ker?

Ahjumma: Ye lah. Mama kamu yang ambil kitorang tadi kat rumah.

Jeonghan: Fuh. Lega hati saya dengar. Takpelah. Sekejap lagi saya datang.

Panggilan ditamatkan lalu kunci kereta dicapai. Sekali lagi Jeonghan  menghembuskan nafas lega.

' If anything bad happened to you I wouldn't forgive myself. '

TO BE CONTINUED♥

Dont forget to vote and comment!


Naughty Young Bride!Where stories live. Discover now